Siapa?

Bismilahirahmanirahim


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh......


Tak tahu sebenarnya macam mana menerangkan diri aku ni. Jadi kita mulakan dengan kaedah perkenalan yang biasa.


Latarbelakang

Nama aku Mohamad Safwan Bin Saufi. Anak sulung dari empat adik beradik. Dua lelaki dan dua perempuan. Asalku, mungkin lebih elok kalau aku katakan aku berasal dari Kelantan. Berdasarkan negeri kelahiran ibu bapaku.

Walau jiwaku bukan Kelantan sepenuhnya, sekurang - kurangnya ada darah keturunan dari ibu bapaku. Kalau mengikut IC dan surat beranak aku di lahirkan di Sibu, Sarawak. Negeri yang aku selalu kenang walaupun sudah bertahun aku tinggalkan.

Selepas aku dilahirkan di Sarawak. Keluargaku berpindah ke Semenanjung, iaitu di Baling, Kedah, atau lebih tepat di Kuala Pegang dan juga Kupang.

Di negeri jelapang padi inilah, segala pahit manis dan suka duka dalam berkawan akan aku kenang sepanjang hayat. Tak dapat dinafikan lagi, kawan - kawanlah mencorak bagaimana aku sekarang selain didikan dari ibu bapa.

Aku membesar di Kedah sehingga tamat sekolah menengah.  Seterusnya aku sambung belajar di KPTM. Mungkin bukan rezeki aku untuk menghabiskan pelajaran di situ. Aku berhenti belajar.

Selepas beberapa tahun, aku pun berhijrah ke kota metropolitan, Kuala Lumpur dan menjawat jawatan sebagai Pemeriksa Cap Jari. Disinilah aku sehingga sekarang. Mungkin rezeki aku di sini, mungkin di tempat lain. Siapa tahu. Setiap kejadian ada hikmahnya.


Sifat aku


Pendiam: 
Seperti orang lain, aku juga pendiam jika baru berkenalan. Lebih banyak mendengar dari bercakap. Mungkin hanya selepas betul - betul kenal, baru ada pembuka bicara. Lain pula jika bersama kenalan rapat.

Pemalu:
Mungkin ini sifat aku yang susah nak dikikis. Ye, aku memang pemalu. Lebih pemalu jika bersama orang asing yang kurang dikenali. Sifat pemalu aku berkait rapat dengan sifat aku yang pendiam.

Tak kisah:
Tak kisah dari segi orang nak pakai barang, janji beritahu. Kalau main ambik je, hangin gak satu badan. Tapi hanya barang terpilih saja. Duit?...ikut keadaan.

Cerewet:
Ini sifat aku yang semua famili termasuk kawan rapat aku tahu. Kalau bab memilih, tak kira pakaian atau makanan. Serah pada aku. Kalau pasal makanan, nak suruh rasa makanan serahkan je. Bab membeli pun sama. Aku boleh habiskan sehari di shopping complex semata - mata nak beli kasut. Kawan aku memang dah surrender awal kalau nak teman aku cari barang...hehehe

Baik hati:
Ini macam mana boleh termasuk dalam senarai aku pun tak tahu. Oklah mungkin aku memang baik. Cepat tolong kawan - kawan setakat yang termampu. Bagi aku, biar kita buat baik pada orang walaupun orang jahat pada kita. Biar Allah s.w.t saja yang membalas perbuatan mereka. Betul tak?

Sensitif:
Ada masa - masa aku akan jadi sensitif. Tak tahu bila. Tapi kebanyakkan masa aku happy je.


Kata
Everyone Sees Who I Appear To Be. But Only Few Know The Real ME, You Only See What I Choose To Show, There's So Much More You Just Don't Know.



Blog
Berkenaan blog, aku cuma coretkan apa yang aku rasa aku nak conteng. Mungkin ada entri tentang fakta. Mungkin ada entri tentang personal aku. Mungkin ada entri tentang berita.

Semua ni terpulang pada apa yang aku rasa nak conteng. Kalau ada sudi membaca, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di blog picisan ni.

Kalau ada yang membaca, terharu sangat. Kalau ada yang komen lagi terharu, Kalau ada yang follow, lagi lagi terharu.

Mungkin boleh baca di sini, kalau nak tahu kenapa aku berblog.


Hubungi
Kalau berminat nak berhubung, silalah klik

TWITTER

FACEBOOK