07 May 2014

Goods And Services Tax (GST)

Satu perkongsian tentang apa yang heboh diperkatakan sekarang iaitu Goods and Services Tax yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Harap baca dan fahami. Bukan ingin menyebelahi mana - mana pihak hanya perkongsian maklumat.


Definisi GST:

Goods and Services Tax (GST) adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap proses jual beli yang berlaku melainkan jika mendapat pengecualian daripada kerajaan. Cukai tersebut dikenakan dari tahap membeli barang mentah, kepada penghasilan, jualan kepada kedai-kedai dan jualan kepada pelanggan.


Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan GST?

GST secara umum dipandang sebagai struktur cukai yang lebih baik. Paling utama kerana GST menjadikannya lebih sukar untuk seseorang lari daripada membayar cukai. Ianya perkara yang biasa di dunia korporat dan bisnes untuk mereka memanipulas akaun mereka sehinggakan mereka tidak perlu membayar cukai individu (income tax) dan cukai korporat atau hanya dibayar pada kadar yang minimum.

GST sudah lama dicadangkan oleh International Monetary Fund (IMF) kepada Malaysia untuk dilaksanakan. Malahan Pak Lah sendiri pernah bersuara untuk mencadangkan GST pada tahun 2007/2008. Namun atas banyak sebab maka baru sekarang ingin dilaksanakan.


Kenapa Sekarang?

Sebab utama kerana kedudukan kewangan negara semakin lemah. Boleh jadi juga disebabkan korupsi, atau memang sekadar Malaysia tidak menghasilkan output melebihi hutang yang dibuat. Namun memang Malaysia perlu menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Kedudukan kewangan yang lemah berbahaya buat Malaysia, silap-silap haribulan krisis ekonomi 1998 akan berulang.


Maksudnya Sekarang Kita Akan Kena Bayar Cukai Baru?

Kena tahu bahawa cukai secara umum ada dua jenis. Direct Tax dan Indirect Tax. Direct tax ni contohnya seperti income tax yang memang direct kena kepada kita. Indirect tax adalah cukai yang dikenakan apabila kita membeli barang. Of course, GST adalah indirect tax.

Sekarang ini Malaysia sudah ada Sales and Services Tax (SST) sebagai indirect tax. Sekarang ini kerajaan ingin tukar daripada SST kepada GST.


GST
Sales Tax
Services Tax
Kadar
6%
10%
5% untuk buah, makanan dan bahan binaan
6%
Skop
Dikenakan kepada semua barang dan perkhidmatan melainkan dikecualikan
Semua kena melainkan dikecualikan
Semua tak kena melainkan dinyatakan
Pelaksanaan
Dikenakan di setiap peringkat
Hanya Satu Peringkat
Hanya Satu Peringkat (services memangla satu peringkat je)


Jadi Maksudnya......




Maksudnya, untuk barangan, cukai yang akan dikenakan adalah lebih rendah (10% kepada 6%). Manakala untuk buah, makanan dan bahan binaan pula akan meningkat sebanyak 1%. Namun perlu dilihat kembali senarai barang pengecualian daripada GST.

Manakala ini juga bermaksud untuk services (tourism, restoran, eletkrik, insurans dan lain-lain), akan mula dikenakan cukai. Namun perlu tahu syarat wajib membayar GST adalah jika hasil jualan melebihi RM500,000. Maka sepatutnya restoran kecik di tepi jalan tak dikenakan GST. Namun akan ada kedai kecil yang turut mendaftar untuk GST kerana mereka boleh mendapat rebate bayaran GST.

Maka ini juga bermaksud, kos elektrik dalam menghasilkan barang dan kedai, kos membayar insurans pekerja, kos pengangkutan barang, kos mengambil external accountant @ auditor.... Semua itu akan dikenakan cukai. Dengan kata lain, walaupun cukai kepada barangan lagi rendah, namun indirect cost untuk business tersebut akan meningkat.....

Dicampur lagi dengan kos pelaksanaan GST yang agak kompleks dan memakan kertas, agak dijamin harga barang takkan jatuh melainkan sesetengah syarikat politik, dan terdapat kemungkinan harga masih akan naik.


Jadi Bagus Atau Tidak?

Faedah Utama: Pendapatan negara akan meningkat dan orang-orang kaya businessman yang melarikan diri daripada cukai selama ni akan kena bayar cukai. Negara boleh menggunakan duit tersebut untuk melakukan lebih banyak pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Keburukan Utama: Paksaan cukai tersebut akhirnya pasti akan pergi kepada pelanggan (jadi akhirnya bukan diorangla gak yang bayar cukai). Dicampur dengan indirect cost yang meningkat, harga barang secara overall konfim meningkat, sebaliknya harga barang bagi barangan bergantung kepada budi bicara penjual.

Kesan kenaikan barang akan lebih terasa ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun kajian mendapati jika barangan asas dikecualikan daripada GST seperti dilakukan Malaysia, perbezaan kesan antara golongan miskin dan kaya tidak begitu berbeza.


Sebab Tu Orang Ramai Bantah?

Orang-orang yang faham membantah GST atas dua sebab:

1) Korupsi masih berleluasa, pembaziran masih banyak berlaku, namun kerajaan tidak mengambil serius di dalam menguruskan perkara tersebut, namun sebaliknya mengenakan GST seolah-olah ingin rakyat yang membayar korupsi dan pembaziran yang berlaku.

2) Harga barang tengah naik secara berturut-turut beberapa bulan ini bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian kenaikan tarif elektrik. Pelaksanaan GST bermaksud sekali lagi harga akan naik. Rakyat perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan harga yang baru.

Manakala orang yang tak faham GST membantah kerana salah faham, atau atas sebab yang kedua, di mana kerana GST akan menaikkan harga barang.


Alternatif Kepada GST:

Saya tak nak ulas alternatif yang bersifat andaian seperti kalau PR memerintah, korupsi dan pembaziran akan banyak berkurangan.

Alternatif Praktikal Kepada GST (dicadangkan oleh Rafizi di Parlimen):

1) Capital Gain Tax - boleh dikenakan ke atas bond, saham, unit trust, emas, atau apa saja jenis asset yang nilai harganya naik, dan dibuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan dijual pada harga lebih tinggi.

Namun realitinya agak tipis kemungkinan kerajaan akan mengenakan capital gain tax sebagai langkah menyelesaikan beban hutang kerajaan. Ini kerana kerajaan perlu mengurangkan beban hutang untuk memastikan ekonomi Malaysia mampu menarik perhatian pelabur asing. Tindakan mengenakan Capital Gain Tax akan melarikan mereka, maka sekaligus walaupun pendapatan negara semakin kukuh, pelabur asing akan lari maka antara matlamat utama hutang negara ingin dikurangkan tidak dicapai... Mungkin orang umum merasakan "apa la nak sangat pelabur asing datang Malaysia".... Tapi perlu tahu krisis ekonomi 1998 yang menyaksikan kadar inflasi yang sangat teruk, adalah disebabkan pelabur asing lari beramai-ramai.

Real Property Gain Tax (RPGT) juga adalah sejenis capital gain tax. Ini adalah satu-satunya capital gain tax yang wujud di Malaysia. Boleh dilihat kesan daripada penghapusan RPGT pada tahun 2007 oleh Pak Lah menjadikan harga rumah melonjak naik beberapa kali ganda.


2) Windfall Tax - adalah cukai yang dikenakan ke atas syarikat yang mendapat keuntungan besar hasil daripada keadaan ekonomi yang memanfaatkan industri tersebut. Kebiasannya dikenakan ke atas barangan commodity seperti getah, kelapa sawit, biji timah, dan lain-lain

Mengikut wakil rakyat di Parlimen, windfall tax ada dikenakan di Malaysia seperti di dalam industri kepala sawit. (Maksudnya jika harga sawit naik melonjak, akan dikenakan cukai tambahan ke atas syarikat kelapa sawit). Namun detail tidak dikaji penulis kerana merasakan ianya isu yang berbeza.

Namun realitinya windfall tax adalah bergantung kepada keadaan ekonomi commodity tersebut. Adalah kurang munasabah ingin menggunakannya sebagai kaedah memulihkan kedudukan ekonomi sesebuah negara.


Maka persoalan asas kepada GST berkaitan samada patut dilaksanakan atau tidak adalah:

Antara Hutang Negara meningkat dan kita berpotensi jatuh ke dalam krisis ekonomi
(yang mana kita juga tahu kerajaan BN memang tak mampu nak kurangkan pembaziran dan korupsi)

Dengan

Harga Barang meningkat dan kita akan perlu makan lebih sikit, travel lebih sikit, dan semualah lebih sikit


It's Your Choice

"The beautiful thing about knowledge is no one can take it from you"

Do start a healthy discussion if you disagree or simply have new points to share

Artikel oleh:
Izzuddin Yusuf


No comments:

Post a Comment