27 November 2013

Mengomel Pasal Tugas

Assalamualaikum

Kali ini nak bercakap tentang tugas. Macam serius, tapi  akan diceritakan secara santai. Semua ini berkaitan dengan tugas aku sebagai pemeriksa cap jari. 

Kalau nak diikutkan, aku masih lagi belum mencapai tahap pakar, sebab baru bekerja dalam 6-7 tahun. Tapi memadai kalau nak buat penjenisan, pengkelasan dan menentukan karakteristik cap - cap jari yang diberi.

Dan semua tahu ada macam - macam jenis cap jari dan setiap individu berbeza. Jadi memang tiada masalah bagi aku. Tapi ada lagi yang lebih hebat sehingga tahap boleh bagi ceramah dan mengajar. Aku.....hanya yang biasa - biasa saja. Belum sampai lagi tahap sebegitu.

gambar hiasan

Tapi akhir - akhir ini, bidang tugas aku macam lari dari yang skop yang asal. Aku lebih banyak kena buat statistik rekod jenayah, dadah dan sebagainya. Sampai tahap nak tukar kerja rasanya. 

Arahan dari bos yang sekejap lain, sekejap lagi lain. Sampai satu tahap tak tahu dah nak ikut yang mana satu. Semenjak bertukar bos baru, itu yang jadi macam ni.

Tapi nak buat macam dah arahan. Ikut sajalah Labu.

Yang lawaknya, membangkang ramai juga, tapi belakang jelah. Depan - depan tak berani.

Kerja yang hakiki jadi terbengkalai semata - mata nak siapkan statistik. Jadi bidang tugas macam dah lari.

Kemusykilan yang selalu bermain di fikiran, Apa tugas aku sebenarnya?

Apapun aku bersyukur aku masih ada kerja dari menganggur. Itu yang sebenarnya.
Dan nawaitu masih sama, kerja kerana Allah.



2 comments:

  1. pemeriksa cap jari ? pergh, hebat kerja.. masuk course apa dpt masuk kerja ni?

    ReplyDelete
  2. Hebatkan?. Sebab satu2nya di Malaysia.Dan hanya ada di B.Aman. Staf ada mcm2 jenis course kat jabatan ni. Sebab kerja dgn gov, so diterima je walau course memasak sekalipun.;p

    ReplyDelete