26 September 2012

Ketagihan Melampau Terhadap Telefon!!

Walaupun ketagihan bukan seperti ketagihan terhadap bahan kimia, seperti dadah, pil penahan sakit dan rokok. Nomophobia boleh di kategorikan sebagai kemurungan.


Istilah Nomophobia mula digunakan oleh penyelidik di Britain pada tahun 2008 kepada mereka yang mengalami kemurungan jika tidak mempunyai akses kepada peranti mudah alih.

Satu kajian yang dilakukan oleh SecurEnvoy mendapati bahawa 41% responden yang ditemuramah mempunyai dua telefon atau lebih. Separuh daripada responden merasa terganggu jika rakan, keluarga atau pasangan membaca mesej atau teks pada peranti milik mereka.

70% wanita berbanding 61% lelaki, bimbang tentang keselamatan telefon bimbit mereka. Bagaimanapun didapati 47% lelaki lebih cenderung untuk memiliki dua telefon berbanding 36% wanita.


Kumpulan umur yang lebih muda akan merasa gelisah tanpa telefon bimbit. 77% responden dalam kumpulan umur 18-24 tahun terdedah kepada nomophobia berbanding 68% dalam kumpulan umur 25-34 tahun. Dan yang paling mengejutkan kumpulan umur 55 dan keatas terdedah kepada nomophobia.

Menurut istilah perubatan, memerlukan "sesuatu" untuk berasa tenang atau normal adalah salah satu tanda mengidap kemurungan. Pusat Pemulihan Morningside di Newport Beach, California adalah pusat pemulihan pertama yang menerima pesakit nomophobia.

Pesakit nomophobia dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit mereka dan akan panik jika kehabisan bateri pada telefon bimbit mereka. Mereka juga secara berterusan memeriksa telefon bimbit mereka samada mempunyai mesej baru, emel atau panggilan. Dan mereka juga tidak pernah meninggalkan telefon bimbit mereka dimana-mana. Telefon mereka sentiasa bersama mereka walaupun di dalam tandas.

Pesakit nomophobia juga dikatakan kurang berinteraksi dengan orang lain, kurang aktiviti luar dan tidak dapat menguruskan masa dan tugas dengan baik.

Jadi, kepada yang merasakan diri mempunyai tanda - tanda diatas. Kemungkinan besar mengidap salah satu penyakit kemurungan iaitu Nomophobia.


Sumber - Fox News

p/s: mungkin suka tukar - tukar handphone pun salah satu tanda penyakit.......Hmmmm

No comments:

Post a Comment