03 September 2012

"Gangnam Style" Dan Fenomena!!!


Semenjak dua menjak ni, video klip lagu "Oppa Gangnam Style" dan tariannya boleh dikatakan menjangkit dan melanda seluruh dunia.

Dan Malaysia juga tak terkecuali terkena jangkitan "Oppa Gangnam Style". Dan videoklip lagu oleh artis Korea, Psy,yang dimuat naik pada 15 Julai lalu, sudah mencecah 90 juta tontonan, ketika blog ni ditulis. BIAR BETUL!!!!!


Apa itu Gangnam Style?

Menurut Wikipedia;
"Gangnam merupakan salah satu kawasan yang paling kaya dan terletak di bahagian tenggara bandar Seoul, Korea Selatan."

Davidseth yang tinggal di Korea selama 4 tahun berkata di dalam cbc.ca.
"Gangnam adalah seperti "Beverly Hills" yang dikuasai oleh golongan kaya, Bentley, Mercedes, Rolls Royce dan sebagainya. "Gangnam style" bermaksud bergaya mewah dan ada kelas. Lagu ini berkenaan si penyanyi menyukai gadis yang bergaya dan anggun tetapi si gadis menyukainya kerana sebaliknya."

"Oppa Gangnam Style" bermaksud abang besar yang bergaya Gangnam.

Tarian Gangnam



Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh peminat Psy. Tarian Gangnam ada 4 langkah.


Langkah 1 - Cermin mata hitam - berlagak seperti memakai cermin mata.
Langkah 2 - Koboi - menari seperti koboi.
Langkah 3 - Kuda - bergaya seperti menunggang kuda.
Langkah 4 - Penamat - bergaya seperti menamatkan larian.

Sejak tu, sudah banyak tarian dan lagu versi cover dilakukan oleh peminat - peminat di seluruh dunia.

Ada versi Nelly Furtado seperti yang dilakukannya di dalam konsertnya di Manila tidak lama dulu.

Ada versi kartun Pony.

Ada juga versi parodi seperti dilakukan oleh deejay - deejay Fly FM dan selebriti 8TV.

                                   

Paling terkini versi Raya oleh keluarga anak cucu Tok Haroon yang dah mencecah sejuta tontonan.

Jadi, dah tahu macam mana fenomena "Gangnam style" melanda dunia. Ada yang suka, ada yang tak suka. Tapi lebih ramai yang suka. Kalau tidak, mana mungkin carian video di YouTube lebih banyak perkataan Gangnam.

Pada yang kata Gangnam Style bermaksud saya nak jadi Yahudi tu, baik hentikan sebelum apa - apa yang lebih teruk berlaku. Semoga pencerahan ni dapat memberi maklumat yang tepat. Sekian.




Rujukan - cbc.ca.
               everyone connects blog.

3 comments:

  1. aku terkejut td, budak cina tadika sebelah umah aku pun sama

    serentak menari dan melafaz gangnam style! demn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. <---budak thn 90-an
      budak - budak skrg dh advance....tak mcm budak zaman dulu.....

      Delete