26 September 2012

Ketagihan Melampau Terhadap Telefon!!

Walaupun ketagihan bukan seperti ketagihan terhadap bahan kimia, seperti dadah, pil penahan sakit dan rokok. Nomophobia boleh di kategorikan sebagai kemurungan.


Istilah Nomophobia mula digunakan oleh penyelidik di Britain pada tahun 2008 kepada mereka yang mengalami kemurungan jika tidak mempunyai akses kepada peranti mudah alih.

Satu kajian yang dilakukan oleh SecurEnvoy mendapati bahawa 41% responden yang ditemuramah mempunyai dua telefon atau lebih. Separuh daripada responden merasa terganggu jika rakan, keluarga atau pasangan membaca mesej atau teks pada peranti milik mereka.

70% wanita berbanding 61% lelaki, bimbang tentang keselamatan telefon bimbit mereka. Bagaimanapun didapati 47% lelaki lebih cenderung untuk memiliki dua telefon berbanding 36% wanita.


Kumpulan umur yang lebih muda akan merasa gelisah tanpa telefon bimbit. 77% responden dalam kumpulan umur 18-24 tahun terdedah kepada nomophobia berbanding 68% dalam kumpulan umur 25-34 tahun. Dan yang paling mengejutkan kumpulan umur 55 dan keatas terdedah kepada nomophobia.

Menurut istilah perubatan, memerlukan "sesuatu" untuk berasa tenang atau normal adalah salah satu tanda mengidap kemurungan. Pusat Pemulihan Morningside di Newport Beach, California adalah pusat pemulihan pertama yang menerima pesakit nomophobia.

Pesakit nomophobia dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit mereka dan akan panik jika kehabisan bateri pada telefon bimbit mereka. Mereka juga secara berterusan memeriksa telefon bimbit mereka samada mempunyai mesej baru, emel atau panggilan. Dan mereka juga tidak pernah meninggalkan telefon bimbit mereka dimana-mana. Telefon mereka sentiasa bersama mereka walaupun di dalam tandas.

Pesakit nomophobia juga dikatakan kurang berinteraksi dengan orang lain, kurang aktiviti luar dan tidak dapat menguruskan masa dan tugas dengan baik.

Jadi, kepada yang merasakan diri mempunyai tanda - tanda diatas. Kemungkinan besar mengidap salah satu penyakit kemurungan iaitu Nomophobia.


Sumber - Fox News

p/s: mungkin suka tukar - tukar handphone pun salah satu tanda penyakit.......Hmmmm

25 September 2012

Pengemis: Nak Bantu Atau Tak?

Sabtu lepas, dalam Majalah 3 di TV3, ada cerita tentang pengemis yang mengemis di tempat - tempat tumpuan ramai. Dan ada sindiket yang melindungi pengemis ni.


Aku pun ada cerita pasal pengemis ni. Tapi ni kejadian setahun yang lalu.

Setiap hari Jumaat, aku akan pergi ke Masjid Negara untuk solat Jumaat. Sambil - sambil tu, cari makan di gerai - gerai jualan berdekatan dengan masjid tu.

Seperti tempat - tempat lain, ada jugalah pengemis dalam tujuh ke lapan orang mengemis kat situ. Tu belum kira yang ada di dalam kawasan masjid. Aku ada jugalah hulur seringgit, dua kepada pengemis - pengemis ni. Aku suka perhati kumpulan pengemis ni sambil - sambil makan kat situ.

Aku ternampak ada seorang pakcik tua ni, sangat kurus dan berbaju melayu warna biru. Tapi kebanyakkan pengemis ni, mesti pakai baju melayu. Trademark kot.

Apapun, aku hulur lah seringgit kat pakcik tu.

Keesokkannya, aku dan kawan aku pergi bersuka ria tengok wayang di Berjaya Times Square. Kalau tak salah, cerita Fast & Furious 5. Sebelum tayangan bermula, aku dan kawan aku pergi ke tandas dalam panggung tu dulu. Karang menggangu tumpuan tengok wayang.

Dalam tandas tu, aku jumpa pakcik tua yang mengemis di Masjid Negara. Aku toleh banyak kali takut salah orang. Aku tunjuk kat kawan aku. Dia pun iyakan. Tak salahlah mata aku. Tapi hairan, takkan mengemis dalam kawasan panggung wayang tu.

Aku ikut dia. Dan dia pergi ke dewan yang sama aku nak pergi. Sah dia tengok wayang jugak. Kata pengemis, takkan habiskan duit untuk tengok wayang. Baik beli makanan.

Aku cerita kat kawan aku. Hairan dan pelik. Sah lah dia menipu.

Moral cerita: baik dermakan duit ke masjid. Lagi afdal.

Memang bukan hak kita untuk tahu bagaimana dia guna duit tu. Tapi kita berharap dia gunakan duit tu untuk benda yang  lebih penting. Tapi.....

Setakat ni, bukan dia seorang je aku jumpa, menipu dengan mengemis. Ada seorang lagi yang nampak macam nazak. Tapi kantoi bila aku jumpa dia hidu gam di kawasan DBKL Jalan Raja Laut.

Lepas ni, aku nak derma pun kena tengok - tengok. Derma pada yang lebih berhak...Sekian

Cerita lebih lanjut tentang pengemis di blog mazidulakmal.com

24 September 2012

24 Jam, 7 Hari


Pejam celik, pejam celik dah nak masuk suku ketiga tahun 2012. Banyak benda nak buat. Banyak jugak benda tak sempat buat. Mana - mana azam tahun 2012, sesetengahnya dah tercapai. Yang mana azam tak tercapai, sempat lagi nak buat.

Masa sekarang cepat je berlalu. Ingat dulu zaman kecik - kecik, nak tunggu malam tu lambat sangat. Kalau bulan puasa lagilah, letih menunggu nak buka puasa.

Tapi sekarang dah besar, ingat balik zaman - zaman kanak - kanak riang dan muda remaja, boleh senyum sesorang. Tak lama lepas tu nak kahwin lepas tu ada anak, lepas tu tua, anak dah besar. Macam tu, putaran hidup.

Aku sekarang pun tak terkejar masa. Banyak benda nak buat. Dengan assignment, test, final dah dekat, kerja lagi. Kalau ada keluarga, mesti terabai. Masa untuk diri sendiri pun masa tidur jelah.

Sangat respek kepada ibu-ibu, bapa-bapa yang sambung belajar. Boleh bahagi masa untuk anak - anak dengan belajar. Masa tengah sihat ni lah nak belajar pun. Dah sakit - sakit esok, tak de maknanya.

Back to story, masa kecik-kecik dulu, terpikir, macam mana orang dewasa boleh ingat perkara masa masih diorang kecik dulu?. Sekarang baru aku tau macammana. Segala memori memang tersimpan sebagai kenangan. Budak - budak lagi kan...Semua benda nak tau.

Macammana agaknya kalau boleh balik ke zaman dulu. Kalau aku, nak balik ke zaman semasa mula aku sekolah menengah. Nak ubah diri aku jadi lebih cool. Sebab dulu tak berpeluang. Kalau boleh la..

Apapun, yang lepas biar jadi kenangan. Yang penting perbuatan hari ni jadi penentu untuk masa depan. Bergantung kepada Qada' dan Qadar. Wallahualam..


p/s: bebelan merepek aku di petang hari. Almaklumla penat studi....sorry ye....

03 September 2012

"Gangnam Style" Dan Fenomena!!!


Semenjak dua menjak ni, video klip lagu "Oppa Gangnam Style" dan tariannya boleh dikatakan menjangkit dan melanda seluruh dunia.

Dan Malaysia juga tak terkecuali terkena jangkitan "Oppa Gangnam Style". Dan videoklip lagu oleh artis Korea, Psy,yang dimuat naik pada 15 Julai lalu, sudah mencecah 90 juta tontonan, ketika blog ni ditulis. BIAR BETUL!!!!!


Apa itu Gangnam Style?

Menurut Wikipedia;
"Gangnam merupakan salah satu kawasan yang paling kaya dan terletak di bahagian tenggara bandar Seoul, Korea Selatan."

Davidseth yang tinggal di Korea selama 4 tahun berkata di dalam cbc.ca.
"Gangnam adalah seperti "Beverly Hills" yang dikuasai oleh golongan kaya, Bentley, Mercedes, Rolls Royce dan sebagainya. "Gangnam style" bermaksud bergaya mewah dan ada kelas. Lagu ini berkenaan si penyanyi menyukai gadis yang bergaya dan anggun tetapi si gadis menyukainya kerana sebaliknya."

"Oppa Gangnam Style" bermaksud abang besar yang bergaya Gangnam.

Tarian Gangnam



Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh peminat Psy. Tarian Gangnam ada 4 langkah.


Langkah 1 - Cermin mata hitam - berlagak seperti memakai cermin mata.
Langkah 2 - Koboi - menari seperti koboi.
Langkah 3 - Kuda - bergaya seperti menunggang kuda.
Langkah 4 - Penamat - bergaya seperti menamatkan larian.

Sejak tu, sudah banyak tarian dan lagu versi cover dilakukan oleh peminat - peminat di seluruh dunia.

Ada versi Nelly Furtado seperti yang dilakukannya di dalam konsertnya di Manila tidak lama dulu.

Ada versi kartun Pony.

Ada juga versi parodi seperti dilakukan oleh deejay - deejay Fly FM dan selebriti 8TV.

                                   

Paling terkini versi Raya oleh keluarga anak cucu Tok Haroon yang dah mencecah sejuta tontonan.

Jadi, dah tahu macam mana fenomena "Gangnam style" melanda dunia. Ada yang suka, ada yang tak suka. Tapi lebih ramai yang suka. Kalau tidak, mana mungkin carian video di YouTube lebih banyak perkataan Gangnam.

Pada yang kata Gangnam Style bermaksud saya nak jadi Yahudi tu, baik hentikan sebelum apa - apa yang lebih teruk berlaku. Semoga pencerahan ni dapat memberi maklumat yang tepat. Sekian.




Rujukan - cbc.ca.
               everyone connects blog.

02 September 2012

Ibarat Cinta Lama Bersua Kembali

Assalamualaikum,


Dah lama tak berusik ini blog. Bukan apa bila dah ada cinta baru, blog agak terpinggir. Mungkin dah kurang mengadap laptop, tu yang blog pun terabai.

Seperti entri sebelum ni yang dipos pada bulan Jun, aku ada S3. Jadi banyaklah masa habis kat laman sosial dalam handphone je.

Nak menaip panjang - panjang  guna handphone memang tak best. Banyak typo (typing error). Sedangkan guna keyboard pun ada typing error, inikan pulak guna handphone. Dahlah jari besor - besor.

Puasa dah lepas, raya pun dah lepas. Tak banyaklah peristiwa yang berlaku kat aku. Mungkin yang terbaru pun, aku dah menyewa sendiri dengan adik aku. Jadi, keluarga aku selalu turun KL, lepak, makan - makan dan tidur kat rumah aku. Selesalah sikit. Kalau tak mesti sewa kat hotel. Duit lagi.

Apa lagi nak bebel.....errmm....sekarang aku dah makin kerap memasak. Tak macam dulu, asyik makan kat kedai je. Sebab dah ada peti sejuk, sesuka anak tekaklah nak memasak. Mungkin aku akan kongsi resepi pulak lepas ni, mana tahu kan?. Tapi taknaklah tukar jadi blog memasak. Lain cerita nanti.

Lupa nak kongsi pengalaman pakai S3 dari kaca mata aku. Takpelah, dah basi pun. Galaxy Note 2 pun dah keluar. Taknaklah tukar. Aku suka yang sedang - sedang saja, yang penting dia setia....ewah.. ternyanyi lak.

Ok lah, cukup setakat ni. Semangat berblog dah datang balik. Cinta lama dah berputik kembali. Tapi kalau entri jarang - jarang harap maafkanlah...