28 April 2012

Lagi Pasal Bersih 3.0...

Aku masih lagi ada di pejabat. Mungkin sampai ke tengah malam. Kalau nak diikutkan, aku masih lagi kena standby. Mana tahu, ada kecemasan.

Keadaan keseluruhan Dataran Merdeka.

Sambil - sambil duduk kat ofis, tinjau keadaan Bersih 3.0 dari tingkap pejabat je. Tak berminat nak cerita lebih  -lebih sebab ada banyak lagi sumber dan berita boleh dapat. Macam Facebook PDRM. Kat situ lagi banyak gambar.

Aku hanya kongsi dari pandangan aku je.

Layan lagi gambar....;p



Jumlah orang ramai yang makin bertambah.

Orang ramai yang menuju ke Masjid Jamek dari Masjid Negara.

Keadaan di Masjid Jamek sebelum rempuhan.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas rempuhan.

Lagi gas pemedih mata.

Orang ramai beralih ke Lebuh Pasar. Dan benteng dialihkan.

Polis menyembur air untuk menyuraikan keaadaan.

Boleh tengok warna air yang coklat. Tak tahu air apa...

Antara yang ditahan di belakang Dataran Merdeka.

p/s: kalau ikut keadaan sekarang dah makin reda. Tak tahulah nanti sebab diorang nak guna dataran dari pukul 4 petang hingga 6 petang.


Kerja Pada Hari Bersih 3.0!!!

Jadi dah bermula perhimpunan Bersih 3.0. Dan aku bekerja pada hari ni. Sambil - sambil kerja update blog. Tahun lepas aku kena standby jugak. Tapi pada hari kejadian aku tak terlibat.

Suasana tenang sebelum Bersih 3.0
Tahun ni, aku terlibat. Dari tingkap pejabat aku dapatlah tengok kawasan Dataran Merdeka. Dan aku dapat tengok dan tangkap gambar serba sedikit dari kedua - dua simpang Dataran tu. Jadi layan je lah gambar - gambar dulu.

Dah kelihatan orang ramai berhimpun di Lebuh Pasar.

Trak polis dan FRU bergerak keluar dari Bukit Aman.

Semakin ramai berhimpun di kawasan Masjid Jamek.

Trak FRU bergerak masuk ke tapak berhimpun.

Dah ramai berkumpul.

Ada Paragliding memantau dari atas. Masa ni orang pakat bersorak.
Dah macam pertunjukkan lak.

Paragliding PDRM.

p/s: gambar semua dari tingkap pejabat aku. Nanti update lagi gambar terkini.

26 April 2012

Macam Air!!!

Rasa baru je gaji semalam. Semalam buat dek je, masa orang sibuk - sibuk kerumun mesin ATM. Almaklumlah, menghabiskan saki - baki duit dalam dompet dulu.


Tapi hari ni, online Maybank2u, bayar apa yang patut. Dah tinggal ciput je duit gaji. Alahai, cepat betul duit surut. Lagi laju dari air. Mengalir tak berhenti.

Bayar bil - bil itu ini. Bagi duit kat keluarga. Buat belanjawan barang dapur. Tolak duit kecemasan. Tolak duit simpanan. Sikit je tinggal nak buat joli. Sekali - sekala nak layan tengok wayang. Ada pulak pesta buku bulan ni.

Tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu. Tapi tulah, kena ingat masa depan, mana boleh joli sakan.
Layan nafsu membeli. Takpelah, sekali sekala...;p


24 April 2012

Tunggakkan

Bukan nak cerita pasal kes tertunggak, kerja tertunggak atau bayaran PTPTN yang tertunggak. Aku tak hairan pun benda alah tu.

Yang nak cerita ni, aku datang awal ke pejabat, semata - mata nak belek samada payslip dah ada ke belum?. Bukan apa, sejak SBPA dimansuhkan, dan SSM dinaiktaraf, nak jugak tengok gaji baru ni dapat berapa.

Dah tahu akan dapat 13% dari gaji sebelumnya. Dan nak tengok jugak dapat ke tak gaji dari bulan Januari hari tu.

Jadi, on je PC terus login e-slip. Dan.....

Dah ada. Yeeeaaaayyy!!!!. Dan betullah kiraan sebelum ni.

Tapi gaji belum masuk lagi. Payslip je yang ada. Dan segala gaji tunggakkan dari bulan Januari dah dimasukkan sekali untuk bulan ni.

Walaupun tak banyak, gaji dua, tiga ratus tu lah yang digunakan buat belanja dapur. Tinggal pulak kat bandar besar.

Apapun aku nak beli sesuatu untuk diri aku ni. Sebagai ganjaran. ;p

23 April 2012

Pejabat Panas!!!

Assalamualaikum....

Sekarang ni aku ada kat pejabat. Biasalah kan, hari Isnin. Agak bersemangat sikit nak pergi kerja. Tak de istilah "Monday Blues" pun. Kalau ada pun, sikit je la.

Dah bersiap - siap pakai baju wangi - wangi bagai, macam tertumpah perfume. Alih - alih, takde aircond. Macam gini nak buat kerja pun panas.


Maka, keluarlah bau - bauan semulajadi yang terbit dari badan. Kalau wangi takpe la jugak. Ini bau dah macam bangkai. Peluh toksah ceritalah. Ketiak pun basah macam kes Lufya. oppss.

Rugi je pakai lelawa ke pejabat. Kalau tau gini pakai t-shirt je tadi. Pastu pakai seluar track suit. Sejuk sikit.

Diorang ni kedekut aircond ke apa?

Bukan sekali dua jadi macam ni. Banyak kali dah. Sampai nak buat kerja pun tak lalu.

Tapi nak buat macam kan, terima je la.

Bayangkan kalau ketiak basah macam ni.
Nak buat kerja pun tak lalu. Bau cam haram.



19 April 2012

Apa Kes Dengan Sekolah Aku Ni??

Baru berkesempatan nak berblog. Almaklumlah balik kampung rumah baru. Banyak nak kena kena kemas. Laptop pun terbiar, tak de masa nak jenguk pun.

Sekarang dah balik KL semula. Baru je lepas balik kerja dengan kerja yang menimbun. Sambil rehat - rehat tengok berita baca surat khabar yang hampir nak dijadikan pembungkus nasi lemak. Berita pun dah basi. Tapi masih boleh baca lagi.

Tertarik dengan satu berita kejadian histeria di sekolah selepas terlihat kelibat wanita bernama Mawar Putih. Kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah. Ni sekolah aku ni.

Macamana pulak boleh berhantu ni? Selama lima tahun aku sekolah kat situ, takde pulak kejadian histeria - histeria ni. Yang kena histeria ni pun, budak perempuan je.

Aku tanya classmate aku dulu, tak pernah ada kejadian histeria ni. Aku pun tak kenal Mawar Putih tu siapa.
Adalah ni yang memanggil, macam budak main "spirit of coin" macamtu kot namanya.

Makhluk ni datanglah, kalau orang panggil dia. Takpun dah banyak pembangunan, sampai tempat diorang kena ceroboh. Tu yang datang ke sekolah tu.

Hai, macam - macam. Baik main batu seremban dari main spirit - spirit ni. Syirik je semua.

Kononya muka Mawar Putih tu.
gambar Kosmo!

06 April 2012

Belum Rezeki....Lagi!!

Bulan lepas aku ada buat entri pasal interview untuk Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea. Jadi hari ni, adalah keputusan interview tu.

Sama seperti tajuk, aku tak berjaya. Tapi tak pe, tahun depan boleh cuba lagi. Dan berita gembiranya, salah seorang member yang pergi interview sekali dengan aku berjaya untuk ke Korea.


Alhamdulilah, setidak - tidaknya ada juga wakil dari pejabat aku untuk ke Korea ni. Almaklumlah, pertama kali jabatan aku memohon untuk program ni.

Aku bersama lapan orang lagi walaupun tak berjaya, tumpang gembira. Kecoh jugak kat pejabat tadi. Sebelum ni kan takde wakil. Alih - alih tahun ni ada pulak. Mana tak gembira.

Bukan senang nak dapat dari tiga ratus calon hanya lima belas orang je layak ke Korea. Jadi persaingan agak sengit la.

Kalau nak ikutkan memang sedih, tapi dah ada orang yang lebih layak, terima jelah. Lagipun aku terfikir jugak, macammana kalau aku yang dapat, mesti akan timbul ketidakpuasan hati. Sebab aku dikira budak baru jugak dalam jabatan, yang lain - lain senior aku. Mesti ada suara -suara sumbang.

Masa kitorang memohon untuk program ni pun dah ada yang pandang sinis. Susah kalau ada yang suka pandang negatif ni. Leceh.

Apapun, aku ucapkan tahniah kepada member aku tu. Ole - ole jangan lupa. Keychain pun jadilah...;p


05 April 2012

Munchausen Dan Cuti MC...

MC atau Medical Certificate perkataan yang sinonim dengan pekerja  kalau nak cuti. Ada yang MC betul, ada MC tak betul.


Kalau yang MC betul - betul ni aku tak hairan sangat tapi kalau MC tak betul ni, susah sikit la nak cakap.

Tapi apa kaitan MC dengan Munchausen ni? Apa benda Munchausen ni?

Munchausen atau Sindrom Munchausen adalah keadaan psikiatri berkaitan psikologi dan mental seseorang yang berpura - pura mengalami pelbagai jenis penyakit atas alasan perlukan perhatian.

Antara sebab - sebab seperti kesunyian, mereka berlagak seperti orang sakit tapi sebenarnya sihat.

Kebiasaan, mereka mempunyai kebolehan 'berlakon' sakit sehingga tubuh percaya mereka sedang sakit. Jadi, adakah mereka yang MC termasuk dalam kategori sindrom Munchausen ni ?

Siapa pernah buat faham - faham sendiri lah....;p

Tengahari?....Jom Tidur!!!

Semenjak, dua tiga menjak ni, kalau masuk tengahari, selalunya lepas makan memang akan tidur tengahari sekejap.

Dulu masa mula - mula kerja takde pun kejadian tidur tengahari ni. Sekarang kena pulak ada aircond, nikmat betul kalau tidur tengahari.

Aku pasti bukan aku seorang je yang akan tidur tengahari ni. Member - member aku yang lain pun akan ambik peluang tidur sekejap di tengahari.


Tapi tahu tak, tidur sekejap pada waktu tengahari  (15 - 30 minit) dapat segarkan badan sampai waktu petang?

Ini fakta, sebab hormon kortisol pada waktu tengahari menurun ke paras terendah menyebabkan badan kita rasa lemah, tak bermaya dan mengantuk. Jadi perlu tidur tengahari untuk kembalikan kesegaran badan.

Kebanyakkan masa lepas bangun tidur tengahari mesti pening, tapi dalam 8 - 10 minit lepas tu baru ok. Ini disebabkan rembesan hormon dalam badan.

Manfaat tidur tengahari:

  • Mengurangkan tekanan di tempat kerja
  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Baik untuk jantung dan kesihatan.
Kalau dapat tempat tidur tersorok macam ni,
lagi bagus...