07 March 2012

Opah Dulu, Opah Kini

Radio Dan Televisyen Malaysia (RTM) bercadang nak menerbitkan semula drama popular tahun 80-an dan awal 90-an, Opah, tetapi dengan barisan pelakon yang baru. Klik sini.

Kalau ikutkan drama Opah sangat nostalgia bagi aku, walaupun aku masa tu aku baru tadika nak masuk sekolah rendah. Tapi bila cerita ni ditayangkan di TV, mesti aku tengok.

Drama ni kalau tak silap aku seangkatan dengan drama TV RTM yang lain, contohnya Rumah Kedai, Naik Tangga Turun Tangga dan lain - lain drama. 

Generasi baru drama "Opah" - mstar online

Drama - drama masa tu, lebih menekankan tema kekeluargaan. Tak macam zaman sekarang kalau tak cerita hantu, mesti cerita cinta. Takpun cerita lawak spastik. Tak membina langsung.

Aku menyambut baik hasrat RTM menerbitkan drama Opah versi baru, khusus untuk generasi muda. Sekurang - kurangnya, boleh ambil teladan dari tema keluarga ni walaupun sikit. 

Tapi aku harap cerita ni nanti lebih baik kalau tidak pun, setaraf dengan Opah versi lama. Tapi biasalah setiap drama atau filem yang dibuat semula mesti akan dibandingkan dengan yang lama. 

Rindu betul aku nak tengok drama keluarga. Ini tak, balik - balik cerita cinta takpun hantu. Apakehe? 


No comments:

Post a Comment