29 February 2012

Anjal Atau Lompat Atau Apapun Namanya!!!

Hari ni 29hb Februari . Hari yang berlaku hanya setiap empat tahun sekali. Hari yang jarang - jarang berlaku, setiap empat tahun sekali je kan.

Hari macam ni sesuai kalau ada kelahiran, perkahwinan atau sebagainya. Kalau hari kahwin, boleh sambut setiap empat tahun je. Boleh rasa macam pasangan yang baru kahwin walaupun dah sepuluh tahun kahwin, sebab ulangtahun perkahwinan, baru 2 kali sambut je kan.

Berbalik kepada cerita, aku nak tahu jugak asal - usul tahun lompat ni. Lalu aku google dan kongsikan disini.


Tahun lompat atau tahun anjal berlaku kerana untuk memastikan hari dan tahun mengikut peredaran bumi dan tahun astronomi. Tahukah, sebenarnya bumi beredar mengelilingi matahari selama 365 hari 6 jam 9 minit 9.54 saat mengikut perkiraan sebenar?. Jadi tahun lompat dicipta untuk memastikan kalendar dapat mengikut peredaran bumi.

Julius Caesar yang bertanggungjawab mencipta tahun lompat untuk Kalendar Gregorian. Keputusan beliau adalah berdasarkan pemerhatian oleh ahli astronomi beliau iaitu, Sosigenes.

Kemudian, Pope Gregory XIII menetapkan tahun lompat mestilah tahun yang boleh dibahagi dengan angka 4.

Kalau dalam kalendar islam pula, bilangan hari ditambah kepada setiap bulan terakhir kalendar islam ( bulan Zulhijjah) dengan setiap 30 tahun ada 11 tahun lompat.

Itu serba sedikit info yang aku nak kongsikan berkenaan tahun lompat ni. Tak salah menimba ilmu walaupun remeh. Jadi kepada yang menyambut hari kelahiran dan perkahwinan, tahniah kerana anda istimewa...;p


28 February 2012

Lama Tak Jenguk!!!

Assalamualaikum..........
*Haaachuuummm*
Lama tak masuk ke blog....Masuk je ke blog terus bersin, banyak sangat habuk. Kena bersihkan sikit - sikit. Sawang pun ada, ish3x.


Oklah dari tak update sebulan. Kira seminggu ni, boleh dimaafkan lagi. Apapun kebelakangan ni aku agak sibuk sikit, idea ada, tapi hanya berlegar di dalam kepala. Tinggal nak keluarkan je. Nanti - nantilah tulis.

Kadang - kadang tak tahu apa yang disibukkan. Masa sekarang cepat je berlalu. Tahu - tahu dah penghujung bulan Februari. Kalau bulan Islam dah masuk bulan yang keempat. Kalau kira - kira lagi lima bulan nak puasa dah. Siapa tak ganti lagi tu, cepat - cepatlah ganti.

Sekarang dah typeless, tak tahu nak tulis apa lagi. Nanti update lagi. Salam....;p

20 February 2012

Laman Sosial...Bila Aku Sudah Tiada!

Tajuk mesti nak sentimental je. Tapi apa yang korang akan baca ni memang serius. Seperti semua sedia maklum, kebanyakkan daripada kita ada laman sosial seperti Facebook, Twitter atau setidak - tidaknya alamat emel seperti Yahoo! mail atau gmail.


Tahukah korang apa yang akan terjadi kepada laman sosial tersebut bila korang tiada atau dalam erti kata lain, meninggal dunia. Apa jadi dengan akaun Facebook, Twitter, dan alamat emel kita?. Kalau kita prihatin mungkin kita akan catat dimana - mana password atau wasiatkan pada orang yang kita percaya.

Menurut artikel yang aku baca pada tahun 2010,1.5 juta orang yang mati ada memiliki akaun Facebook, begitu juga dengan akaun Twitter. Mujur ada cara yang perlu dilakukan oleh mereka yang masih hidup untuk orang yang tersayang.

Facebook
Selalunya rakan - rakan di Facebook akan memberi ucapan takziah di akaun rakan mereka yang tiada. Kebanyakkan waris mahu menutup akaun tersebut. Tetapi, Facebook tidak membenarkannya kecuali ada surat bertulis dan pengakuan dari keluarga simati. Walaubagaimanapun, keluarga simati boleh menghadkan akaun tersebut dari dilihat.

 https://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=deceased
 https://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=memorialize_special_requests

Twitter
Twitter juga membenarkan akaun simati dipadamkan. Tetapi caranya sangat menyusahkan kepada keluarga simati untuk memadam akaun tersebut. Keluarga simati perlu menghantar surat bertulis untuk mengesahkan pemilik akaun telah meninggal dengan faks atau emel kepada mereka.

https://support.twitter.com/groups/33-report-a-violation/topics/148-policy-information/articles/87894-how-to-contact-twitter-about-a-deceased-user
Yahoo! Mail
Bagi alamat emel Yahoo! pula, keluarga simati tidak boleh memadamkan akaun simati kecuali keluarga simati mendapatkan perintah mahkamah yang memakan belanja pula. Berikut terma dan syarat daripada Yahoo!;
You agree that your Yahoo! account is non-transferable and any rights to your Yahoo! ID or contents within your account terminate upon your death. Upon receipt of a copy of a death certificate, your account may be terminated and all contents therein permanently deleted. 

Terjemahannya:
Anda bersetuju bahawa akaun Yahoo! anda tidak boleh dipindah milik dan apa-apa hak ke atas ID Yahoo! anda atau kandungan di  dalam akaun anda akan tamat di atas kematian anda. Apabila pihak Yahoo! menerima satu salinan sijil kematian anda, akaun anda mungkin ditamatkan dan semua kandungan di dalamnya akan dipadamkan secara kekal.


Gmail atau Google+
Pihak Google memandang serius hal ini, kerana ini perkara sensitif yang membabitkan hal peribadi. Jadi pihak Google mengambil langkah berjaga - jaga. Kenyataan pihak Google, "Sebarang keputusan untuk menyediakan kandungan e-mel pengguna yang telah mati akan dibuat hanya selepas kajian yang teliti dan permohonan untuk mendapatkan kandungan e-mel adalah satu proses yang panjang."

https://support.google.com/mail/bin/answer.py?hl=en&answer=14300


Untuk akaun seperti Hotmail, tumblr, flickr dan lain - lain, sila rujuk bahagian support atau help pada laman tersebut.

p/s: Kalau rasa susah sangat, tak payahlah ada akaun dalam dunia maya ni.;p

15 February 2012

Tribute...

Aku mungkin lembap, orang dah habis kecoh - kecoh, aku baru nak buat entri pasal Whitney Houston. Sibuk la sekarang. Nak - nak bila ada kerja rumah dan kerja sekolah. Tak tau nak buat yang mana dulu.

Berbalik kepada cerita, Whitney Houston salah seorang diva yang aku suka dengar lagunya. Terutama masa nak belajar. Lagu dia bukan jenis heavy - heavy sampai nak hantuk kepala ke dinding bila dengar. Lagu yang jenis easy listening, yang tak perlu nak berfikir banyak bila dengar.

Antara lagu yang aku suka, sudah semestinya lagu I Will Always Love You, Greatest Love Of All, My Love Is Your Love dan banyak lagi. Semua lagu ada 'Love'. Aku kan dalam hati ada taman. Kena dengar lagu yang jiwang - jiwang.

Tapi lagu yang membunuh adalah lagu I Will Always Love You. Lagu kegemaran dan disukai ramai. Fakta yang baru aku tahu, lagu ni asalnya dinyanyikan oleh Dolly Parton, tapi kenapa aku baru tau. Aku cuba google nak dengar lagu versi asal. Boleh tahan.


Kalau nak dibandingkan, lagu versi Dolly Parton jenis sentimental dan kena dengan jiwa orang dulu - dulu. Versi Whitney Houston, jenis tegas dan lebih kepada vokal. Tak dinafikan vokal Whitney Houston memang power.
Layan je mana - mana.

09 February 2012

Frasa "The Customer Is Always Right" Tidak Selalunya Betul

Sekarang kecoh berkenaan isu kakitangan KFC memukul pelanggan. Dan di dalam Facebook rasmi KFC, ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap isu ini. Ramai yang menegakkan isu "The Customer Is Always Right".

Bagi aku, aku sangat - sangat tak bersetuju dengan frasa ni. Memandangkan aku pernah kerja di bahagian yang berkaitan pelanggan, jadi aku tahu "customer is not always right". Mereka juga ada ke"sengal"an mereka.

Pelanggan ni merasakan mereka berhak keatas barangan atau perkhidmatan kita. Walaupun benda tu bukan hak mereka pun.
Kadang - kala, ayat "The Customer Is Always Right" menambah tekanan kepada pekerja. Kalau dah terang - terang customer salah, masih nak pertahankan customer ke?

Tak mustahil juga kalau nak memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan yang suka komplen akan mengabaikan pelanggan yang lain. Sebab tu kata "customer is not always right". Tak bagus untuk perniagaan.

Frasa "The Customer Is Always Right", ini dicipta pada tahun 1909 oleh Harry Gordon Selfrigde untuk kedainya. Tujuannya meyakinkan pelanggan, mereka akan dapat perkhidmatan terbaik dan meyakinkan pekerja untuk memberi perkhidmatan yang baik.

Berbalik kepada isu, tak terfikir ke? kedai yang ramai orang, kenapa masih nak tunggu dan masuk ke kedai tu lagi? Padahal banyak je kedai lain. Ni semua membabitkan sikap.

Tak munasabah kalau marahkan stesen minyak disebabkan harga minyak naik. Sama halnya, dengan isu KFC tu, tak patut marahkan pekerja sebab ayam habis. Sepatutnya marahkan pengurus yang gagal mengurus dengan baik. Tanggungjawab pengurus untuk pastikan ayam cukup. kan? kan?

Malang Tak Berbau

Badan masih terasa letih. Dengan segala benda yang berlaku, penat sampai tak boleh nak lelapkan mata. Tulah keadaan aku semalam.

Sebenarnya semalam adikku baru kemalangan, mujurlah tak teruk. Tapi motor terbang jugaklah RM300. Nak buat macam mana kan, benda nak jadi.

Dan aku selaku Abang Long, kena lah terlibat. Dengan menunda motor ke mekanik, ulang alik sepanjang Lebuhraya Persekutuan, sampai boleh khatam jalan tu. Barulah selesai malam tadi. Nasiblah aku naik motor je, kalau naik kereta, mau dekat ratus - ratus dengan duit tol dan duit minyak lagi.


Dan hari ni, kesan keletihan sampai rasa nak tidur sepanjang hari, tapi tak boleh sebab ada kat pejabat. Kerja hakiki kena buat jugak.

Tapi memanglah, lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan, memang sangat teruk. Dengan jalan yang tak elok, dan berlubang - lubang, memang banyak kali dah berlaku kemalangan.

Dah memang nasib pengguna motorsikal diabaikan, cubalah tengok mana - mana lebuhraya yang ada lorong motorsikal. Mesti macam haram. Sebab tu banyak yang elakkan guna jalan motor.

Kalau tak guna pulak, polis kacau lak. Nasib - nasib. Memanglah kita kena beringat kalau bawak kenderaan apa sekalipun. Kalau kita tak langgar orang, orang langgar kita.