10 January 2012

Tetiba Gila Korea!!

Tak tahulah kenapa. Semenjak, dua menjak ni asyik nak layan cerita korea je. Ni mesti gara - gara layan cerita "My Girlfriend Is A Gumiho" yang disiarkan kat 8TV baru - baru ni.

Sampaikan sanggup download album penuh OST drama tu. Pastu pasang kat ofis lagu - lagu tu sambil buat kerja. Lantaklah apa orang nak cakap. Pedulikan. Janji kerja jalan.


Sekarang ni tengah layan drama "Secret Garden". Bolehlah. Lagipun CD pinjam. Layan je lah.

Sebelum ni pun jadi jugak simptom - simptom minat Korea ni, selepas layan drama "Boys Over Flower". Lepas dua, tiga bulan tu berhenti kejap layan Korea. Sekarang ni dah timbul balik minat Korea. Nasib tak fanatik.

Ingatkan aku sorang je terkena simptom minat Korea ni. Member aku yang lelaki pun minat jugak, sampai sanggup beli CD cerita Korea ni. Tapi dia tengah "cool down" sekarang. Nanti timbul balik la simptom tu.

Nanti nak teman member cari CD drama Korea kat Petaling Street. Teman je, bukan nak beli pun. Pinjam je. hehehe


2 comments:

  1. salam....

    Entah lah kekadang aku sebagai lelaki malu gak nak memperlihatkan aku layan drama korea.....dulu aku kutuk kawan pempuan yg layan korea ni jiwang karat lah.....tp setelah tengok epsd 1 Boys over flower adik aku punyer DVD aku rasa jd fanatik korea...padahal aku layan tu sbb lupe beli stok DVD filem n boring sangat mlm tu....... dan aku habis kan Boys over floweer tu 4 hari jer termasuk waktu kerja dan tak tidur malam sampai pagi.....dan la ni baru habis Star's Lover 20 epsd dalam masa 2 hari.....hehehhehhe.....tarpaksa mengaku dah jadi hantu korea...satu perkara yg aku perasan bile habis tengok drama korea.......hati aku terasa sesuatu yg tak tahu aku nak terangkan sehinggakan aku bersemangat dan berjaya menghafal balik surah rahman, sajadah, insan. tabarak yg dah lama sangat aku tak baca.....dan aku jadi lebih romantik kat bini aku .......entahlah....aku layan jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam
      Lantak le orang nak kata apa. Bukannya kacau orang lain pun. Janji tanggungjawab jalan. Biarlah orang nak cakap dalam hati ada taman.Kurang2 jadi romantik macam dlm drama korea. Tak gitu?

      Delete