10 January 2012

Online Shopping!!!

Selamat ke kalau membeli belah secara online? Almaklumlah, zaman sekarang di mana segala - galanya di hujung jari, pembelian barang secara atas talian atau secara online menjadi pilihan.

Zaman sekarang semuanya serba pantas, masa yang diperuntukkan untuk membeli belah boleh digunakan untuk membuat kerja lain.


Aku pun salah seorang yang pernah membuat pembelian online. Aku beli laptop Dell melalui laman web Dell. Bayar pun secara online. Banyak kali juga aku membeli dengan syarikat Dell. Setakat ni aku berpuas hati, sebab aku tahu kesahihannya.

Kalau membeli melalui mudah.my , lelong.com.my atau yang seumpamanya, memang aku tak pernah. Sebab membeli melalui individu persendirian ni aku was - was sikit. Walaupun aku pernah membeli buku melalui individu secara online. Setakat buku je lah, kalau yang membabitkan ratusan hingga ribuan ringgit, mungkin aku teragak - agak.

Seperti yang terjadi pada kawan aku yang membeli handphone melalui mudah.my. Tertipu sebanyak RM500. Dah bayar, hampir sebulan masih tiada jawapan. Bila call atau sms, no tak dapat dihubungi dah. Lesap macam tu je. Akaun bank memang ada. Buat repot pun masih tak dapat hasil.
Dan berita yang aku baru baca dalam metro ni, rujuk sini. Beli handphone dapat lesung batu. Tak ke naya je. Jadi kena berhati - hati bila membeli. Sentiasa kena rujuk dan pastikan kesahihannya. Sebab dah semakin ramai yang berniaga melalui online.

Bukan tak bagi. Sekarang pun dah ada beli barang dapur secara online. Memudahkan untuk orang ramai. Tak salah sebagai punca pendapatan. Hanya perlu jujur dengan pelanggan. Duit tu jadi darah daging. Biarlah duit yang kita dapat tu halal dan diredhai.....

No comments:

Post a Comment