29 January 2012

Hujung Bulan Borong Buku

Hari ada kelas kat Shah Alam dan kebetulan pula ada Karnival Karangkraf kat HQ Karangkraf Shah Alam. Apalagi lepas kelas bercadang nak singgah.

Aku keluar rumah awal pagi lepas subuh. Dalam perjalanan ke kelas tu, dah nampak khemah - khemah kat Karangkraf tu.
Buku jual longgok je...RM3 ada, RM5 pun ada..

Sebenarnya karnival ni berlangsung dari 26/1/2012 hingga 29/1/2012. Jadi kiranya, hari terakhirlah aku pergi. Sangat ramai orang kat sana. Mestilah ramai orang kan, takkan haiwan lak ramai. Back to story, masing - masing pengunjung memborong buku.

Aku pun tak terkecuali. Habislah jugak dalam seratus lebih. Terkedu aku sekejap. Tapi, aku memang jenis suka memborong buku. Setakat seratus, dua ratus habis untuk buku, biasa bagi aku.

Sekarang ni pun, aku tak tahu nak letak kat mana buku aku yang banyak - banyak tu. Ada setengah aku dah bawa balik kampung.

Jadi, korang layan je gambar yang sempat aku ambik ni....;p


Ramainya...p

Menuju ke booth buku.

Guna helmet je isi buku, bakul dah habis...hihihi


28 January 2012

Blog Setahun Durian!!?!?

Selamat Hari Kejadian kepada blog aku ni. Baru perasan, hari ni genap setahun durian blog aku ni. Kenapa setahun durian bukan setahun jagung?

Jagung kalau nak boleh dimakan, beberapa bulan je dah cukup. Durian nak boleh makan, bertahun jugak. Jadi bolehlah diibaratkan blog aku ni tak cukup masak dan matang.

Setahun baru usianya, tak boleh nak diharap apa - apa lagi. Bila dah masuk bertahun, mungkinlah ada sesuatu. Lagipun blog ni jarang berupdate. Update bila terasa nak menulis.

Setahun baru ada beberapa follower, boleh tahan bagi aku. Mungkin orang lain dah beribu setahun. Aku pun bukan jenis gila follower. Berharap pada apa yang ada. *dalam hati mau jugak beribu follower..hehehe*

Ucapan:
Semoga Tahun Ni.....Rajin - rajin update blog.....hehehe


Selamat Ulangtahun Yang Pertama....Huuraaayyy




26 January 2012

JAGA - JAGA Pengguna Komputer!!!

Kebiasaannya, pengguna mengadap komputer 12 - 18 jam sehari. Kalau pengguna tegar lagi lebih lama. Terutama kaki game. Lebih dari 20 jam. Kalau boleh, 24jam, 7 hari seminggu nak mengadap komputer.

Bagi pengguna biasa - biasa, 12 jam adalah normal. Tapi dalam masa 12 jam mengadap komputer, macam mana nak jaga kesihatan mata. Almaklumlah, mata nak pakai lama. Kalau dah rabun tahap kronik sehingga nak tidur pun kena pakai spek, memang kronik sesangatlah.

Aku pun tengah mencari - cari cara nak jaga mata dari rabun disebabkan mengadap komputer terlalu lama. Setakat ni aku masih belum berkaca mata. Yelah makan lobak hari - hari. Tapi tak mustahil akan pakai jugak satu hari.

Satu kemusykilan. Adakah aku akan kelihatan kacak jika berkaca mata?...haha...mati perasan la camni...;p


Back to story, aku membelek segala khazanah dan petua - petui yang ada. Akhirnya terjumpa cara paling mudah, iaitu 20-20-20.

Apakah itu? Saiz badankah?...Bapak buruk kalau 20-20-20. Dahla kurus, lurus macam pembaris lak. Bukan saiz badan, tetapi terapi yang disyorkan oleh pakar mata profesional. Berikut cara - caranya:-

Langkah 1
Selepas 20 minit mengdap komputer, alihkan pandangan pada objek yang jaraknya lebih kurang 20 kaki. Perlu dilakukan untuk mengelakkan mata menjadi letih.
Kalau ada gadis seksi kat sebelah, suruh dia berdiri 20 kaki dari korang. Nak elakkan maksiat jugak...

Langkah 2
Pejam celik mata sebanyak 20 kali untuk melembapkan. Kalau ada eyemo, titik 20 kali gak...err...lawak je.

Langkah 3
Elakkan duduk dalam posisi yang sama lama - lama. Berjalan untuk 20 langkah selepas 20 minit mengadap komputer. Nak lancarkan peredaran darah.
Ajak ramai - ramai berjalan bersama sambil gosip - gosip macam kat pejabat aku ni..hehe

Itu aje yang patut diamalkan, 20-20-20. Senangkan? Lepas ni nak praktik...Jom join sesama;p


25 January 2012

Boleh Jual Rupanya Baucar Buku Ni...Baru Tahu!!

Sejak dua menjak ni keluar dalam berita, pelajar IPT jual Baucar Buku 1Malaysia dalam laman web seperti mudah.my, lelong.com atau Facebook.

Apasal aku tak tau?. Kalau tau mesti aku jual jugak, tapi aku nak buku bukan duit. Boleh camtu?. Tak pun, baucar tu aku let go je kat adik - adik aku. Ada faedah gak.

-gambar BHarian-

Kalau aku nak beli baucar dari orang - orang yang jual baucar ni, aku tak mau bayar. Sebab diorang bukannya keluarkan modal nak dapatkan baucar tu. Hanya bagi nama, lepas tu dapat baucar. Sesen pun tak payah keluar. Untung atas angin je. Tak patut, tak patut.

Kot iye pun nak berniaga. Berniagalah benda lain. Banyak lagi benda lain. Antara alasan yang aku baca, sebab dah tahun akhir, tak pakai buku dah. 

Hello, bukan buku korang je boleh dibeli, buku adik korang pun boleh beli. Membazir je. Kalau bagi kat budak sekolah rendah pun, diorang pandai hargai dan beli buku yang patut. 

Budak - budak cerdik pandai ni kena hantar sekolah baliklah gamaknya.

p/s: baucar aku dah tinggal sekeping, nak beli buku tak cukup. Sapa ada lebih mintak sedekah sikit....;p

12 January 2012

Baucar Buku 1Malaysia Dan Buku Apa?

Alhamdulilah, baru je selesai pergi ambil baucar buku 1 Malaysia di Shah Alam tadi. Ingatkan ramai pergi ambik, tak de ramai mana pun.

Kebetulan yang jaga kaunter, adik kepada classmate aku dulu. Sembang - sembanglah kejap. Tak tahu dia kerja situ.


Bercakap pasal baucar ni, ramai dah student mengambil peluang nak guna baucar buku ni. Info yang aku dapat,  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) cakap, boleh beli novel kalau berkaitan dengan subjek yang diambil. Apa yang aku dengar la. Betul atau tak, wallahualam. Bergantung jugak pada syarikat buku. Sebab kena cop dengan diorang.

Aku taklah teringin sangat nak beli novel. Kalau beli pun, seminggu dua jugak nak menghabiskan novel tu. Aku bukan kaki novel macam dulu dah. Selalunya buku yang baca aku. Aku dah hanyut dibuai mimpi dah.

Bila guna baucar ni untuk beli buku, mulalah aku terfikir nak beli buku apa. Sebab selalunya, modul pembelajaran yang diberi masa awal semester, dah memadai untuk lulus exam. Rajin sikit boleh skor. Nak beli buku tambahan?, belilah dua, tiga buku.

Member aku cakap, alat tulis boleh guna baucar. Cantiklah. Aku beli pemegang fail aka file holder banyak - banyak. Buat koleksi. hehehe

Entahlah, tak de idea nak beli buku apa. Ada cadangan????


10 January 2012

Tetiba Gila Korea!!

Tak tahulah kenapa. Semenjak, dua menjak ni asyik nak layan cerita korea je. Ni mesti gara - gara layan cerita "My Girlfriend Is A Gumiho" yang disiarkan kat 8TV baru - baru ni.

Sampaikan sanggup download album penuh OST drama tu. Pastu pasang kat ofis lagu - lagu tu sambil buat kerja. Lantaklah apa orang nak cakap. Pedulikan. Janji kerja jalan.


Sekarang ni tengah layan drama "Secret Garden". Bolehlah. Lagipun CD pinjam. Layan je lah.

Sebelum ni pun jadi jugak simptom - simptom minat Korea ni, selepas layan drama "Boys Over Flower". Lepas dua, tiga bulan tu berhenti kejap layan Korea. Sekarang ni dah timbul balik minat Korea. Nasib tak fanatik.

Ingatkan aku sorang je terkena simptom minat Korea ni. Member aku yang lelaki pun minat jugak, sampai sanggup beli CD cerita Korea ni. Tapi dia tengah "cool down" sekarang. Nanti timbul balik la simptom tu.

Nanti nak teman member cari CD drama Korea kat Petaling Street. Teman je, bukan nak beli pun. Pinjam je. hehehe


Online Shopping!!!

Selamat ke kalau membeli belah secara online? Almaklumlah, zaman sekarang di mana segala - galanya di hujung jari, pembelian barang secara atas talian atau secara online menjadi pilihan.

Zaman sekarang semuanya serba pantas, masa yang diperuntukkan untuk membeli belah boleh digunakan untuk membuat kerja lain.


Aku pun salah seorang yang pernah membuat pembelian online. Aku beli laptop Dell melalui laman web Dell. Bayar pun secara online. Banyak kali juga aku membeli dengan syarikat Dell. Setakat ni aku berpuas hati, sebab aku tahu kesahihannya.

Kalau membeli melalui mudah.my , lelong.com.my atau yang seumpamanya, memang aku tak pernah. Sebab membeli melalui individu persendirian ni aku was - was sikit. Walaupun aku pernah membeli buku melalui individu secara online. Setakat buku je lah, kalau yang membabitkan ratusan hingga ribuan ringgit, mungkin aku teragak - agak.

Seperti yang terjadi pada kawan aku yang membeli handphone melalui mudah.my. Tertipu sebanyak RM500. Dah bayar, hampir sebulan masih tiada jawapan. Bila call atau sms, no tak dapat dihubungi dah. Lesap macam tu je. Akaun bank memang ada. Buat repot pun masih tak dapat hasil.
Dan berita yang aku baru baca dalam metro ni, rujuk sini. Beli handphone dapat lesung batu. Tak ke naya je. Jadi kena berhati - hati bila membeli. Sentiasa kena rujuk dan pastikan kesahihannya. Sebab dah semakin ramai yang berniaga melalui online.

Bukan tak bagi. Sekarang pun dah ada beli barang dapur secara online. Memudahkan untuk orang ramai. Tak salah sebagai punca pendapatan. Hanya perlu jujur dengan pelanggan. Duit tu jadi darah daging. Biarlah duit yang kita dapat tu halal dan diredhai.....

04 January 2012

Pengalaman Sekolah Dahulukala

Nak bercakap pasal pengalaman pertama masuk sekolah. Almaklumlah hari ni, hari pertama sekolah. Nak bercerita sikit macam mana pengalaman aku.

Kalau diikutkan, aku ingat - ingat lupa pengalaman sekolah. Masa tu aku bersekolah di Sibu, Sarawak. Pergi sekolah awal. Pukul 6 pagi kalau tak silap. Di Borneo, pukul 6 dah macam pukul 7, kalau kat Sarawak.

Seingata aku, pergi sekolah naik trak polis. Best. Jumpa kawan - kawan baru. Angin pagi menyapu muka. Syok. Masa tu tinggal kat kawasan kem polis hutan. Pergi balik sekolah memang naik trak.

Berbalik ke cerita asal. Member aku pertama masa darjah 1 tu, Abang Abdul Qayyum. Rumah dia dekat je dengan sekolah. Selalu singgah rumah dia lepas balik sekolah. 

Cikgu masa tu, Cikgu Dayang. Nampak garang tapi hati baik. Aku masa tu, tak de lah nangis - nangis. Seronok je. 

SRK Abang Ali.
Pengalaman kena tinggal trak paling tak boleh lupa. Almaklumlah, sekolah hari Jumaat balik awal kan?. Tapi aku kena bertugas sapu lantai. Jadi dah selesai, terus lah balik. Alih - alih trak takde. Rasa nak nangis. Tapi boleh lepak layan aiskrim dengan nyonya depan pagar sekolah.

Sekolah aku depan masjid. Jadi lepas solat Jumaat, adalah abang ni. Tanya aku, kenapa tak balik lagi? Aku cakap kena tinggal. Lepas tu, dia cakap nak hantar balik. Dulu mana ada kes - kes culik budak ni. Lagipun ramai orang baik - baik zaman tu. Tak macam sekarang. 

Aku pun selambalah naik motor dia, sampai rumah aku tu. Alhamdulilah selamat. Mak aku dah cuak dah masa tu. Hehehe. 

Nama abang tu pun aku tak tahu. Apapun terima kasih lah bang, jasamu dikenang.

Rocknya Aku!!!

Hari ni tak berapa semangat nak kerja. Bangun pagi suara aku dah bertukar. Macam baru akhil baligh je suara. Serak semacam ala - ala Amy tengah tarik suara lagu tinggi. Amy Search la, bukan Amy Mastura.

Datang kerja pun rasa longlai je. Dah hari ni hari pertama sekolah. Jalan dah mula sesak seperti biasa. Di ofis ni lagi lah. Lenggang je. Sunyi sikit.

Tak kisah lah, boleh aku melalak nak bagi suara tak serak. Kalau tak memang tak boleh bercakap.


03 January 2012

Hygiene

Cuti tiga hari aku habiskan dengan layan DVD. Kebetulan banyak cerita yang aku beli tapi tak berkesempatan nak tengok.

Jadi, dari aku melepak buang masa kat luar menghabiskan duit. Ada baiknya kalau aku layan cerita. Nak mengemas rumah memang tak de mood pun.

Salah satu cerita yang menarik perhatian, walaupun jalan cerita kategori lembap, Contagion. Cerita pasal penularan wabak penyakit. Nak baca sinopsis klik sini.


Cerita ni ibarat kesinambungan dari kes wabak selsema burung (SARS) dan H1N1. Tapi dalam cerita ni penyakit yang berasal daripada kelawar dan khinzir. *khinzir jugak bawak penyakit, tu sebablah diharamkan*

Aku puji satu je cara penyelesaian, jaga kebersihan diri (Hygene aka Haigin). Cara paling mudah cuci tangan je. Mudah dan ringkas. Tak perlu perbelanjaan besar.


Penyakit mudah tersebar melalui sentuhan. Di supermarket dulu, semua ada cecair sanitizer kat mana - mana. Sekarang mana ada dah. Sekejap je.

Bukan ke bagus kalau sentiasa ada. Ini dah terhantuk baru terngadah. Tak mustahil wabak berulang balik. Tak minta tapi beringat. Kita boleh buat yang paling mudah je, cuci tangan.

Bermula Baru.....Sakit Tekak!!!

Hari ni dah bermula kerja untuk tahun baru. Segala kerja yang tertunggak dibawa ke tahun ni. Biasa la kan. Kerja macam aku ni bukan boleh habis. Selagi ada jenayah, selagi tu tak habis.


Statistik jenayah pun meningkat tahun 2011 berbanding tahun 2010. Tak hairanlah kalau dalam berita cerita pasal jenayah je. Aku pun naik muak jugak.

Naik kerja rasa sakit tekak. Mula pagi tadilah ni, bangun tidur terus suara jadi rock. Nasib lepas mandi, suara dah ok balik. Penangan air sejuk pagi - pagi kot.


Lepas ni kena cari penawar sakit tekak. Ok jugak kalau melantak rambutan, tak pun aiskrim ke. Layan jugak kalau paksa makan makanan pantang untuk sakit tekak.

Lepas tu baru minum air asam jawa. Buatan sendiri baru layan dari beli kat kedai. Kat kedai dah ada bahan pengawet. Tak sedap.

Kena kurangkan bercakap, kalau gini. Tak tahan sakit tekak ni.

01 January 2012

Entri Pertama 2012

Alhamdulilah panjang lagi umurku untuk melangkah ke tahun 2012. Jadi benda pertama nak buat untuk tahun 2012 ni. Tidurlah apa lagi kan. Dah tengah malam ni. Isnin ni pun cuti lagi. Jadi baik kita duduk di rumah je. Kemas - kemas rumah ke apa ke.

Kalau ikutkan nak jugak bersesak - sesak di Dataran Merdeka. Bila memikirkan aku ni jenis malas nak bersesak - sesak tanpa tujuan. Abaikan je lah. Tak penting pun.

Terdetik dalam hati, tahun baru ni cuma satu lagi hari yang berlalu dan bermakna satu lagi hari umur aku berganjak. Tak terjejas pun kan?


Sambutan tahun baru ni semua ni tak perlu pun. Lebih baik kita bermuhasabah, apa pencapaian kita sepanjang tahun lepas. Baik ke, buruk ke diri kita sepanjang tahun lepas.

Diri kita yang buruk tahun lepas, kita tinggalkan. Kalau baik diri kita tahun lepas, tahun ni tingkatkan diri jadi lebih baik.

Jadi insan yang terbaik buat keluarga, rakan - rakan dan masyarakat untuk dunia dan akhirat.

Apapun, dah kedengaran mercun dan bunga api dari tingkap bilik ni. Kesempatan ni aku ucapkan

Selamat Tahun Baru 2012...