26 September 2012

Ketagihan Melampau Terhadap Telefon!!

Walaupun ketagihan bukan seperti ketagihan terhadap bahan kimia, seperti dadah, pil penahan sakit dan rokok. Nomophobia boleh di kategorikan sebagai kemurungan.


Istilah Nomophobia mula digunakan oleh penyelidik di Britain pada tahun 2008 kepada mereka yang mengalami kemurungan jika tidak mempunyai akses kepada peranti mudah alih.

Satu kajian yang dilakukan oleh SecurEnvoy mendapati bahawa 41% responden yang ditemuramah mempunyai dua telefon atau lebih. Separuh daripada responden merasa terganggu jika rakan, keluarga atau pasangan membaca mesej atau teks pada peranti milik mereka.

70% wanita berbanding 61% lelaki, bimbang tentang keselamatan telefon bimbit mereka. Bagaimanapun didapati 47% lelaki lebih cenderung untuk memiliki dua telefon berbanding 36% wanita.


Kumpulan umur yang lebih muda akan merasa gelisah tanpa telefon bimbit. 77% responden dalam kumpulan umur 18-24 tahun terdedah kepada nomophobia berbanding 68% dalam kumpulan umur 25-34 tahun. Dan yang paling mengejutkan kumpulan umur 55 dan keatas terdedah kepada nomophobia.

Menurut istilah perubatan, memerlukan "sesuatu" untuk berasa tenang atau normal adalah salah satu tanda mengidap kemurungan. Pusat Pemulihan Morningside di Newport Beach, California adalah pusat pemulihan pertama yang menerima pesakit nomophobia.

Pesakit nomophobia dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit mereka dan akan panik jika kehabisan bateri pada telefon bimbit mereka. Mereka juga secara berterusan memeriksa telefon bimbit mereka samada mempunyai mesej baru, emel atau panggilan. Dan mereka juga tidak pernah meninggalkan telefon bimbit mereka dimana-mana. Telefon mereka sentiasa bersama mereka walaupun di dalam tandas.

Pesakit nomophobia juga dikatakan kurang berinteraksi dengan orang lain, kurang aktiviti luar dan tidak dapat menguruskan masa dan tugas dengan baik.

Jadi, kepada yang merasakan diri mempunyai tanda - tanda diatas. Kemungkinan besar mengidap salah satu penyakit kemurungan iaitu Nomophobia.


Sumber - Fox News

p/s: mungkin suka tukar - tukar handphone pun salah satu tanda penyakit.......Hmmmm

25 September 2012

Pengemis: Nak Bantu Atau Tak?

Sabtu lepas, dalam Majalah 3 di TV3, ada cerita tentang pengemis yang mengemis di tempat - tempat tumpuan ramai. Dan ada sindiket yang melindungi pengemis ni.


Aku pun ada cerita pasal pengemis ni. Tapi ni kejadian setahun yang lalu.

Setiap hari Jumaat, aku akan pergi ke Masjid Negara untuk solat Jumaat. Sambil - sambil tu, cari makan di gerai - gerai jualan berdekatan dengan masjid tu.

Seperti tempat - tempat lain, ada jugalah pengemis dalam tujuh ke lapan orang mengemis kat situ. Tu belum kira yang ada di dalam kawasan masjid. Aku ada jugalah hulur seringgit, dua kepada pengemis - pengemis ni. Aku suka perhati kumpulan pengemis ni sambil - sambil makan kat situ.

Aku ternampak ada seorang pakcik tua ni, sangat kurus dan berbaju melayu warna biru. Tapi kebanyakkan pengemis ni, mesti pakai baju melayu. Trademark kot.

Apapun, aku hulur lah seringgit kat pakcik tu.

Keesokkannya, aku dan kawan aku pergi bersuka ria tengok wayang di Berjaya Times Square. Kalau tak salah, cerita Fast & Furious 5. Sebelum tayangan bermula, aku dan kawan aku pergi ke tandas dalam panggung tu dulu. Karang menggangu tumpuan tengok wayang.

Dalam tandas tu, aku jumpa pakcik tua yang mengemis di Masjid Negara. Aku toleh banyak kali takut salah orang. Aku tunjuk kat kawan aku. Dia pun iyakan. Tak salahlah mata aku. Tapi hairan, takkan mengemis dalam kawasan panggung wayang tu.

Aku ikut dia. Dan dia pergi ke dewan yang sama aku nak pergi. Sah dia tengok wayang jugak. Kata pengemis, takkan habiskan duit untuk tengok wayang. Baik beli makanan.

Aku cerita kat kawan aku. Hairan dan pelik. Sah lah dia menipu.

Moral cerita: baik dermakan duit ke masjid. Lagi afdal.

Memang bukan hak kita untuk tahu bagaimana dia guna duit tu. Tapi kita berharap dia gunakan duit tu untuk benda yang  lebih penting. Tapi.....

Setakat ni, bukan dia seorang je aku jumpa, menipu dengan mengemis. Ada seorang lagi yang nampak macam nazak. Tapi kantoi bila aku jumpa dia hidu gam di kawasan DBKL Jalan Raja Laut.

Lepas ni, aku nak derma pun kena tengok - tengok. Derma pada yang lebih berhak...Sekian

Cerita lebih lanjut tentang pengemis di blog mazidulakmal.com

24 September 2012

24 Jam, 7 Hari


Pejam celik, pejam celik dah nak masuk suku ketiga tahun 2012. Banyak benda nak buat. Banyak jugak benda tak sempat buat. Mana - mana azam tahun 2012, sesetengahnya dah tercapai. Yang mana azam tak tercapai, sempat lagi nak buat.

Masa sekarang cepat je berlalu. Ingat dulu zaman kecik - kecik, nak tunggu malam tu lambat sangat. Kalau bulan puasa lagilah, letih menunggu nak buka puasa.

Tapi sekarang dah besar, ingat balik zaman - zaman kanak - kanak riang dan muda remaja, boleh senyum sesorang. Tak lama lepas tu nak kahwin lepas tu ada anak, lepas tu tua, anak dah besar. Macam tu, putaran hidup.

Aku sekarang pun tak terkejar masa. Banyak benda nak buat. Dengan assignment, test, final dah dekat, kerja lagi. Kalau ada keluarga, mesti terabai. Masa untuk diri sendiri pun masa tidur jelah.

Sangat respek kepada ibu-ibu, bapa-bapa yang sambung belajar. Boleh bahagi masa untuk anak - anak dengan belajar. Masa tengah sihat ni lah nak belajar pun. Dah sakit - sakit esok, tak de maknanya.

Back to story, masa kecik-kecik dulu, terpikir, macam mana orang dewasa boleh ingat perkara masa masih diorang kecik dulu?. Sekarang baru aku tau macammana. Segala memori memang tersimpan sebagai kenangan. Budak - budak lagi kan...Semua benda nak tau.

Macammana agaknya kalau boleh balik ke zaman dulu. Kalau aku, nak balik ke zaman semasa mula aku sekolah menengah. Nak ubah diri aku jadi lebih cool. Sebab dulu tak berpeluang. Kalau boleh la..

Apapun, yang lepas biar jadi kenangan. Yang penting perbuatan hari ni jadi penentu untuk masa depan. Bergantung kepada Qada' dan Qadar. Wallahualam..


p/s: bebelan merepek aku di petang hari. Almaklumla penat studi....sorry ye....

03 September 2012

"Gangnam Style" Dan Fenomena!!!


Semenjak dua menjak ni, video klip lagu "Oppa Gangnam Style" dan tariannya boleh dikatakan menjangkit dan melanda seluruh dunia.

Dan Malaysia juga tak terkecuali terkena jangkitan "Oppa Gangnam Style". Dan videoklip lagu oleh artis Korea, Psy,yang dimuat naik pada 15 Julai lalu, sudah mencecah 90 juta tontonan, ketika blog ni ditulis. BIAR BETUL!!!!!


Apa itu Gangnam Style?

Menurut Wikipedia;
"Gangnam merupakan salah satu kawasan yang paling kaya dan terletak di bahagian tenggara bandar Seoul, Korea Selatan."

Davidseth yang tinggal di Korea selama 4 tahun berkata di dalam cbc.ca.
"Gangnam adalah seperti "Beverly Hills" yang dikuasai oleh golongan kaya, Bentley, Mercedes, Rolls Royce dan sebagainya. "Gangnam style" bermaksud bergaya mewah dan ada kelas. Lagu ini berkenaan si penyanyi menyukai gadis yang bergaya dan anggun tetapi si gadis menyukainya kerana sebaliknya."

"Oppa Gangnam Style" bermaksud abang besar yang bergaya Gangnam.

Tarian Gangnam



Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh peminat Psy. Tarian Gangnam ada 4 langkah.


Langkah 1 - Cermin mata hitam - berlagak seperti memakai cermin mata.
Langkah 2 - Koboi - menari seperti koboi.
Langkah 3 - Kuda - bergaya seperti menunggang kuda.
Langkah 4 - Penamat - bergaya seperti menamatkan larian.

Sejak tu, sudah banyak tarian dan lagu versi cover dilakukan oleh peminat - peminat di seluruh dunia.

Ada versi Nelly Furtado seperti yang dilakukannya di dalam konsertnya di Manila tidak lama dulu.

Ada versi kartun Pony.

Ada juga versi parodi seperti dilakukan oleh deejay - deejay Fly FM dan selebriti 8TV.

                                   

Paling terkini versi Raya oleh keluarga anak cucu Tok Haroon yang dah mencecah sejuta tontonan.

Jadi, dah tahu macam mana fenomena "Gangnam style" melanda dunia. Ada yang suka, ada yang tak suka. Tapi lebih ramai yang suka. Kalau tidak, mana mungkin carian video di YouTube lebih banyak perkataan Gangnam.

Pada yang kata Gangnam Style bermaksud saya nak jadi Yahudi tu, baik hentikan sebelum apa - apa yang lebih teruk berlaku. Semoga pencerahan ni dapat memberi maklumat yang tepat. Sekian.




Rujukan - cbc.ca.
               everyone connects blog.

02 September 2012

Ibarat Cinta Lama Bersua Kembali

Assalamualaikum,


Dah lama tak berusik ini blog. Bukan apa bila dah ada cinta baru, blog agak terpinggir. Mungkin dah kurang mengadap laptop, tu yang blog pun terabai.

Seperti entri sebelum ni yang dipos pada bulan Jun, aku ada S3. Jadi banyaklah masa habis kat laman sosial dalam handphone je.

Nak menaip panjang - panjang  guna handphone memang tak best. Banyak typo (typing error). Sedangkan guna keyboard pun ada typing error, inikan pulak guna handphone. Dahlah jari besor - besor.

Puasa dah lepas, raya pun dah lepas. Tak banyaklah peristiwa yang berlaku kat aku. Mungkin yang terbaru pun, aku dah menyewa sendiri dengan adik aku. Jadi, keluarga aku selalu turun KL, lepak, makan - makan dan tidur kat rumah aku. Selesalah sikit. Kalau tak mesti sewa kat hotel. Duit lagi.

Apa lagi nak bebel.....errmm....sekarang aku dah makin kerap memasak. Tak macam dulu, asyik makan kat kedai je. Sebab dah ada peti sejuk, sesuka anak tekaklah nak memasak. Mungkin aku akan kongsi resepi pulak lepas ni, mana tahu kan?. Tapi taknaklah tukar jadi blog memasak. Lain cerita nanti.

Lupa nak kongsi pengalaman pakai S3 dari kaca mata aku. Takpelah, dah basi pun. Galaxy Note 2 pun dah keluar. Taknaklah tukar. Aku suka yang sedang - sedang saja, yang penting dia setia....ewah.. ternyanyi lak.

Ok lah, cukup setakat ni. Semangat berblog dah datang balik. Cinta lama dah berputik kembali. Tapi kalau entri jarang - jarang harap maafkanlah...



15 June 2012

Testing....

Percubaan pertama update blog melalui handphone. Nak tahu jugak best ke, menaip dengan handphone.
Kebetulan aku baru je beli Samsung Galaxy S III. Bukan nak berlagak, dah lama teringin nak pakai handphone android. Jadi tu yang terbeli.
Nantikan review aku sendiri bila pakai S3 ni. ;p
Ni gambar nightmode dari S3 aku....

19 May 2012

Dah Tak Berminat Berblog???

Tiba - tiba perasaan minat berblog semakin kabur dan pudar dari hari ke sehari. Nak kata tiada masa, ye jugak. Nak kata malas, pun ye jugak.

Tiada cerita yang menarik pun ye jugak. Sebab hampir sebulan blog tak berupdate. Kalau ikutkan ada je cerita, bukannya tiada langsung.


Macam perpindahan lokasi meja pejabat aku ke tempat lain, gara - gara pembesaran bilik latihan yang menyebabkan kami, seramai lapan orang terpaksa pindah dari tempat sedia ada. Sangat meletihkan dan menyusahkan. Alasannya pilihanraya dah tak lama dan memerlukan satu bilik gerakan dengan segera.

Jadi nak tak nak, pindah jelah. Nak pindah tu makan masa hampir dua minggu. Selama tulah, aku yang tak pernah buat kerja berat, sakit - sakit badan dan demam. Huh!!!

Cerita lain, baru - baru ni ada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pesta yang paling aku tunggu - tunggu. Tak  kisah berhabis dua, tiga ratus semata - mata untuk buku. Borong habis buku - buku kat situ. Kalau ada seribu ringgit extra dalam tangan, memang sah - sah habis.

Cerita lain, menghabiskan masa dengan aktiviti makan - makan, di Dapur Sarawak. Best. Gambar tak de la pulak. Nanti kalau pergi lagi, tangkap gambar je.


Cerita lain lagi, biasa je. Hidup seorang bujang. Makan, tidur, membuang dan sewaktu dengannya. Dan jugak kena habiskan kerja yang terbengkalai akibat perpindahan meja. Yang tu je....so lame!!!....

Apapun, Insyaallah, ada cerita kita kongsi. Selalunya aku kongsi benda yang aku rasa nak kongsi je. ;p


28 April 2012

Lagi Pasal Bersih 3.0...

Aku masih lagi ada di pejabat. Mungkin sampai ke tengah malam. Kalau nak diikutkan, aku masih lagi kena standby. Mana tahu, ada kecemasan.

Keadaan keseluruhan Dataran Merdeka.

Sambil - sambil duduk kat ofis, tinjau keadaan Bersih 3.0 dari tingkap pejabat je. Tak berminat nak cerita lebih  -lebih sebab ada banyak lagi sumber dan berita boleh dapat. Macam Facebook PDRM. Kat situ lagi banyak gambar.

Aku hanya kongsi dari pandangan aku je.

Layan lagi gambar....;p



Jumlah orang ramai yang makin bertambah.

Orang ramai yang menuju ke Masjid Jamek dari Masjid Negara.

Keadaan di Masjid Jamek sebelum rempuhan.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas rempuhan.

Lagi gas pemedih mata.

Orang ramai beralih ke Lebuh Pasar. Dan benteng dialihkan.

Polis menyembur air untuk menyuraikan keaadaan.

Boleh tengok warna air yang coklat. Tak tahu air apa...

Antara yang ditahan di belakang Dataran Merdeka.

p/s: kalau ikut keadaan sekarang dah makin reda. Tak tahulah nanti sebab diorang nak guna dataran dari pukul 4 petang hingga 6 petang.


Kerja Pada Hari Bersih 3.0!!!

Jadi dah bermula perhimpunan Bersih 3.0. Dan aku bekerja pada hari ni. Sambil - sambil kerja update blog. Tahun lepas aku kena standby jugak. Tapi pada hari kejadian aku tak terlibat.

Suasana tenang sebelum Bersih 3.0
Tahun ni, aku terlibat. Dari tingkap pejabat aku dapatlah tengok kawasan Dataran Merdeka. Dan aku dapat tengok dan tangkap gambar serba sedikit dari kedua - dua simpang Dataran tu. Jadi layan je lah gambar - gambar dulu.

Dah kelihatan orang ramai berhimpun di Lebuh Pasar.

Trak polis dan FRU bergerak keluar dari Bukit Aman.

Semakin ramai berhimpun di kawasan Masjid Jamek.

Trak FRU bergerak masuk ke tapak berhimpun.

Dah ramai berkumpul.

Ada Paragliding memantau dari atas. Masa ni orang pakat bersorak.
Dah macam pertunjukkan lak.

Paragliding PDRM.

p/s: gambar semua dari tingkap pejabat aku. Nanti update lagi gambar terkini.

26 April 2012

Macam Air!!!

Rasa baru je gaji semalam. Semalam buat dek je, masa orang sibuk - sibuk kerumun mesin ATM. Almaklumlah, menghabiskan saki - baki duit dalam dompet dulu.


Tapi hari ni, online Maybank2u, bayar apa yang patut. Dah tinggal ciput je duit gaji. Alahai, cepat betul duit surut. Lagi laju dari air. Mengalir tak berhenti.

Bayar bil - bil itu ini. Bagi duit kat keluarga. Buat belanjawan barang dapur. Tolak duit kecemasan. Tolak duit simpanan. Sikit je tinggal nak buat joli. Sekali - sekala nak layan tengok wayang. Ada pulak pesta buku bulan ni.

Tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu. Tapi tulah, kena ingat masa depan, mana boleh joli sakan.
Layan nafsu membeli. Takpelah, sekali sekala...;p


24 April 2012

Tunggakkan

Bukan nak cerita pasal kes tertunggak, kerja tertunggak atau bayaran PTPTN yang tertunggak. Aku tak hairan pun benda alah tu.

Yang nak cerita ni, aku datang awal ke pejabat, semata - mata nak belek samada payslip dah ada ke belum?. Bukan apa, sejak SBPA dimansuhkan, dan SSM dinaiktaraf, nak jugak tengok gaji baru ni dapat berapa.

Dah tahu akan dapat 13% dari gaji sebelumnya. Dan nak tengok jugak dapat ke tak gaji dari bulan Januari hari tu.

Jadi, on je PC terus login e-slip. Dan.....

Dah ada. Yeeeaaaayyy!!!!. Dan betullah kiraan sebelum ni.

Tapi gaji belum masuk lagi. Payslip je yang ada. Dan segala gaji tunggakkan dari bulan Januari dah dimasukkan sekali untuk bulan ni.

Walaupun tak banyak, gaji dua, tiga ratus tu lah yang digunakan buat belanja dapur. Tinggal pulak kat bandar besar.

Apapun aku nak beli sesuatu untuk diri aku ni. Sebagai ganjaran. ;p

23 April 2012

Pejabat Panas!!!

Assalamualaikum....

Sekarang ni aku ada kat pejabat. Biasalah kan, hari Isnin. Agak bersemangat sikit nak pergi kerja. Tak de istilah "Monday Blues" pun. Kalau ada pun, sikit je la.

Dah bersiap - siap pakai baju wangi - wangi bagai, macam tertumpah perfume. Alih - alih, takde aircond. Macam gini nak buat kerja pun panas.


Maka, keluarlah bau - bauan semulajadi yang terbit dari badan. Kalau wangi takpe la jugak. Ini bau dah macam bangkai. Peluh toksah ceritalah. Ketiak pun basah macam kes Lufya. oppss.

Rugi je pakai lelawa ke pejabat. Kalau tau gini pakai t-shirt je tadi. Pastu pakai seluar track suit. Sejuk sikit.

Diorang ni kedekut aircond ke apa?

Bukan sekali dua jadi macam ni. Banyak kali dah. Sampai nak buat kerja pun tak lalu.

Tapi nak buat macam kan, terima je la.

Bayangkan kalau ketiak basah macam ni.
Nak buat kerja pun tak lalu. Bau cam haram.



19 April 2012

Apa Kes Dengan Sekolah Aku Ni??

Baru berkesempatan nak berblog. Almaklumlah balik kampung rumah baru. Banyak nak kena kena kemas. Laptop pun terbiar, tak de masa nak jenguk pun.

Sekarang dah balik KL semula. Baru je lepas balik kerja dengan kerja yang menimbun. Sambil rehat - rehat tengok berita baca surat khabar yang hampir nak dijadikan pembungkus nasi lemak. Berita pun dah basi. Tapi masih boleh baca lagi.

Tertarik dengan satu berita kejadian histeria di sekolah selepas terlihat kelibat wanita bernama Mawar Putih. Kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah. Ni sekolah aku ni.

Macamana pulak boleh berhantu ni? Selama lima tahun aku sekolah kat situ, takde pulak kejadian histeria - histeria ni. Yang kena histeria ni pun, budak perempuan je.

Aku tanya classmate aku dulu, tak pernah ada kejadian histeria ni. Aku pun tak kenal Mawar Putih tu siapa.
Adalah ni yang memanggil, macam budak main "spirit of coin" macamtu kot namanya.

Makhluk ni datanglah, kalau orang panggil dia. Takpun dah banyak pembangunan, sampai tempat diorang kena ceroboh. Tu yang datang ke sekolah tu.

Hai, macam - macam. Baik main batu seremban dari main spirit - spirit ni. Syirik je semua.

Kononya muka Mawar Putih tu.
gambar Kosmo!

06 April 2012

Belum Rezeki....Lagi!!

Bulan lepas aku ada buat entri pasal interview untuk Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea. Jadi hari ni, adalah keputusan interview tu.

Sama seperti tajuk, aku tak berjaya. Tapi tak pe, tahun depan boleh cuba lagi. Dan berita gembiranya, salah seorang member yang pergi interview sekali dengan aku berjaya untuk ke Korea.


Alhamdulilah, setidak - tidaknya ada juga wakil dari pejabat aku untuk ke Korea ni. Almaklumlah, pertama kali jabatan aku memohon untuk program ni.

Aku bersama lapan orang lagi walaupun tak berjaya, tumpang gembira. Kecoh jugak kat pejabat tadi. Sebelum ni kan takde wakil. Alih - alih tahun ni ada pulak. Mana tak gembira.

Bukan senang nak dapat dari tiga ratus calon hanya lima belas orang je layak ke Korea. Jadi persaingan agak sengit la.

Kalau nak ikutkan memang sedih, tapi dah ada orang yang lebih layak, terima jelah. Lagipun aku terfikir jugak, macammana kalau aku yang dapat, mesti akan timbul ketidakpuasan hati. Sebab aku dikira budak baru jugak dalam jabatan, yang lain - lain senior aku. Mesti ada suara -suara sumbang.

Masa kitorang memohon untuk program ni pun dah ada yang pandang sinis. Susah kalau ada yang suka pandang negatif ni. Leceh.

Apapun, aku ucapkan tahniah kepada member aku tu. Ole - ole jangan lupa. Keychain pun jadilah...;p


05 April 2012

Munchausen Dan Cuti MC...

MC atau Medical Certificate perkataan yang sinonim dengan pekerja  kalau nak cuti. Ada yang MC betul, ada MC tak betul.


Kalau yang MC betul - betul ni aku tak hairan sangat tapi kalau MC tak betul ni, susah sikit la nak cakap.

Tapi apa kaitan MC dengan Munchausen ni? Apa benda Munchausen ni?

Munchausen atau Sindrom Munchausen adalah keadaan psikiatri berkaitan psikologi dan mental seseorang yang berpura - pura mengalami pelbagai jenis penyakit atas alasan perlukan perhatian.

Antara sebab - sebab seperti kesunyian, mereka berlagak seperti orang sakit tapi sebenarnya sihat.

Kebiasaan, mereka mempunyai kebolehan 'berlakon' sakit sehingga tubuh percaya mereka sedang sakit. Jadi, adakah mereka yang MC termasuk dalam kategori sindrom Munchausen ni ?

Siapa pernah buat faham - faham sendiri lah....;p

Tengahari?....Jom Tidur!!!

Semenjak, dua tiga menjak ni, kalau masuk tengahari, selalunya lepas makan memang akan tidur tengahari sekejap.

Dulu masa mula - mula kerja takde pun kejadian tidur tengahari ni. Sekarang kena pulak ada aircond, nikmat betul kalau tidur tengahari.

Aku pasti bukan aku seorang je yang akan tidur tengahari ni. Member - member aku yang lain pun akan ambik peluang tidur sekejap di tengahari.


Tapi tahu tak, tidur sekejap pada waktu tengahari  (15 - 30 minit) dapat segarkan badan sampai waktu petang?

Ini fakta, sebab hormon kortisol pada waktu tengahari menurun ke paras terendah menyebabkan badan kita rasa lemah, tak bermaya dan mengantuk. Jadi perlu tidur tengahari untuk kembalikan kesegaran badan.

Kebanyakkan masa lepas bangun tidur tengahari mesti pening, tapi dalam 8 - 10 minit lepas tu baru ok. Ini disebabkan rembesan hormon dalam badan.

Manfaat tidur tengahari:

  • Mengurangkan tekanan di tempat kerja
  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Baik untuk jantung dan kesihatan.
Kalau dapat tempat tidur tersorok macam ni,
lagi bagus...

31 March 2012

Earth Hour 2012

Setiap 31 Mac setiap tahun adalah hari Earth Hour. Selalunya acara menjimatkan tenaga elektrik dan memadamkan lampu pada pukul 8.30 malam selama 1 jam akan diadakan.


Dah banyak negara yang join acara ni. Jadi aku pun tak terkecuali nak join.

Tapi bukan setakat lampu je, laptop pun kena tutup. TV pun sama. Nak lagi best tutp je semua perkakas elektrik kat rumah.

Facebook pun tutup kejap. Senang cerita semua - semua lah.

Boleh jugak rasa macam mana keadaan pakai lampu pelita zaman datuk nenek kita dulu.
Jambatan Di Sydney sokong Earth Hour...
Jomlah pakat sokong Earth Hour. Bukan selalu pun. Setahun sekali je. Tapi usaha nak selamatkan bumi untuk generasi seterusnya kena berterusan.

30 March 2012

Nyaris - Nyaris...

Hari ni boleh kata agak malang bagi aku. Tapi nak kata malang sangat tu, taklah. Sepanjang hari, berjalan lancar. Macam biasa je.

Datang pejabat lewat sikit disebabkan hujan disebelah pagi. Lepas tu, siapkan statistik jenayah yang tuan mintak petang semalam. Dekat nak balik baru bagitau tuan nih. Nasib la kalau lambat siap.

Tengahari ada jamuan sikit, oleh orang yang dapat PTK dan APC. Dalam pukul satu, baru bergerak ke masjid negara. Lepas sembahyang Jumaat, pergi pejabat pos, renew lesen.

Petangnya buat kerja yang tertangguh sejak semalam. Pukul 5.30 baru balik.

Nak dijadikan cerita, ada pulak "spotcheck" oleh SB kot. Alamak kalau patah balik naik ofis, nanti nampak sangat. Buat - buat macam biasa la. Diorang periksa beg, kantoi ada pendrive, tapi alasan aku kukuh, aku bawak nota exam dalam beg aku, jadi, dalam pendrive aku hanya nota - nota kuliah je. Selamatlah aku.

Kat Bukit Aman ni, kadang - kadang ada "spotcheck", kononnya takut bawak balik rahsia kerajaan. Dekat nak pilihanraya ni, macam - macamlah diorang ni. Sebelum ni takdak pun. Aku pun tak ingin nak bawak balik kerja. Banyak lagi kerja lain aku boleh buat.


Dalam perjalanan pulak, nyaris - nyaris aku nak kemalangan kat Mahameru. Ada ke teksi tu tiba - tiba tukar lorong tanpa bagi signal. Nasib aku pandai mengelak, kalau tak tergolek. Dah hon pun masih nak keluar lagi. Angin betul aku.

Satu lagi kemalangan nyaris - nyaris nak jadi. Entah nyonya mana, sesuka hati "cross" jalan kat simpang. Dah la jalan tengah sibuk. Mengong la, aku jugak yang nak jadi mangsa. Terkena side mirror aku. Nasib tindakan refleks aku cekap, boleh mengelak.

Malang betul aku hari ni, harap - harap ada benda baik nak jadi la lepas ni....;p

25 March 2012

Ke Korea....

Assalamualaikum...
Disebabkan lama tak update, kita bagi salam dulu. Almaklumlah, sibuk memanjang. Sebab aku terlibat dengan interview atau bahasa omputehnya temuduga.

Dalam bulan lepas kot, aku saja melawat apa yang ada dalam laman web JPA tu, secara tak sengaja aku ternampak iklan "Pencalonan Bagi Mengikuti Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea Di Republik Korea Tahun 2012".

source:http://tong.visitkorea.or.kr

Mata aku bersinar - sinar sekejap sebab teruja. Aku tak hairan sangat negara Korea tu, kalau pergi ke Arab Saudi pun aku isi je borang. Jadi aku pun isi dan ajak kawan - kawan sekali. Mana boleh makan sorang kan, kena kongsi.

contoh surat JPA

Dan baru - baru ni, aku dipanggil untuk temuduga program ni. Dan aku diberitahu, sebanyak 1000 permohonan diterima dan hanya 300 je dipanggil temuduga. Kekosongan tempat hanya 15 je. Jadi persaingan agak sengit la.

Aku dan kengkawan kena temuduga pada hari terakhir dan aku kena sesi terakhir. Datang awal semata - mata nak temuduga.
Tempat temuduga

Geng pergi temuduga

Persediaan aku, hanyalah baca fakta - fakta negara Korea, apa yang menarik, iklim, geografi, politik dan budaya Korea. Sesuai dengan objektif program "memberi peluang kepada belia-belia Malaysia untuk mempelajari, manghayati dan mencontohi budaya dan etika kerja serta nilai - nilai positif masyarakat Korea serta menjalin hubungan rapat dan kerjasama diantara masyarakat Malaysia dan Korea."

Semasa temuduga tu, aku cakap bahasa Inggeris selang seli bahasa Melayu, lepas tu, kena buat sketsa sikit berkenaan macammana nak tolak hidangan bukan halal yang disediakan. Susah jugak tu. Tapi Alhamdulilah selesai jugak. Walaupun nervous dan gementar.

Dah selesai apa lagi, tunggu je lah jawapan pada bulan April nanti. 

p/s: Harap - harap terpilih la...;p

19 March 2012

Manusia VS Mesin

Satu info menarik yang nak aku kongsi. Kalau peperangan macam dalam filem Terminator berlaku. Tak dapat nak dibayangkan.

Tapi mungkinkah peperangan antara manusia dan mesin akan berlaku dalam masa terdekat ni?. Jom tengok infografik ni.

Dalam bahasa inggeris ye, kalau tak faham sila google translate takpun rujuk kamus.


Humans Vs Computers Infographic


p/s: maaf untuk entri yang panjang berjela...

Mood Hari Isnin...

Selalunya hari Isnin, hari yang agak "slow". Al maklumlah, 2 hari cuti. Orang putih cakap "Monday Blues". Tambahan pulak, cuti sekolah baru je lepas.

Kepada Ibu bapa, memang rasa malas. Apatah lagi, anak - anak. Orang Kedah cakap, "mandom" je mukanya.

Nak menceriakan pagi Isnin, aku kongsikan jadual gaji SSM yang diumumkan oleh PM baru - baru ni.


Khas untuk semua penjawat awam. Bila tengok jadual ni, mesti muka ada senyum. Masing - masing mesti dah keluarkan kalkulator nak kira gaji masing - masing, kan?

Jadual diatas hanya untuk tahun ke lapan je. Kalau ada yang ambik exam PTK, kiraannya lain pulak. Itu kena tunggu gaji bulan Mac atau bulan April ni. Sama - samalah kita tunggu....;p

p/s: aku pun tak sabar ni....hehehe

14 March 2012

Dah Tua Rupanya!!!

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je "sweet seventeen". Tapi dah pun sepuluh tahun berlalu.

Dalam masa sepuluh tahun selepas meninggalkan alam persekolahan, macam - macam cabaran dan dugaan. Ada suka, ada duka. Tapi dengan pengalaman menghadapi cabaran kehidupan dapat mematangkan seseorang.

Tak semua cabaran dan dugaan tu buruk. Mesti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Tapi manusia kalau tak ada cabaran dan dugaan dalam hidup.

Kalau yang baik tu, jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Dan aku percaya setiap berlaku, rezeki dan masalah adalah salah satu cara Allah S.W.T nak mengingatkan kita supaya bertawakkal kepada-Nya. Alhamdulilah, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.


Dalam sepuluh tahun ni, rasa masih banyak lagi benda aku nak buat. Salah satunya melihat tempat orang. Bukan nak kata Malaysia ni tak cukup bagus, tapi sekali sekala nak juga berubah angin. Insyaallah ada rezeki boleh lah merantau.

Walaupun hari - hari sama je bagi aku, tak kisah janji dapat menjalani hari dengan riang dan ada kawan suka dan duka.

Kira beruntung sesiapa yang ada kawan yang rela mengambil tahu masalah dan menasihati kita. Itu tandanya kawan yang tak mahu melihat kita rebah di perjalanan hidup. Kena jaga kawan macam ni, zaman sekarang zaman orang pentingkan diri sendiri. Rela menjatuhkan kawan demi sesuap nasi.

Demi kehidupan dan hidup mematangkan diri.

Selamat Hari Lahir buat aku....;p

p/s: I Love My Life....(^^)V

08 March 2012

Berangan Dengan SBPA, Tapi Dibatalkan

Baru je selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam dengan PM. PM mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan. Kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM), tapi dengan penambahbaikan.


Alhamdulilah, ada juga kenaikan gaji. Baru je berangan dengan kenaikan dua tangga gaji dalam SBPA. Dah tak jadi takpelah.

Meh kita semak peratus pelarasan gaji mengikut gred:

Kumpulan Pelaksana Gred 1 - 54 = 13%
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional = 13%
Kumpulan Gred Utama C,B,A = 9%
Gred Turus 2 dan 3 = 8%
Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara = 7 %

Tapi yang paling best bagi kumpulan Pelaksana Gred 1 - 54 macam aku, maksudnya kenaikan gaji dari RM80 hingga RM320. Masyuk tu.

Elaun COLA kekal la pulak. Tapi kawasan B dan C, elaun COLA naik RM50. Lepas la nak buat belanja sekolah anak.

Apa - apapun, Alhamdulilah rezeki jangan ditolak. Kalau ada yang tak puas hati tu, tak boleh nak kata apa la. Tak semua orang suka dengan apa yang kita suka.


p/s: baru je berangan nak dapat tunggakan dari bulan 1 sampai sekarang. Macam takde je...;p