30 December 2011

Pejam Celik

Dah tak berapa hari lagi untuk tahun 2011 berakhir. Ada suka dan ada duka. Kalau yang suka, tahniah diucapkan. Cuma jangan terlalu suka, kelak berduka akan merana.

Bagi yang berduka, Insyaallah esok masih ada. Hidup ibarat roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. 

Tak semua orang sempurna. Tak semua orang bernasib baik. Yang bernasib baik atau dalam erti kata lain, bertuah, sesekali memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban. Selalulah memberi kalau ingin menerima. 

Petikan dari buku - buku motivasi yang pernah aku baca.


Ok, cukup tazkirah hari ni. Sebenarnya aku hanya nak membebel. Kalau tak tulis sesuatu, memang blog ni bersawang. Dahlah update seminggu beberapa kali je. Memang tak boleh tumpu seratus peratus pada blog ni. Tak macam zaman remaja, banyak masa terluang. 

Sekarang sudah bekerja dan belajar, baik tumpu pada yang lebih memerlukan perhatian. Jangan nanti semua terabai, bak kata pepatah "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran". Naya je.

Blog ni dah berusia 11 bulan. Ibarat bayi baru berjalan jatuh, banyak lagi kekurangan. Lagipun blog peribadi, tak banyak untuk diceritakan. Cuma bila sekali sekala bercerita, mesti panjang lebar. Sabar jelah.

Pencapaian aku untuk tahun ni, banyak jugalah pencapaian. Cuma aku tak berapa ingat. Ada suka dan duka. Tapi beberapa hajat aku untuk tahun ni, sudah tercapai. Alhamdulilah. Cuma bab nikah kahwin je macam jauh sikit nak tercapai. Hehehe.

Bukan tak mahu, tapi..... Oklah cukup bebelan untuk hari ni. ;p




No comments:

Post a Comment