17 November 2011

Seram Sejuk Tengok Keputusan

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), akan keluar. Kepada adik - adik, harap tawakkal dengan segala keputusan yang akan diterima.

Jangan putus asa kalau keputusan tidak cemerlang. Perjalanan masih jauh lagi, baru tangga pertama untuk capai masa depan gemilang, cemerlang dan terbilang. Jangan takut dengan kegagalan. Macam Thomas Edison, pencipta mentol. Dia gagal sebanyak 2000 kali sebelum berjaya. Jadi gagal sekali, bukan gagal selamanya.


Masa aku dulu, ingat lagi. Pergi sekolah sorang - sorang, walaupun mak aku suruh tunggu sebab nak pergi ambil result sekali.

Tapi aku berdegil, pergi sorang. Sebab rumah dekat dengan sekolah. Sebelah pagar je. Pergilah seorang diri. Tak harap yang lebih - lebih pun. Lagipun masa tu, aku duduk kelas yang keempat. Cikgu pun tak harapkan yang lebih - lebih. 

Masa aku ambil UPSR, itu pertama kali matapelajaran Sains diperkenalkan dan pertama kali juga lima subjek diperkenalkan. Sebelum ni hanya empat subjek. Jadi bila dapat keputusan 3A2B, alhamdulilah. Tak sangka kan. Duduk kelas kebelakang dapat keputusan macam tu. Siapa nak sangka kan?

Harap adik - adikku pun macam tu. Jangan risau walau macam keputusan pun, tawakkal dan redha je dengan ketentuan tuhan. Masih jauh lagi perjalanan. Dunia tak runtuh kalau gagal pun. Yang penting redha dengan qada' dan qadar.

1 comment: