16 November 2011

RM100

Sekarang baru sempat nak update blog. Kat pejabat tak selalunya boleh update blog. Kena tengok masa jugak. Lainlah kalau aku sentiasa bawa laptop ke pejabat.

Komputer pejabat boleh diguna untuk kerja pejabat sahaja. Laptop untuk hiburan semata. Kalau guna komputer pejabat untuk hiburan, semestinya kerja pejabat terbengkalai.

 Gambar: putra08.blogspot.com

Tapi bukan isu guna komputer pejabat yang nak diutarakan. Tapi isu pemberian RM100 oleh kerajaan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah.

Semua ibubapa layak mendapat bantuan ni. Terpulang kepada ibubapa yang berkemampuan nak menerima bantuan persekolahan ni atau tidak. Sebab bantuan ni memang disasarkan kepada ibubapa berpendapatan rendah dan sederhana.

Dan di pejabat aku hari ni, ramailah ibubapa yang bekerja separuh hari, semata - mata nak pergi ambil duit bantuan. Aku bukan nak kondem diorang. Cuma nak memberitahu ada segelintir umat yang memandang serong orang yang ambil duit bantuan ni. Bagi mereka, orang yang layak cuma orang - orang miskin.

Apalah salahnya, jika menerima bantuan pun. Hidup di KL ni, serba - serbi duit. Sekurang - kurangnya ada bantuan, ringanlah sikit beban perbelanjaan sekolah anak. Kalau tak nak ambil duit tu pun, duduk diam - diam sudah. Nak jugak mengomel dan membebel.

Mungkin ada yang tak puas di hati, tak tahulah. Kita tak layak nak menilai orang, hanya Allah s.w.t je layak menilai umat-Nya....


p/s: Nasib takde anak lagi, kalau tak mesti dah join sekaki....;p

No comments:

Post a Comment