03 November 2011

Kan Dah Kena Tegur!!!

Tak tahulah apa nak jadi. Bila dah terkenal orang mesti akan memerhati. Ibarat kata kak Rok dalam Galaksi TV9,"Jaga - jaga ada yang memerhati"....

Bila glemer, segala tindak tanduk akan diperhati. Tak kisah bila buat baik atau buat jahat. Kalau buat baik, Alhamdulilah. Kalau buat jahat, sendiri mau ingatlah.

Kena censored. Sebab tak cukup kain...Thihihi

Berhubung isu Apek @ Khairul Fahmi Che Mat pergi ke majlis yang terdapat arak, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed telah memberi kenyataan ketika dihubungi media. “Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,”katanya.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras." kata Mufti itu lagi. Berita lanjut kat sini.


Jadi aku tak nak mengulas panjang. Biarlah dia dengan dunia dia. Cuma nasihat aku, kena jaga tingkah laku. Masa depan Apek cerah dalam bola sepak Malaysia. Tak pasal - pasal prestasi merudum nanti.

No comments:

Post a Comment