29 November 2011

Kembali Semula!!!

Alhamdulilah, segala urusan yang perlu dilakukan selesai sudah. Walau serba kekurangan, alhamdulilah segalanya berjalan lancar.

Selamat pulang..;p

Ke mana aku menghilang, akan terungkai sudah.
Sebetulnya aku bercuti merangkap sabagai ahli rombongan pengantin lelaki yakni sahabat baikku. Selamat sudah majlisnya. Serba ringkas, serba sederhana. Tak perlu hebat - hebat. Ikut saja sunnah Rasulullah s.a.w. Besederhana dalam segala hal.

Sambil - sambil ikut rombongan pengantin, sambil kita bercuti. Aku memang tak pernah jejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ni. Satu - satunya negeri di Malaysia yang belum sampai. Jadi sekarang bolehlah aku katakan bahawa seluruh negeri di Malaysia telah aku jejakkan kaki. Lepas ni, peluang untuk merasai suasana baru pula. Kan?

Alkisahnya, line internet pun baru dapat di Semenanjung. Kalau masa bercuti memmang tak sempat nak online. Pagi - pagi dah keluar, malam baru balik. Dah penat. Tak sempat online.

Balik ke ibu kota, kehidupan kembali seperti biasa. Layanlah dulu 2,3 keping gambar sebelum cerita penuh trip ke Sabah akan aku ceritakan selepas ni. Adios....wassalam

Meredah awan

Sayup - sayup Gunung Kinabalu

Makan - makan seafood. Siapa pernah
sampai tahulah dimana...

p/s: Salam Maal Hijrah aku ucapkan kepada semua Umat Islam.....

23 November 2011

Blog Bercuti Sementara

Ok, memang dah lama tak update. Tapi memang terpaksa bercuti sementara blog ni, disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan.

Usah ditanya, usah diungkit dan usah ditangisi pemergianku.*ecewah*. Tapi memang terpaksa bercuti disebabkan, adalah perkara - perkara tersebut.

Nanti cerita. ;p


17 November 2011

Seram Sejuk Tengok Keputusan

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), akan keluar. Kepada adik - adik, harap tawakkal dengan segala keputusan yang akan diterima.

Jangan putus asa kalau keputusan tidak cemerlang. Perjalanan masih jauh lagi, baru tangga pertama untuk capai masa depan gemilang, cemerlang dan terbilang. Jangan takut dengan kegagalan. Macam Thomas Edison, pencipta mentol. Dia gagal sebanyak 2000 kali sebelum berjaya. Jadi gagal sekali, bukan gagal selamanya.


Masa aku dulu, ingat lagi. Pergi sekolah sorang - sorang, walaupun mak aku suruh tunggu sebab nak pergi ambil result sekali.

Tapi aku berdegil, pergi sorang. Sebab rumah dekat dengan sekolah. Sebelah pagar je. Pergilah seorang diri. Tak harap yang lebih - lebih pun. Lagipun masa tu, aku duduk kelas yang keempat. Cikgu pun tak harapkan yang lebih - lebih. 

Masa aku ambil UPSR, itu pertama kali matapelajaran Sains diperkenalkan dan pertama kali juga lima subjek diperkenalkan. Sebelum ni hanya empat subjek. Jadi bila dapat keputusan 3A2B, alhamdulilah. Tak sangka kan. Duduk kelas kebelakang dapat keputusan macam tu. Siapa nak sangka kan?

Harap adik - adikku pun macam tu. Jangan risau walau macam keputusan pun, tawakkal dan redha je dengan ketentuan tuhan. Masih jauh lagi perjalanan. Dunia tak runtuh kalau gagal pun. Yang penting redha dengan qada' dan qadar.

16 November 2011

RM100

Sekarang baru sempat nak update blog. Kat pejabat tak selalunya boleh update blog. Kena tengok masa jugak. Lainlah kalau aku sentiasa bawa laptop ke pejabat.

Komputer pejabat boleh diguna untuk kerja pejabat sahaja. Laptop untuk hiburan semata. Kalau guna komputer pejabat untuk hiburan, semestinya kerja pejabat terbengkalai.

 Gambar: putra08.blogspot.com

Tapi bukan isu guna komputer pejabat yang nak diutarakan. Tapi isu pemberian RM100 oleh kerajaan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah.

Semua ibubapa layak mendapat bantuan ni. Terpulang kepada ibubapa yang berkemampuan nak menerima bantuan persekolahan ni atau tidak. Sebab bantuan ni memang disasarkan kepada ibubapa berpendapatan rendah dan sederhana.

Dan di pejabat aku hari ni, ramailah ibubapa yang bekerja separuh hari, semata - mata nak pergi ambil duit bantuan. Aku bukan nak kondem diorang. Cuma nak memberitahu ada segelintir umat yang memandang serong orang yang ambil duit bantuan ni. Bagi mereka, orang yang layak cuma orang - orang miskin.

Apalah salahnya, jika menerima bantuan pun. Hidup di KL ni, serba - serbi duit. Sekurang - kurangnya ada bantuan, ringanlah sikit beban perbelanjaan sekolah anak. Kalau tak nak ambil duit tu pun, duduk diam - diam sudah. Nak jugak mengomel dan membebel.

Mungkin ada yang tak puas di hati, tak tahulah. Kita tak layak nak menilai orang, hanya Allah s.w.t je layak menilai umat-Nya....


p/s: Nasib takde anak lagi, kalau tak mesti dah join sekaki....;p

Tergoda....

Minggu lepas, selepas saja diumumkan pelancaran gajet terbaru dari Samsung pada 11/11/11. Berduyun peminat gajet menyerbu Siri Jelajah Galaxy Note.

Tapi disebabkan aku ada di kampung, jadi tak berpeluang nak pergi ke pelancaran tu. Nak tengok lebih dekat gajet terbaru ni.
gambar - amanz.my

Samsung Galaxy Note seperti yang semua maklum adalah peningkatan dari Samsung Galaxy SII. Jadi aku nak juga tengok kebenaran berita tu. Sebab bagi aku, Samsung Galaxy SII sangat terasa plastiknya, menyebabkan aku kurang berminat.

Seusai membaca ulasan di amanz.my, meronta - ronta hati nak ada satu Galaxy Note. Best je tengok. Mungkin boleh tunggu bonus hujung tahun ni, kalau nak sambar satu.

Tengok ciri -cirinya, Samsung semakin mengganas. Terbaik dari Samsung.

15 November 2011

Rezeki Membuak - buak

Alhamdulilah, rezeki lagi. Banyak betul makan - makan kat pejabat ni. Kalau tak secara besar - besaran, mesti secara kecil - kecilan.

Rugi pulak pergi beli makanan pagi - pagi ni. Kalau tak dah jimat sikit. Ingat nak lah kurangkan makan, sebab sekarang dah kurang makan sedikit demi sedikit. Tak boleh secara mendadak, nanti terkejut.

Tapi bila baca berita, "Malaysia tertinggi  masalah obesiti". Macam terasa. Tapi overweight dah nak dekat dengan obesiti. Jadi kena jagalah. Bukan sebab apa pun. Sebab kena jaga kesihatan. Tak mahulah kena penyakit "tiga serangkai" masa muda - muda ni.

Penyakit tiga serangkai yakni Kencing manis, Darah tinggi dan Sakit jantung. Penyakit umum dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Nak tak nak, kena jaga kesihatan. AYUH, BERUSAHA......;p


14 November 2011

Selamat Berjuang SPM-er

Hari ni bermula SPM 2011. Kepada adik - adikku,*tua lak rasa*. Selamat gigih menjawab soalan. Biar kita takcle soalan, jangan soalan tackle kita. Itu cikgu aku cakap dulu la. Alhamdulilah, walau tak cemerlang. Tapi kredit semua.


Penentunya hari ni. Jangan kalut, jangan gelabah. Baca soalan elok - elok. Lepas tu, geledah lah perpustakaan minda ketika menjawab soalan.

Itu je kot pesanan aku. Kalau petua - petua, tak sempat dah nak diamalkan. Petua sepatutnya diamalkan 6 bulan sebelum SPM. Baru sesuai.

Yang paling penting semasa exam. Baca soalan elok - elok. Lima, enam kali baca pun tak pa. Tapi jangan sampai masa tamat...;p

13 November 2011

Orang Bujang Oh Orang Bujang

Alhamdullilah aku selamat sampai ke tempat aku mencari makan. Dah lama tak update sebab aku mengalami kesakitan. Nak buka laptop pun tak larat apatah lagi nak menaip blog.

Walaubagaimanapun, aku kena balik juga ke KL. Kalau tak hangus je tiket bas aku tu. Ingatkan bila sampai rumah bolehlah rehat terus, tapi tak boleh juga.

Tengok rumah terkejut. Dengan sampah tak dibuang, bilik air berlumut, rumah berdebu. Boleh pulak budak rumah aku ni tinggal dalam keadaan rumah macam tu. Tak tahulah sama ada diorang ni manusia atau tak. Rumah dah macam tempat kucing beranak boleh duduk lagi, tak tahulah nak cakap apa.

Kalau dibiarkan mesti jadi macam ni.
-Google-

Selalunya keadaaan rumah memang macam tu kalau aku balik kampung seminggu. Nak tunggu aku balik dulu baru nak kemas rumah. Aku dah la tak boleh tengok sepah - sepah ni. Bayar sewa sama - sama. Yang kemas sorang - sorang. Takkan sampah sampai berulat tak boleh dibuang kot. Melampau ni.

Aku tak taulah rumah bujang lelaki lain macam mana. Sebab masa aku dok kolej dulu, ok je budak rumah aku. Bersih je rumah. Siap gotong - royong lagi.

Tapi yang ni, tak tahulah nak cakap apa. Bagi diorang mungkin dah paling bersih dah tu kot. Tapi agak - agaklah kan. Ingat ada pembantu rumah ke apa. Nak cakap masing - masing dah tua. Takkan tak faham kot.

Dalam bilik, lantaklah nak bersepah. Ruang tamu dengan dapur, kena tolak ansur sikit. Geram nih. Dah la malas nak membebel dah. Penat.

p/s: Sorry la, emo sikit. Sebab masih tak sihat. Agak - agak macam mana nak bagi diorang faham???

09 November 2011

Tentang Dhia

Baru lepas tengok episod 1 slot Akasia, drama Tentang Dhia. Menggantikan drama Soffiya yang tamat semalam.


Ok lah drama ni. Nampak Nora Danish "innocent" je dalam drama ni. Suasana kampung pun best. Tapi yang kelakar part diorang masih belajar di sekolah menengah.

Tengok Ako Mustapha (Azmi) dan Irfan Roslan (Raffi) pakai uniform sekolah. Kelakar. Dah tua - tua pakai uniform sekolah, macam budak terlebih hormon. Kalau Nora Danish (Dhia) ok je, sebab dia kecil molek orangnya...;p

Mungkin nak menunjukkan diorang kenal sejak di bangku sekolah. Kita tunggu dan lihat je lah perkembangan drama ni. Boleh like di facebook "Tentang Dhia". Ada sinopsis di sana. Malas nak copy paste kat sini, panjang sangat. Layan je lah setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

08 November 2011

Kemalangan Dalam LRT

LRT....Pengangkutan yang selalu aku guna tika mula - mula bekerja dulu. Sebab LRT ni Mudah, Senang dan Efisien.

Mudah: sebab dekat dengan pejabat dan rumah.
Senang: sebab tak perlu berjalan jauh sangat dan berada didalam bandar.
Efisien: sebab kadang - kala tepat ikut jadual.


Jangan sangka, kalau naik LRT ni, terselamat dari kemalangan. Tak mustahil akan dapat kemalangan. Dalam LRT bukan di luar LRT. Seperti berlaku pada kawan kita ni....Tak percaya tengok gambar.

Nampak tak?...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kesian..Kan dah tersepit...;p

Kejadian ni selalu berlaku bila pintu LRT dah nak tutup, tetapi masih lagi nak keluar atau nak masuk dalam LRT. Kan dah tersepit. Lain kali janganlah cuba - cuba nak masuk atau keluar bila pintu nak tertutup. Bahaya. Nanti jadi seperti gambar di atas. Ngeri.....;p



Bahasa Dalam Blog

Ada orang cakap, kalau nak tarik trafik paling banyak dalam blog, cuba tulis guna bahasa Inggeris. Mesti ramai pembaca akan berkunjung. Sebab kebanyakkan penduduk dunia fasih berbahasa dan membaca di dalam bahasa Inggeris.


Itu aku tak nafikan, sebab itu blog yang berbahasa Inggeris cepat naik dan dikenali. Tambah lagi, kalau blog tu berkenaan info dan maklumat terkini. Kalau blog peribadi satu kelebihan kerana setidak - tidaknya orang akan singgah ke blog tersebut.

Satu lagi, kalau nak berbahasa Inggeris, pastikan kaedah penulisan boleh diterima pakai. Yakni mudah difahami. Tak perlu bahasa "bombastik". Cukup dengan ayat ringkas dan mudah. Itu untuk yang fasih berbahasa Inggeris.

Bagaimana dengan yang tak fasih?. Apa nak dikata, cukuplah dengan apa saja bahasa yang difahami. Janji ada juga pembaca. Tak dikenali pun tak mengapa. Cukuplah ada tempat untuk mencoret. Untuk dikenali dengan hanya bahasa yang segelintir saja penuturnya, mungkin agak susah, tapi tak mustahil.

Mungkin boleh menggunakan apa saja aset yang ada, seperti rupa yang cantik atau kacak, kerjaya yang hebat atau dengan kata lain "aset yang boleh dijual". Kalau aset tak boleh dijual, jadilah seperti blog aku, yang kadang kala terasa seperti syok sendiri bila baca kembali entri yang lepas - lepas.


Jangan salahkan aku, aku menulis apa yang terlintas difikiran. Ikut suka hati apa yang nak ditulis. Mungkin ada yang tak suka dengan apa yang ditulis, mungkin ada yang suka. Kalau semua mesti mengikut kehendak orang, alamatnya berkuburlah blog ni. Niat berblog itu yang penting.

Maaf cakap, tapi hakikatnya aku adalah aku. Tak semua yang aku suka, orang suka, dan tak semuanya orang suka, aku suka...;p


06 November 2011

Ibadah Korban

Alhamdulilah selesai sudah ibadah korban aku untuk tahun ni. Insyaallah ada rezeki tahun depan boleh buat lagi.   Dan aku baru tahu, walaupun kita dah korban untuk satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu pada tahun ni, kita kena korban lagi untuk baki enam bahagian lagi pada tahun - tahun akan datang. Ini apa yang aku baru tahu. Betul atau salah kena rujuk lagi pada yang pakar.


Walaubagaimanapun, korban aku tahun ni, adalah yang pertama kali bagi aku. Semoga korban aku diterima. Dan memang dah lama aku berniat untuk korban, Alhamdulilah tercapai juga hasrat. Insyaallah tahun depan boleh korban lagi.

Memandangkan aku dah selalu sangat tengok orang sembelih lembu, sebab pakcik aku tukang sembelih lembu, rasa geli atau loya atau yang sewaktu dengannya bila tengok lembu kena sembelih apalah sangat. Jangan tengok orang kena sembelih sudah lah. Nanti tak tidur malam.

Ada orang cakap, jika kita melihat binatang dikorbankan atau disembelih sehingga terdetik dalam hati rasa kasihan pada binatang tersebut, haram kita memakannya. Itu apa yang aku diberitahu. Betul atau salah, wallahualam.


Nak diingatkan juga, sesiapa yang:

- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berkorban 

digalakkan untuk menunaikan ibadah korban. Walaupun ia sunat muakkad, tetapi sangat - sangat dituntut. Sama - samalah kita menunaikan ibadah korban....jika berkemampuan....;p


04 November 2011

Korban...

Hari ni malas nak update. Sebab dah nak balik kampung dah petang ni. Kerja pun dah tak semengah. Apapun, aku mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan:



Jumpa lagi....Kalau ada kat Tanah Merah, Kelantan...Jemputlah singgah ke rumah...;p

03 November 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500


Dengan muka tak malunya, aku join segmen cik genk.....kalau rasa nak join sama silalah klik banner. Kalau tengok pada follower aku, memang ciput pun.

Lagipun pun ramai gadis - gadis yang join. Kuikuikui....

Anyway, sesiapa yang bawah 500 follower tu. Jemputlah join...Boleh kenal - kenal....;p
Wassalam


p/s: comel je rasa gambar entri aku hari ni....(^-^)V

Jom Amal: Ayat Kursi



Maksudnya:

  • Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
  • Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
  • Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
  • Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
  • Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
  • Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
  • Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).



Fadhilat :

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam .
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Wallahuallam

p/s: untuk peringatan dan amalan diri sendiri. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan....;p

Kan Dah Kena Tegur!!!

Tak tahulah apa nak jadi. Bila dah terkenal orang mesti akan memerhati. Ibarat kata kak Rok dalam Galaksi TV9,"Jaga - jaga ada yang memerhati"....

Bila glemer, segala tindak tanduk akan diperhati. Tak kisah bila buat baik atau buat jahat. Kalau buat baik, Alhamdulilah. Kalau buat jahat, sendiri mau ingatlah.

Kena censored. Sebab tak cukup kain...Thihihi

Berhubung isu Apek @ Khairul Fahmi Che Mat pergi ke majlis yang terdapat arak, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed telah memberi kenyataan ketika dihubungi media. “Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,”katanya.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras." kata Mufti itu lagi. Berita lanjut kat sini.


Jadi aku tak nak mengulas panjang. Biarlah dia dengan dunia dia. Cuma nasihat aku, kena jaga tingkah laku. Masa depan Apek cerah dalam bola sepak Malaysia. Tak pasal - pasal prestasi merudum nanti.

Peraturan Laman Sosial: Status..

Klik untuk pembesaran

Betul jugak, sebelum nak pos sesuatu status baik ikut peraturan ni....

Lagu - Lagu Hari Raya AidilAdha

Sesambil buat kerja, sesambil melayan radio. Sesambil melayan radio, sesambil melayan perasaan. Almaklumlah, melayan perasaan, esokkan nak balik kampung.


Sesambil melayan perasaan, terfikir gak, dalam radio ni takde ke lagu raya aidiladha, a.k.a raya korban, a.k.a raya haji ni?.... Pelik gak. Takkanlah takde satu pun. Masa raya puasa bukan main banyak je lagu raya. Sampai tak terlayan lagunya.

Lagu "Balik Kampung" oleh Allahyarham Sudirman pun takpe. Lagu tu sesuai untuk sepanjang masa.

Bercakap pasal lagu "Balik Kampung" ni. Tahukah anda lagu "Balik Kampung" bukan dicipta sebagai lagu hari raya. Tapi dicipta untuk dimasukkan di dalam album pop beliau, Lagu Dari Sebuah Bilik pada tahun 1984. Ramai yang tak tahu sebenarnya. Aku tahu lama dah sebab ni lagu kesukaan aku.

Kulit album "Lagu Dari Sebuah Bilik"

Berbalik pada lagu hari raya, rasa - rasanya memang tak de kan?. Kalau tak salah aku lah. Sebab memang tak terdengar lagi. Tak tahulah kalau aku terlepas pandang.

Sesiapa yang pandai cipta lagu tu, tolonglah buat satu lagu khas untuk hari raya aidiladha. Lagipun sepatutnya hari raya aidiladha yang patut diraikan.


p/s: kenapa kat Kelantan, raya korban lagi meriah dari raya puasa???

02 November 2011

Kaki Game

Seperti yang semua sedia maklum,*macam ramai je baca blog aku*. Aku seorang kaki game yang moderate. Bukan yang hardcore. Maksudnya bukan terlampau gila game sampai nak kumpul mainan atau poster game.



Jenis game yang selalu aku main selalunya jenis RPG. Bagi yang tak tahu RPG tu apa, RPG adalah akronim untuk Role Playing Game.

RPG adalah game dimana pemain mengambil segala peranan termasuk tindak tanduk karakter di dalam game. Itu ikut kefahaman aku. Jenis RPG ada banyak, yang aku tak pasti ada berapa.

Dalam banyak - banyak game untuk 2011, aku nantikan game - game:





Game - game ni je yang aku tunggu sebab dah main dari yang pertama lagi. Tak kisah sangat kalau berhabis duit untuk benda ni. Untuk isi masa lapang je pun.

Kalau korang kata aku macam budak - budak, tak kisah. Lagipun gila game lagi bagus dari gila perempuan...:p

01 November 2011

Gian!

Gian di disini bermaksud ketagih. Jadi bila berjalan - jalan ke blog orang. Aku dapat rumuskan ada sesetengah orang yang gian terhadap perkara yang disukai.*ayat skema sikit*.


Macam aku memang ada gian tersendiri. Gian aku, gian nak main game. Kalau tengok dalam laptop aku ni, dapat tengok ada beberapa jenis game yang dah diinstall. Nasiblah laptop aku ni power. Boleh support game - game yang terkini. Kalau lama tak berupdate tu, aku tengah layan game lah tu. Faham - faham sudah...;p

Tapi rasa macam nak tukar gian yang barulah. Kalau tengok pada entri ini, aktiviti ni boleh buat gian jugak. Mujur rumah aku jauh dari tempat ni. Kalau tak, mau hari - hari aku pergi.


Tapi tak boleh lawan gian ayah aku. Dia masa muda lagi dahsyat. Setiap bulan akan ke Tasik Banding di Perak untuk memburu dan memancing. Dapat jugalah merasa daging kijang. Sedap. Masa tu kijang masih banyak lagi. Tak boleh dikira sebagai pupus. Sekarang mungkinlah kot. Lagipun ayah aku dah tak pergi buat aktiviti tu lagi dah. Almaklumlah, tak de geng.

Gian berblog belum jadi keutamaan lagi. Sebab aku berblog bila tangan rasa gatal nak mencoret sesuatu. Dan juga kalau aku ada benda nak di kongsi. Mungkin bila aku dah tak gian pada aktiviti yang lain, aku boleh tumpu pada dunia blog saja. Sekarang belum lagi kot. Banyak benda lagi yang tak di explore. Sebab tu aku tak kisah ada orang baca atau tak blog aku. Sebab aku belum gian pada trafik blog...Hihihi


p/s: Tarikh hari ni cantik. Jangan pulak ada yang gian pada nombor atau tarikh...;p