05 October 2011

World Teachers' Day

Seperti semua sedia maklum Hari Guru di Malaysia jatuh pada 16 Mei. Tetapi tahukah korang Hari Guru Sedunia jatuh pada hari ini yakni 5 Oktober.


Hari Guru Sedunia diraikan semenjak tahun 1994, untuk memperingati Pertubuhan Perguruan di seluruh dunia. Tujuan Hari Guru Sedunia diadakan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan penghormatan kerjaya perguruan. Ini selaras dengan kehendak UNESCO untuk meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan kepada kanak - kanak.

Kenapa 16 Mei di pilih sebagai Hari Guru di Malaysia?. Mengikut fakta sejarah, pada tahun 1956, Majlis Undang - undang Persekutuan Tanah Melayu, telah menerima cadangan - cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pendidikan Negara pada 16 Mei 1956.

Laporan tersebut di kenali sebagai Laporan Razak kerana Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.

Jadi dah tahu kenapa Hari Guru adalah pada tarikh - tarikh tersebut. Jadi aku nak mengucapkan "SELAMAT HARI GURU SEDUNIA" kepada semua guru - guru di Malaysia.

No comments:

Post a Comment