05 October 2011

iPhone 4S

Pada 5 Oktober 2011 pukul 1 pagi waktu Malaysia. Syarikat terkemuka dunia, Apple telah mengumumkan update kepada iPhone 4 iaitu iPhone 4S. Pada pelancarannya "Let's Talk iPhone", iPhone baru diumumkan oleh Timbalan Presiden Kanan Apple, Phill Schiller bukan oleh CEO Apple yang baru, Tim Cook.

Dalam pelancaran tersebut, iPhone baru, iPhone 4S, menyokong kedua - dua GSM dan CDMA. iPhone 4S didatangkan dengan tiga varian 64GB ($499), 32GB ($299) dan 16GB ($199) dan didatangkan dengan warna hitam dan putih. Harga iPhone ini sama dengan harga iPhone 4 pada tahun lepas.

Rekabentuk telefon masih sama dengan iPhone 4, tetapi iPhone 4S ini menggunakan A5 cip pemproses dwi-teras yang mana mampu menjalankan grafik tujuh kali lebih laju dari iPhone 4. Masalah antena pada iPhone 4 juga diatasi dengan memperkenalkan  pita keluli yang dapat meningkatkan kualiti panggilan.

Selain itu, iPhone 4S juga memperkenalkan "Siri". Iaitu arahan melalui suara. Contohnya, jika anda bertanyakan waktu di Kuala Lumpur, "Siri" akan menunjukkan kepada anda waktu - waktu di dunia. Sama juga jika anda ingin membaca mesej. Ia akan membacakan mesej kepada anda. Ia hanya didatangkan dengan iOS 5, jadi "Siri" hanya terdapat di dalam iPhone 4S.

Apple juga menaik taraf kameranya dengan 8 megapiksel, sensornya juga dinaik taraf dengan pencahayaan lampu latar dan juga pengesanan muka. Untuk mula mengambil gambar, hanya 1.1 saat diperlukan dan setengah saat diperlukan untuk gambar yang kedua.

Ketahanan bateri juga dinaik taraf dengan 8 jam masa berbual untuk 3G, 14 jam masa berbual dengan 2G, 6 jam video call dan 9 jam untuk WiFi. 4S juga menyokong kelajuan data 14.4Mbps HSPA untuk melayari internet, peningkatan dari 7.2 Mbps dari iPhone 4.

Tempahan awal dibuat pada 7 Oktober untuk negara - negara - US, UK, Australia, Kanada, Peranncis, Jerman dan Jepun. 22 negara lain akan menerima iPhone 4S pada 28 Oktober dengan Singapura salah satu negara tersebut. Malaysia dijangka pada hujung tahun ini.


p/s: kalau tanya aku, aku tak minat pun nak beli. Just nak review apa yang lain dalam iPhone ni...:p

No comments:

Post a Comment