02 October 2011

Bila Budak - Budak Menjawab

Dah lama tak update blog. Dah masuk bulan Oktober dah pun. Sekejap je dah nak masuk 2012. Tunggu - tunggu gak jadi ke apa yang orang putih bayangkan bencana yang berlaku.

Saja je nak tengok walaupun aku tau takkan terjadi punya. Khayalan mat saleh je lebih. Konon ramalan dari kalendar kaum Mayan.
Bukan yang tu nak cerita sebenarnya. Pasal budak - budak zaman sekarang. Cerdik terlebih tak padan dengan umur.

Bukan apa. Kat rumah aku ni boleh dengar suara - suara jiran sebelah menyebelah. Almaklumlah rumah flat. Dinding pun flat je, kalau kentut pun dengar rasanya.

Kat kawasan ruamah aku ni, adalah keluarga rumah bawah sekali, tapi blok lain, boleh dengar suara maknya memekik nama anak panggil balik makan. Maknya panggil nama je. Mungkin panggil dua tiga kali tak bersahut. Maknya pun jerit panggil sampai nak pecah anak tekak.

Anaknya baru sahut. Itupun siap cakap lagi "orang taulah nak makan, tak mati pun kalau tak makan sehari". Lebih kurang gitulah dialog anaknya.

Aku ingat anaknya dah sekolah menengah, rupanya baru darjah satu atau dua kot. Menyirap je aku dengar. Kalau aku cakap gitu masa kecik dulu, dah kena rotan 5,6 das. Mana boleh cakap camtu kat orang tua.

Tapi yang ni aku dengar maknya bebel je, pastu anak dia menjawab lagi. Tak dengarlah apa dia cakap lepas tu. Tak taulah mak dia bagi sedas ke tak. Macam tak.
Dahsyat betullah budak zaman sekarang. kecik - kecik dah pandai menjawab. Tak tau besar esok macam mana.

Ni mesti pengaruh TV, pastu banyak pulak cerita merepek kat TV. Budak - budak senang mengikut. Agak - agaklah TV nak tayang cerita pun.

Satu lagi cara didikan, mungkin dah terbiasa tengok orang cakap macam tu, jadi budak - budak ikutlah.

Aku tak boleh komen panjang - panjang sebab belum kahwin, tapi renung - renungkanlah hadis ni.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



No comments:

Post a Comment