07 October 2011

Belanjawan 2012: Berita Gembira Untuk Penjawat Awam?

Pembentangan bajet untuk 2012 baru saja dibentang oleh PM kita. Aku pun tunggu jugak depan TV kat pejabat tu. Mana tahu kan kot - kot ada khabar gembira.

Rupa - rupanya memang ada. Memang terbaiklah, mesti ada berita gembira untuk penjawat awam. Bagi yang kerja swasta dan kerja sendiri, jangan pulak cemburu dengan penjawat awam. Sebab kalau nak dibandingkan gaji penjawat awam dengan pekerja swasta bagi tugas yang sama, amatlah jauh jurang perbezaannya.

ihsan TV3

Oklah, aku nak bagi pendapat bagi berita - berita tentang belanjawan yang aku suka nak dengar.


#Bonus setengah bulan gaji.
Pendapat aku, memang patut bagi. Kalau tak silap aku, bonus tak diberi lagi. Sebab selama ni, selalu bagi sagu hati je. Bonus setengah bulan gaji pun dah kira bersyukur dah. Kalau kerja swasta bonus 2,3 bulan gaji. Memang masyuklah kalau kerja swasta. Tapi itupun berdasarkan prestasi syarikat. Penjawat awam, ikut belas ihsan kerajaan je lah.

#Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Pendapat aku, setuju. Disebabkan PTK dah dimansuhkan, jadi pergerakan tangga gaji secara berlapis - lapis boleh dimansuhkan dan digantikan dengan sistem baru, iaitu SBPA. (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam). Ikut pemahaman aku, gaji tahunan akan naik sehingga maksimum ikut gred. Lebih kurang macam takde gaji matilah, senang cakap. Oklah, dari tiap tahun naik RM50 je. Cukup 2 tahun servis baru RM100.

#Umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun. 
Pendapat aku, yang ni matilah nak tunggu sampai 60 tahun. Tak tau macam mana keadaan aku bila dah 60 tahun nanti. Naik motor nak pergi kerja pun dah tak larat kot. Dalam seminggu kerja, sehari je kerja, hari lain MC je memanjang. Yelah, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis menyerang dalam umur macam tu. Tak dapat nak bayangkan.

No comments:

Post a Comment