31 October 2011

OKU pun sama???

Pagi Isnin....
Sebelum memulakan kerja kena baca dulu berita dan isu - isu semasa di akhbar. Sambil - sambil hirup milo panas, buat pengalas perut.

Puhhh....Nasib baik tak tersembur air milo aku, bila baca tajuk berita....

"PASANGAN OKU DICEKUP BERKHALWAT"

Eh...biar betul nih...baca sampai habis baru faham. Rupanya si ibu lelaki menghalang percintaan pasangan ni. Lalu mereka melarikan diri dan merancang untuk menikah di Thailand.


Si ibu lelaki menghalang percintaan disebabkan takut anaknya tak mampu menguruskan rumahtangga disebabkan anaknya lembam. Manakala si wanitanya, menggunakan kerusi roda disebabkan kecacatan fizikal.

Kerana cinta itu buta, sanggup meredah apa saja. Bagi aku, tak perlulah halang. Lagipun mereka memang nak berkahwin. Jadi biarlah mereka membina keluarga bersama. Tak perlu risau samada mampu atau tidak urus rumahtangga. Rezeki ada dimana - mana. Aku doakan semoga mereka berbahagia.

Berita lanjut di bharian.com.my

30 October 2011

Betul Ke Jalan Ni??

Pagi - pagi lagi aku dah keluar dari rumah. Sebab dah berjanji dengan kawan nak pergi kenduri sama - sama. Jadi berjanjilah nak jumpa dalam pukul 9.30 pagi.

Tapi aku terpaksa keluar awal, sebab jarak rumah aku dengan rumah dia agak jauh. Lagipun aku naik LRT, disebabkan kenderaan adik aku guna. Naik je lah LRT.

Naik LRT Putra dah setengah jam, lepas tu tukar LRT Star pulak setengah jam nak menyampai ke rumahnya. Dah sampai terus naik kereta menghala ke Kundang di Rawang. Tempat yang aku pernah dengar nama je, tapi takk pernah sampai.

Nak sampai ke daerah Rawang tak ada masalah lagi. Tapi nak sampai ke Kundang bermasalah. Sebab masing - masing tak pernah sampai ke situ. Berbekalkan peta pada kad kahwin. Redah je lah.

Tasik Biru Kundang. Ada orang main jetski kat sini.

Jalan dah betul, tapi nak sampai ke rumah bermasalah. Banyak kali kami berulang alik di Tasik Biru Kundang. Kalau lama - lama atas jalan baik lepak kat tasik je. Cantik pun cantik tasik tu untuk melepak.

Akhirnya selepas banyak kali buat panggilan sampailah kami bila dah nak petang. Dah naik boring duduk dalam kereta baru sampai. Masing - masing kebulur. Nampak nasi dah macam nampak apa dah.

Duduk lebih kurang, baliklah. Eh, nak balik cepat pulak sampai. Apasal tadi lama ke main?. Betullah orang cakap kena sesat dulu baru tahu jalan tu macam mana.

Jauh perjalanan, luas pandangan. Tapi ni dah sesat dulu pendapatan, sesat kemudian ada gunanya....Tihihihi

29 October 2011

Berjaya Akhirnya!!!

Bukan pasal bola Terengganu lawan Negeri Sembilan. Bola tu tak habis lagi. Tapi ni pasal header aku. Akhirnya blog aku dah ada header baru, selepas 10 bulan berblog.

Header ni aku buat sendiri. Almaklumlah, nak suruh member aku, dia bercuti sekarang. Buat sendiri jelah. Baru semangat sikit nak berblog.

Walaupun huduh sikit. Tapi usaha sendiri, berbaloi jugak. Kalau sebelum ni, tak ada header sekejap disebabkan masalah coding HTML. Akhirnya berjaya juga. Senang je rupanya nak adjust header ni. Aku yang bengong sikit.

Gambar tu gambar semasa berjalan - jalan buang duit. Aku suka gambar ni. Ada feel merenung masa depan. Lain kali gambar lain pulak.

Walaubagaimanapun, terimalah header baru aku ni untuk beberapa bulan akan datang. Sekian......


Blog Rosak!!

Semalaman aku pening kepala disebabkan blog aku. Memandangkan aku ni buta pasal coding HTML. Macam - macam jadilah kat blog aku semalam.


Hari ni terpaksa pakai "default theme" dari blogger. Ini semua angkara nak upload header baru lah ni. Tak menjadi. Header tu jadi tunggang langgang. Dan tak menepati saiz pada header blog.

Kalau nak diikutkan, aku dah buat semua yang disuruh. Dah habis google dah. Mungkin disebabkan dashboard yang baru, tu yang coding HTML lari habis.

Jadi kalau ada siapa - siapa yang boleh bantu. Sangat - sangat dihargai. Aku tolong promote blog dia nanti. (Kalau rajin..thihihihi).

Tapi takpelah, default theme ni pun dah ok dah. Janji orang baca isi blog. Nak makeup blog memang tak pandai.


p/s: kadang - kadang jeles gak dengan blog yang kemas dan seronok nak di baca...huhuhu

Jom Joging

Awal hari ni aku bangun. Selepas subuh dan hantar adik aku pergi kerja. Terus aku ke Taman Tasik Titiwangsa.

Agak - agak dalam pukul 7.45 pagi aku sampai. Dah ramai dah orang di Tasik Titiwangsa ni. Aku dengan sepatu baru, semangat nak berjoging.


Almaklumlah, dah lama tak bersenam. Badan pun dah "out of shape". Jadi bersenamlah aku. Yang membuatkan aku bersemangat nak berjoging sebab nak cuba kasut baru. Murah je beli. Tapi kualiti terbaik.

Aku baru tahu, nak cari kasut untuk berjoging kena cari kasut yang ringan dan tapak bergetah. Kiranya betullah aku beli.

Di Tasik Titiwangsa, aku berjoging dan berjalan laju dalam 2 setengah pusingan. Ok la tu, untuk orang yang tak pernah bersenam. Anggaran keliling tasik tu lebih kurang 3km. Kalau 2 setengah pusingan kiranya, 7.5 km. Not bad for the first try.

Minggu depan balik kampung, so dua minggu lagi baru joging balik. Jom lah sama - sama joging. Untuk kesihatan.

28 October 2011

Kategori Mana??

Assalamualaikum. Sempena hari baik dan juga bulan baik. Hari ni 1 Zulhijjah 1432. Sekali lagi kita berada di dalam bulan Zulhijjah. Bulan yang ramai umat Islam sedang berkumpul sekarang di Tanah Suci Mekah.

Alhamdulilah, nenek aku dah pergi tahun lepas. Rasa ralat sikit sebab tak sama - sama hantar dia pergi haji. Alhamdulilah selamat pergi dan selamat sampai. Ada juga ole - ole untuk cucu dia yang degil ni..;p


Aku nak pergi belum ada rezeki lagi. Sekarang paling kurang kena ada RM10 ribu kalau nak pergi haji, untuk seorang belum berdua lagi. Insyaallah ada rezeki aku nak pergi dengan ibu bapa aku. Menabung sikit - sikit.

Bukan pasal haji yang aku nak cerita tapi pasal jenis status dan note yang dipos di FB. Jom kita tengok:-


Kalau pos status yang berkaitan Islam, ada tak yang akan beranggapan,

"Macam bagus, dia pun tak betul"

Well, itu hak masing - masing. Tak salah nak berkongsi kan?. Lebih elok dari kita tayang dan pos status pasal kita buat dosa.....;p

26 October 2011

Hari - Hari Aku

Tajuk macam nak emo je. Tapi puas dah pikir nak buat tajuk apa. Sebab aku nak update jugak blog walau hanya kisah aku dan bantal busuk.

Biar tak ada orang nak ambil tahu kisah kau pun. Ko retis ke??. Hehehe

Sebuah pantai di Terengganu. Pergi tahun lepas.
 Kalau pergi sini pun best jugak!!!

Kalau nak diikutkan hidup akan jadi sangat sangat sangat membosankan jika hanya makan, dan tido je. Jadi nak jugak keluar jalan - jalan. Tapi kalau balik - balik shopping complexs je tempat dituju, bosan gak. Jadi macam mana? Ke taman - taman tasik? Orang bercinta je ke sana. Ni kalau nak release tension, tak sesuai.

Nak berjalan - jalan makan angin dan melancong? Pakai duit jugak. Gaji ciput nak melancong apanya. Setakat ke negeri - negeri yang terdekat?. Dah selalu sangat.

Nak melepak je kat rumah?. Lagi bosan. Balik - balik TV tayang cerita pasal Deepavali je hari ni. Nak membaca? Boleh pergi ke Perpusatakaan Negara. Best jugak kan?

Ok lah set. Kita ke sana. Tapi sorang - sorang ke?. Tak best lah pulak. Pergi rumah member je lah. Untung - untung ada orang nak ajak berborak.

Jadilah kita ke sana. Janji keluar dari rumah. Kalau tidak asyik terperuk je mengadap internet. Lama - lama besarkan badan je.

Bosankan jadi seorang aku.......FOREVER ALONE.....;P


p/s: kan best kalau aku ni orang kaya. Asal bosan je pergi oversea....;p


24 October 2011

Restoran 1 Malaysia: Indah Khabar Dari Rupa

Siapa pernah makan di Restoran 1 Malaysia?. Apa pendapat korang bila makan di restoran tu? Betul ke murah seperti di war - warkan?

Kalau ikut pengalaman, (bukan pengalaman aku sebenarnya, pengalaman kawan aku), tak lah murah mana pun. Kalau ikut harga di sekitar KL ni, harga sama tahap dengan harga di kedai - kedai biasa je.

Itu kalau makan tengah hari. Kalau sarapan, harga memang sama seperti yang di gembar - gemburkan. Tapi setakat  nak minum teh tarik dan makan roti canai kosong RM 2 boleh lah murah. Makan lebih dari tu, mahal jugak.


Kalau makan tengah hari, sorry to say lah. Mahal. Dah la jauh dari ofis aku. Duit minyak lagi. Terima kasihlah kalau nak ajak makan kat situ. Baik bawak bekal lagi jimat. Sedap pun sedap. Bersih lagi.

Lokasi restoran 1 Malaysia yang terdekat dengan pejabat aku, hanya lah di Medan Tuanku. Kira - kira 2 kilometer dari pejabat. Duit minyak lagi mahal dari makanan.

Susahlah nak cari kedai makan yang betul - betul murah. Tambah - tambah dalam kawasan pejabat aku ni. Terpaksa menumpang cari makanan kat pejabat orang, macam kat kafe bank rakyat atau dayabumi. Situlah paling dekat dan ok pun.

p/s: tolonglah buat medan selera yang ok sikit kat pejabat ni. Yang ada pun macam masak pakai kaki je. Tak sedap. Macam tak ikhlas nak berniaga.

21 October 2011

Apabila Majalah Adalah Sebuah iPad Yang Rosak.

Disebabkan teknologi, seorang bayi berusia 1 tahun menganggap majalah adalah sebuah iPad yang rosak apabila dia cuba menggerakkan gambar menggunakan jarinya.


Kesian pulak aku tengok. Nak tergelak pun ada.

20 October 2011

Mestikah Aku Kahwin......??? (Dilema Orang Bujang)

Bila dah dekat hujung - hujung tahun ni. Pelbagai jenis kad dan undangan yang aku dapat. Itu belum lagi undangan melalui Fesbuk.

Korang mesti dapat undangan yang sama. Ala undangan walimatul urus, kenduri dan yang sewaktu dengannya. Bila dah dapat undangan, wajib hadir kecuali ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Aku bukan tak nak pergi tapi bila dah kawan - kawan satu sekolah, satu kolej kahwin. Mesti ada suara - suara sumbang yang bertanyakan "Kau bila lagi?". Mestikah aku jawab?. Yang mampu aku buat hanya tersenyum. Dalam hati, mau je cakap, "Debik kang!!".


Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya merancang dan berusaha. Jika dah ditetapkan esok aku kahwin, kahwinlah aku. Kalau tak, taklah.

Terdetik di hati rasa cemburu, bila tahu kawan - kawan lama dah selamat mendirikan rumahtangga. Tapi wajar ke nak cemburu?. Mestikah aku berkahwin, kalau orang lain sibuk berkahwin?. Tak naklah. Takkan aku nak kahwin semata - mata orang lain sibuk berkahwin. Mujur aku tak berseorangan. Masih ada orang lain yang belum bertemu jodoh.

Memang tak baik kahwin lambat- lambat. Takut dah pencen, anak kecik lagi. Tapi biarlah. Masa dan ketika biar Tuhan yang tentukan.

Lain kali kalau ada yang bertanya, aku akan jawab:

Kenapa Lambat Kahwin? 

✔ Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk aku.


Dah Berpunya? 


✔ Ya. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing - masing.

Siapa? 


✔ Nanti Allah akan perkenalkan kepada aku.

Bila? 


✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti.





P/S: Jgnlah selalu bertanya bila orang tu nak kawen. Kerana semua RAHSIA itu, terletak DI TANGAN ALLAH. 
Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah. 

19 October 2011

Nak Balik Kampung Untuk Raya Tapi.....

Sempena Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji, aku nakla sambut raya kat kampung. Lagipun hari raya jatuh pada hari Ahad, secara tak langsung hari Isnin akan cuti. Rugilah kalau tak balik kampung.

Aku pernah tak balik kampung bila hari raya haji. Semua budak rumah balik kampung, jadi tinggallah aku seorang diri kat rumah sewa kat KL nih.

Aktiviti aku hari tu, lepas je sembahyang raya, aku terus tidur sampai zuhur, sambung balik sampai asar. Boring yang amat. Kalau tau aku balik kampung je.

Jadi raya kali ni, aku mesti balik walau macam mana pun. Tapi tiket dah habis lah pulak. Tu lah tak nak beli awal - awal. Kan dah rugi. Tapi takpe ada back up plan.

Aku bercadang nak ke Ipoh dulu. Kemudian tumpang sepupu aku kat Ipoh balik kampung. Nasib baik dia balik kampung lambat. Terima kasih banyak - banyak. Kalau tak beraya kat KL lah aku. Tak mau lah. Karang berdendang perantau lak.

Banyak kisah pasal aku nak balik kampung ni, terutamanya hari raya haji. Hari raya puasa tak jadi macam - macam pulak. Nanti aku cerita lah pasal kisah aku beraya nih. Boleh??

18 October 2011

Diskriminasi

Aku bukan nak bercakap pasal diskriminasi antara kaum. Isu tu dah lapuk, walaupun masih berterusan di mana - mana. Hatta di negara kita pun. Tapi ini pasal diskriminasi pangkat.

Perasan atau tidak, terutamanya di jabatan - jabatan kerajaan, sesiapa yang naik pangkat, contohnya dari N17 ke N22, cuba menjarakkan diri dari bergaul dengan orang yang berpangkat rendah. Padahal dulu dia berada di pangkat yang sama.


Tiba - tiba ada perasaan angkuh dengan pangkat, dan rasa hanya layak bergaul dengan orang sepangkat atau lebih. Malah kawan baik yang dulu sama pangkat pun dah tak ditegur. Nampak ketara sangat. Cara percakapan pun dah berubah. Tak boleh lagi gelak ketawa sama - sama. Semua tu rezeki masing - masing.

Tahu memang kena ada jarak dengan orang bawahan, tapi biarlah hanya di pejabat saja. Di luar pejabat, buatlah macam biasa. Ini pandang sebelah mata pun tak. Layan endah tak endah je.

Ingatlah, semua tu dunia je. Harta dan pangkat takkan bawa ke mati.

p/s: mode tak puas hati....;p

14 October 2011

Bila Ikhlas Memberi

Bila difikir - fikir balik, dah lama aku tak bersedekah.

Hanya bersedekah pada tabung masjid. Kalau pada individu, mungkin boleh di bilang. Niat nak bersedekah sentiasa ada. Tapi akal jahat kata, "tak usahlah beri, diorang lagi banyak duit dari ko". Terus tak jadi nak bersedekah.


Lama dulu, bila tengok ada orang meminta sedekah, laju je tangan menghulur seringgit dua. Tapi lama - kelamaan, tinggal di ibukota dan kenal macam ragam. Baru tahu tak semua yang meminta sedekah tu betul - betul dalam kesusahan.

Kebanyakkannya semua di bawah sindiket. Dan ada juga yang meminta - minta bukan nak beli makanan tapi nak beli dadah. Jadi aku dah kurang nak memberi.

Memang ada yang kata, tak kisahlah diorang nak buat apa pun dengan duit tu. Kita dah sedekah, pandai - pandai dioranglah.

Bagi aku, bila sedekah kita di salahguna, rasa ralat. Dan malas dah nak membantu. Baik bagi pada saudara - mara yang betul - betul susah. Sekurang - kurangnya kita tahu diorang memang susah dan dapat ringankan beban.

Dapat membantu yang betul - betul susah, baru terasa apa yang diberi berbaloi. Walaupun sedikit, janji ikhlas.


"Fitik"

Hari ni kena "fitik". Aku pun tak tau "fitik" tu apa sebenarnya. Dalam bahasa Inggeris pun tak de istilah "Fitik".

Tapi mengikut kefahaman orang - orang yang bekerja dengan PDRM, "Fitik" tu sama dengan acara bergotong - royong atau mengemas.

Jadi aku terlibat dengan "fitik" la hari ni. Tak tahulah sempena majlis apa. Adalah kena mengemas apa yang patut.


Selalunya kalau tak cukup orang, memang aku akan terlibat jugak. Tapi tengok tadi macam ramai je orang.

Dulu masa operasi "5S" pun, ramai je orang pejabat ni terlibat. Gotong - royong kemas dan buang apa yang patut kat pejabat ni. Aku pun apa lagi, ambil kesempatan lah buang mana yang tak penting. Bila lagi kan?

Bagus jugak gotong - royong aka "fitik" ni. Nampak lah kemas sikit meja, kalau tak dah macam sarang tikus.

11 October 2011

10 Cara Anda Tahu Anak Anda Bakal Pekerja Microsoft Corp.

Kalau ada anak, mesti setiap ibubapa membayangkan anak - anak bila dah besar nanti akan kerja apa. Kebanyakkan ibubapa mengharapkan anak - anak supaya ikut jejak langkah mereka.

Tak kurang jugak nak anak mereka kejar impian ibubapa yang tak tercapai dan berharap supaya anak - anak dapat capai impian mereka sendiri.


Macam mana kalau kita nak tahu kecenderungan anak - anak bila dah besar nanti. Kat sini aku kongsi macam mana nak tahu anak - anak kita bakal bekerja di Microsoft Corp. Syarikat terkemuka dunia:

  1. Mereka lebih menyukai Windows.com dari Disney.com
  2. Mereka lebih suka make over avatar mereka dalam Xbox dari diri mereka sendiri.
  3. Mereka menggunakan Microsoft Powerpoint untuk beritahu mereka ada mainan baru.
  4. Sejak bayi lagi mereka suka Microsoft Arc Touch Mouse daripada botol susu.
  5. Mereka lebih suka Internet Explorer dari Dora The Explorer.
  6. Lebih suka berjumpa kawan melalui Video Chat Messenger di dalam PC mereka.
  7. Mesti dengar bunyi Windows Start ketika hendak tidur.
  8. Berlari keliling rumah sambil menjerit "Developers! Developers! Developers!".
  9. Menggunakan Bing untuk buat kerja rumah Matematik mereka dari menggunakan kalkulator.
  10. Menukar Windows 7 theme anda kepada Justin Bieber.


Ini hanya main - main je, tapi kalau betul mungkin boleh galakkan mereka. Mana tahu, kerja dengan Microsoft betul - betul. Boleh kaya tu.

p/s: maaf kalau salah terjemahan, yang asal sila klik sini.

07 October 2011

Belanjawan 2012: Berita Gembira Untuk Penjawat Awam?

Pembentangan bajet untuk 2012 baru saja dibentang oleh PM kita. Aku pun tunggu jugak depan TV kat pejabat tu. Mana tahu kan kot - kot ada khabar gembira.

Rupa - rupanya memang ada. Memang terbaiklah, mesti ada berita gembira untuk penjawat awam. Bagi yang kerja swasta dan kerja sendiri, jangan pulak cemburu dengan penjawat awam. Sebab kalau nak dibandingkan gaji penjawat awam dengan pekerja swasta bagi tugas yang sama, amatlah jauh jurang perbezaannya.

ihsan TV3

Oklah, aku nak bagi pendapat bagi berita - berita tentang belanjawan yang aku suka nak dengar.


#Bonus setengah bulan gaji.
Pendapat aku, memang patut bagi. Kalau tak silap aku, bonus tak diberi lagi. Sebab selama ni, selalu bagi sagu hati je. Bonus setengah bulan gaji pun dah kira bersyukur dah. Kalau kerja swasta bonus 2,3 bulan gaji. Memang masyuklah kalau kerja swasta. Tapi itupun berdasarkan prestasi syarikat. Penjawat awam, ikut belas ihsan kerajaan je lah.

#Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Pendapat aku, setuju. Disebabkan PTK dah dimansuhkan, jadi pergerakan tangga gaji secara berlapis - lapis boleh dimansuhkan dan digantikan dengan sistem baru, iaitu SBPA. (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam). Ikut pemahaman aku, gaji tahunan akan naik sehingga maksimum ikut gred. Lebih kurang macam takde gaji matilah, senang cakap. Oklah, dari tiap tahun naik RM50 je. Cukup 2 tahun servis baru RM100.

#Umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun. 
Pendapat aku, yang ni matilah nak tunggu sampai 60 tahun. Tak tau macam mana keadaan aku bila dah 60 tahun nanti. Naik motor nak pergi kerja pun dah tak larat kot. Dalam seminggu kerja, sehari je kerja, hari lain MC je memanjang. Yelah, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis menyerang dalam umur macam tu. Tak dapat nak bayangkan.

06 October 2011

R.I.P Steve Jobs

Steven Paul "Steve" Jobs pengasas bersama Apple Inc. telah meninggal pada 5 Oktober 2011 pada 7.45 malam waktu US ketika berumur 56 tahun, akibat pelbagai masalah kesihatan yang dihidapinya semenjak didiagnosis mengidap kanser pankreas pada pertengahan 2004.

"Kami dengan dukacitanya ingin memberitahu bahawa Steve telah meninggal hari ini", kata jurucakap Syarikat Apple hari ini.

"Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve adalah sumber inovasi yang tidak terkira dalam memudahkan dan meningkatkan kualiti hidup kita" katanya.

"Dunia menjadi lebih baik dengan adanya Steve", kata jurucakap itu lagi. Apple juga menyiarkan gambar Steve Jobs di laman web mereka.

Steve Jobs meninggalkan seorang balu dan empat anaknya bersama 49 000 pekerja Syarikat Apple.


berita lanjut di sini dan di sini.

p/s: Walaupun aku bukan peminat barangan Apple, tetapi kreativiti Steve Jobs dan idea dia sangat aku kagumi. Segala ciptaan dan inovasinya akan dikenang oleh setiap pengguna Apple...;P

05 October 2011

iPhone 4S

Pada 5 Oktober 2011 pukul 1 pagi waktu Malaysia. Syarikat terkemuka dunia, Apple telah mengumumkan update kepada iPhone 4 iaitu iPhone 4S. Pada pelancarannya "Let's Talk iPhone", iPhone baru diumumkan oleh Timbalan Presiden Kanan Apple, Phill Schiller bukan oleh CEO Apple yang baru, Tim Cook.

Dalam pelancaran tersebut, iPhone baru, iPhone 4S, menyokong kedua - dua GSM dan CDMA. iPhone 4S didatangkan dengan tiga varian 64GB ($499), 32GB ($299) dan 16GB ($199) dan didatangkan dengan warna hitam dan putih. Harga iPhone ini sama dengan harga iPhone 4 pada tahun lepas.

Rekabentuk telefon masih sama dengan iPhone 4, tetapi iPhone 4S ini menggunakan A5 cip pemproses dwi-teras yang mana mampu menjalankan grafik tujuh kali lebih laju dari iPhone 4. Masalah antena pada iPhone 4 juga diatasi dengan memperkenalkan  pita keluli yang dapat meningkatkan kualiti panggilan.

Selain itu, iPhone 4S juga memperkenalkan "Siri". Iaitu arahan melalui suara. Contohnya, jika anda bertanyakan waktu di Kuala Lumpur, "Siri" akan menunjukkan kepada anda waktu - waktu di dunia. Sama juga jika anda ingin membaca mesej. Ia akan membacakan mesej kepada anda. Ia hanya didatangkan dengan iOS 5, jadi "Siri" hanya terdapat di dalam iPhone 4S.

Apple juga menaik taraf kameranya dengan 8 megapiksel, sensornya juga dinaik taraf dengan pencahayaan lampu latar dan juga pengesanan muka. Untuk mula mengambil gambar, hanya 1.1 saat diperlukan dan setengah saat diperlukan untuk gambar yang kedua.

Ketahanan bateri juga dinaik taraf dengan 8 jam masa berbual untuk 3G, 14 jam masa berbual dengan 2G, 6 jam video call dan 9 jam untuk WiFi. 4S juga menyokong kelajuan data 14.4Mbps HSPA untuk melayari internet, peningkatan dari 7.2 Mbps dari iPhone 4.

Tempahan awal dibuat pada 7 Oktober untuk negara - negara - US, UK, Australia, Kanada, Peranncis, Jerman dan Jepun. 22 negara lain akan menerima iPhone 4S pada 28 Oktober dengan Singapura salah satu negara tersebut. Malaysia dijangka pada hujung tahun ini.


p/s: kalau tanya aku, aku tak minat pun nak beli. Just nak review apa yang lain dalam iPhone ni...:p

World Teachers' Day

Seperti semua sedia maklum Hari Guru di Malaysia jatuh pada 16 Mei. Tetapi tahukah korang Hari Guru Sedunia jatuh pada hari ini yakni 5 Oktober.


Hari Guru Sedunia diraikan semenjak tahun 1994, untuk memperingati Pertubuhan Perguruan di seluruh dunia. Tujuan Hari Guru Sedunia diadakan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan penghormatan kerjaya perguruan. Ini selaras dengan kehendak UNESCO untuk meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan kepada kanak - kanak.

Kenapa 16 Mei di pilih sebagai Hari Guru di Malaysia?. Mengikut fakta sejarah, pada tahun 1956, Majlis Undang - undang Persekutuan Tanah Melayu, telah menerima cadangan - cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pendidikan Negara pada 16 Mei 1956.

Laporan tersebut di kenali sebagai Laporan Razak kerana Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.

Jadi dah tahu kenapa Hari Guru adalah pada tarikh - tarikh tersebut. Jadi aku nak mengucapkan "SELAMAT HARI GURU SEDUNIA" kepada semua guru - guru di Malaysia.

02 October 2011

Bila Budak - Budak Menjawab

Dah lama tak update blog. Dah masuk bulan Oktober dah pun. Sekejap je dah nak masuk 2012. Tunggu - tunggu gak jadi ke apa yang orang putih bayangkan bencana yang berlaku.

Saja je nak tengok walaupun aku tau takkan terjadi punya. Khayalan mat saleh je lebih. Konon ramalan dari kalendar kaum Mayan.
Bukan yang tu nak cerita sebenarnya. Pasal budak - budak zaman sekarang. Cerdik terlebih tak padan dengan umur.

Bukan apa. Kat rumah aku ni boleh dengar suara - suara jiran sebelah menyebelah. Almaklumlah rumah flat. Dinding pun flat je, kalau kentut pun dengar rasanya.

Kat kawasan ruamah aku ni, adalah keluarga rumah bawah sekali, tapi blok lain, boleh dengar suara maknya memekik nama anak panggil balik makan. Maknya panggil nama je. Mungkin panggil dua tiga kali tak bersahut. Maknya pun jerit panggil sampai nak pecah anak tekak.

Anaknya baru sahut. Itupun siap cakap lagi "orang taulah nak makan, tak mati pun kalau tak makan sehari". Lebih kurang gitulah dialog anaknya.

Aku ingat anaknya dah sekolah menengah, rupanya baru darjah satu atau dua kot. Menyirap je aku dengar. Kalau aku cakap gitu masa kecik dulu, dah kena rotan 5,6 das. Mana boleh cakap camtu kat orang tua.

Tapi yang ni aku dengar maknya bebel je, pastu anak dia menjawab lagi. Tak dengarlah apa dia cakap lepas tu. Tak taulah mak dia bagi sedas ke tak. Macam tak.
Dahsyat betullah budak zaman sekarang. kecik - kecik dah pandai menjawab. Tak tau besar esok macam mana.

Ni mesti pengaruh TV, pastu banyak pulak cerita merepek kat TV. Budak - budak senang mengikut. Agak - agaklah TV nak tayang cerita pun.

Satu lagi cara didikan, mungkin dah terbiasa tengok orang cakap macam tu, jadi budak - budak ikutlah.

Aku tak boleh komen panjang - panjang sebab belum kahwin, tapi renung - renungkanlah hadis ni.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).