01 September 2011

Oh Raya

Hari ni hari raya yang ketiga. Baru terasa nak update blog, setelah sampai ke kampung. Bukan apa, saja je angin malas datang. Nak buat apa pun malas. Hanya kemas - kemas rumah apa yang patut untuk sambut raya.

Bila dah masuk hari yang ketiga ni, dah ada yang mula berpuasa enam. Di Kelantan ni, tu perkara normal, sebab kalau hari raya Aidilfitri ni kurang sikit nak disambutnya. Hanya beraya dengan keluarga, saudara mara dan rakan terdekat je.

Kalau hari raya Aidiladha lagi meriah. Sampaikan tok imam kat masjid aku ni pun tersasul sebut hari raya aidiladha masa nak sembahyang sunat aidilfitri.

Itu kalau di daerah kampung aku, kalau di Kota Bharu, orang katalah, lagi meriah sebab KB kan lagi ramai perantau. Orang dari lain - lain daerah pun pergi ke KB. Jadi tak hairanlah kalau lagi meriah, kan?

Gambar hiasan - bukan kampung aku...hehe

Jiwa aku meronta sebenarnya nak pergi beraya di Baling, Kedah. Sebab aku bersekolah di sana sampai habis sekolah, jadi ramailah kawan - kawan aku kat sana. Kalau kat Kelantan, walaupun kampung aku, tak terasa sangat. Aku rela beraya di kampung orang.

Jangan salah faham, kalau beraya ni, seronok jumpa kawan - kawan lama. Sembang pasal kisah - kisah lama. Tengok kawan - kawan yang dah beranak pinak. Baru terasa raya. Tapi redha je la. Terima apa yang ada.

Mungkin satu hari nanti, aku akan ketemu juga kawan - kawan lama aku. Insyaallah.....;p

No comments:

Post a Comment