28 September 2011

PM Suka Makan Apa???

Mungkin ramai antara kita yang tak tahu menu kesukaan Perdana Menteri kita. Walaupun terdapat ramai chef - chef yang bersedia memasak menu kesukaan mereka.


Tak salah untuk kita tahu, biar tak masuk dalam exam pun. Cuma nak berkongsi fakta.


Tunku Abdul Rahman Putra
Daging lembu panggang dengan puding Yorkshire, steamboat cina, ayam golek dan daging bakar air asam


Tun Abdul Razak Hussein
Kari ikan patin, daging lembu panggang dengan sos lada hitam sarawak, nasi tomato dengan ayam kurma, asam pedas ikan, kuzi ayam, agar - agar, sambal lada hijau, otak - otak, puding Yorkshire dan puding mentega.

Tun Hussein Onn
Roti perancis dengan sos kacang, pai ayam, laksa Johor dan nasi pilau ayam


Tun Dr Mahathir Mohamad
Kari ketam, daging lembu dengan sos lada hitam dan nasi daging


Tun Abdullah Ahmad Badawi
Udang goreng, nasi tomato, laksa, kuih ketayap inti kelapa, pulut seri muka, kuih talam, dadih dan kuih gedung chak.


Dato' Sri Najib Tun Razak
Roti canai, sambal tumis telur, ikan patin masak tempoyak cili padi

Wordless Wednesday #5


A Picture Is Worth A Thousand Words


kredit to Shahrul


Template Baru Blogger

Baru - baru ni, Google melalui blognya Blogger Buzz memperkenalkan tujuh template baru yang terdapat di dalam pilihan Dynamic Views.


Antara pilihan yang terdapat dalam Dynamic Views adalah "Classic", "Sidebar", "Flipcard", "Magazine", "Mosaic", "Snapshot", dan "Timeslide".

Dengan Dynamic Views, anda boleh lihat entri - entri lama bila anda skrol sampai ke bawah dengan tiada lagi fungsi "older post".

Selain itu, blog juga kelihatan kemas dengan gambar yang akan loading bila anda skrol, dan nama penulis, tarikh dan label di bawah setiap entri. Loading pada blog anda juga 40% lebih cepat.

Dalam Dynamic Views juga, pelawat yang melawat blog anda boleh memilih template yang disukai untuk membaca entri anda. Dengan hanya klik pada tab di sebelah kiri blog anda.

Anda masih lagi boleh customize blog anda, seperti menambah header dan ubah warna blog anda. Akan datang Blogger akan menambah fungsi customize pada blog. Tetapi butang follower dan widget - widget yang lain tiada di dalam template yang baru ini.

Jadi sesiapa yang berminat bolehlah cuba. Hanya log in ke blog, pergi ke Template dan pilih Dynamic Views.




27 September 2011

Bila Nak Bersara Ni....

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berharap umur persaraan untuk pekerja sektor swasta ditambah dari 55 tahun ke 60 tahun.


Tak dapat dibayangkan kalau orang - orang veteran bekerja di kaunter - kaunter. Umur persaraan ke 58 tahun untuk kakitangan kerajaan pun dah rasa terbeban.

Sebab peluang untuk pekerja - pekerja lain untuk naik pangkat akan berkurang. Tapi benda ni takkan terjadi di sektor swasta, sebab kenaikan pangkat berdasarkan prestasi. Siapa prestasi cemerlang dapatlah naik pangkat.

Bukan nak mempertikai orang lama tak boleh buat kerja, tapi rasanya umur - umur veteran dah tiba masa untuk tumpu pada ibadat je sekarang. Kalau aku la kan, suka je kalau boleh pencen. Janji dah cukup servis dan khidmat pada syarikat dan jabatan.

Tak nak dah tensen - tensen dan pening kepala bila dah tua - tua nanti. Cukup - cukuplah masa muda je cari duit.

Berita lanjut boleh baca disini.

26 September 2011

Sekitar Jamuan Raya

Dua tiga hari ni agak malas sibuk, jadi layanlah dulu gambar sempena sambutan hari raya jabatan.

Antara staf D2

Menghias bilik jamuan


Antara hidangan

Lagi hidangan

Tugas menghidang tentulah kaum wanita yang buat

Nasi himpit dan rendang

Pakaian mengikut tema: Kump.Kuning

Kump. Merah

Kump. Coklat.

22 September 2011

Nak Raya Lagi....

Dengan berbaki beberapa hari lagi di bulan Syawal, Alhamdulilah aku dah hampir selesai untuk menunaikan ibadah Puasa Sunat Enam Syawal.



Mungkin orang lain dah lama selesai puasa enam, aku mula pada minggu kedua Syawal. Jadi agak lewat la nak menghabiskan puasa di bulan Syawal.

Tapi takpe, kebetulan ofis aku akan mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat pejabat. Jadi kebetulan pulak aku habis puasa enam. Secara tak langsung, aku sambut hari raya berserta majlis hari raya. Untung aku dapat beraya lagi sekali.

Lagipun, Syawal kan sebulan. Kalau tak buat majlis, aku memang berniat nak buat sesuatu. Tapi tak pe lah, tahun depan. Insyaallah.

Kepada yang masih berpuasa tu, teruskanlah dan selamat berpuasa. Bagi yang berniat nak puasa tu, dah tak sempat rasanya. Cuba lagi tahun depan. Jika diizinkan.


Sebelum tu aku nak berkongsi satu artikel dari ILuvIslam.com. Renung - renungkan dan selamat beramal.

21 September 2011

Bola Sepak Malaysia?? No komen!!!

Reaksi pertama kawan - kawan aku bila tengah rancak bersembang pasal pasukan bola sepak antarabangsa dan kelab - kelab liga Eropah.

Kebanyakkannya hanya melepaskan keluhan bila bercakap sama ada pasukan Malaysia ada peluang untuk peringkat seterusnya, tak kira sama ada peringkat Olimpik atau Piala dunia.

Malaysia VS Jepun

Seperti yang berlaku pada peringkat kelayakkan Olimpik menentang pasukan Jepun. Dengan kekalahan 2 - 0 di tangan jepun menunjukkan sesuatu kepada peminat bola sepak.

Persiapan pasukan Malaysia tak ada cacat celanya. Dengan persiapan pasukan Malaysia berlatih sejak Ramadhan di Eropah. Dan juga pemain - pemain yang disenaraikan pula langsung tak boleh diusik oleh pasukan negeri masing - masing untuk bermain dalam Piala Malaysia. Sepatutnya ada sesuatu yang boleh diharapkan pada pasukan kita. Sekurang - kurangnya berbaloi dengan wang yang diperuntukkan.


Skuad Harimau Muda


Dalam perlawanan kelayakkan Olimpik menentang Jepun, nampak seperti Khairul Fahmi yang berhempas pulas menjaga gawang Malaysia. Pemain lain? Entah la.


Bola sepak dah menjadi sukan nombor satu di Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa, Malaysia entah di berapa ratus dalam senarai. Hanya sekadar pasukan belasahan. 


Nampak gaya seperti kena cari acara sukan yang baru, yang berpotensi akan mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia. Selain badminton dan bola sepak. 


Squash kita dah hebat, tapi sayang tak tersenarai dalam Olimpik. Kalau tidak sah - sah, satu pingat emas dalam tangan. 


Takraw kita yang perkenalkan di peringkat antarabangsa, tetapi nampak seperti kita akan ketinggalan. Jadi apa nak buat. Hanya pihak yang berkenaan yang boleh jawab.


Semua ni hanya kemusykilan yang bermain di fikiran bila bercakap pasal bola sepak Malaysia. Takkan kita selamanya nak jadi "Jaguh Kampung".




p/s: Tak berniat nak buat kontroversi, hanya kecewa Malaysia kalah LAGI.

Seks Liar?? OMG!!!

Entri setelah lama tak update....Kita mulakan dengan entri ilmiah...;p
OMG!!!

Orang utan, jantan dan betina merangsang dirinya dengan alat seks yang dibuat dari daun atau ranting. Orang utan betina juga menarik perhatian pasangannya dengan bergayut pada tiang dahan di atas kepala si jantan untuk menayang alat kelaminnya pada si jantan.


Lalat mata bertangkai (stalk-eyed fly) betina berhubungan seksual dengan banyak pasangan dan paling tertarik dengan jantan yang tangkai matanya amat panjang sehingga matanya kelihatan terpisah jauh berbanding dengan panjang badannya.


Tapir bersama pasangan berhubungan dengan saling mengelilingi, dengan hidung dihala ke buntut pasangan, sambil menggigit - gigit kaki dan bahagian bawah buntut pasangan. Perbuatan ini biasanya diiringi muzik bunyi dengus dan klik, selain cicip dan siul nyaring. Persetubuhan dilakukan di atas tanah atau di dalam air.


kredit to "Malaysia At Random"

07 September 2011

Undangan Open House

Memandangkan minggu ni, minggu pertama setelah bercuti beraya di kampung. Jadi kebanyakkan warga kota mengambil kesempatan untuk menjemput rakan taulan dan sahabat handai untuk beraya cara orang bandar pula.

Masing - masing dah bercadang nak mengadakan Open House atau Rumah Terbuka pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Syawal.


Kecuali aku, aku hanya bercadang nak memenuhi undangan saja. Takkan nak buat open house jugak. Almaklumlah, masih bujang dan tak berapa pandai memasak, kecuali mee maggi dan goreng telur. Kalau sudi jamah hidangan tu, jemputlah ke rumah...;p

Di pejabat aku, agak kedengaran dah siapa yang nak buat open house. Kami yang bujang - bujang tumpang makan je la.


Bukan tak pernah terlintas nak buat open house sendiri, tapi biarlah dulu. Bila dah ada rumah sendiri a.k.a kahwin...hehehe

Jadi buat sementara waktu ni, pergilah dulu memenuhi undangan rumah terbuka orang lain, orang dah ajak takkan tak pergi kan??

04 September 2011

Menuju Destinasi

Tajuk dah macam tajuk lagu Dato Siti. Bersesuaian dengan keadaan aku sekarang. Pertama kali aku update blog dalam bas menggunakan laptop. Pening kepala sebab asyik goyang - goyang je. Kalau ada typo tu maafkanlah. Kuat sangat gegarnya.

Tengok orang update guna handphone, jeles gak la. Nak buat macam mana kan, handphone tak canggih macam orang lain. Redha je lah.

Apapun sekarang aku dalam perjalanan pulang ke ibukota. Esok aku masih bercuti disebabkan aku kena uruskan beberapa hal.

Gambar dalam bas - sebab tu gelap...;p

Harap - harap jalan tak sesak hari ni. Kalau tak perjalanan yang selalunya sampai sebelum subuh, akan sampai pada paginya. Kalau tengok dari dalam bas macam tak sesak. Tapi tak tahulah kalau kat Bentong atau Karak nanti.

Oklah aku pun dah pening ni. Insyaallah akan sampai esok pagi. Doakan perjalanan selamat sampai ke destinasi.

Dan kepada pengguna jalanraya yang lain selamat sampai ke destinasi juga dan berhati - hati di jalan raya.

p/s: aku naik bas, jadi kalau rasa bas terlebih laju aku ketuk je kepala drebar bas tu...;p

01 September 2011

Oh Raya

Hari ni hari raya yang ketiga. Baru terasa nak update blog, setelah sampai ke kampung. Bukan apa, saja je angin malas datang. Nak buat apa pun malas. Hanya kemas - kemas rumah apa yang patut untuk sambut raya.

Bila dah masuk hari yang ketiga ni, dah ada yang mula berpuasa enam. Di Kelantan ni, tu perkara normal, sebab kalau hari raya Aidilfitri ni kurang sikit nak disambutnya. Hanya beraya dengan keluarga, saudara mara dan rakan terdekat je.

Kalau hari raya Aidiladha lagi meriah. Sampaikan tok imam kat masjid aku ni pun tersasul sebut hari raya aidiladha masa nak sembahyang sunat aidilfitri.

Itu kalau di daerah kampung aku, kalau di Kota Bharu, orang katalah, lagi meriah sebab KB kan lagi ramai perantau. Orang dari lain - lain daerah pun pergi ke KB. Jadi tak hairanlah kalau lagi meriah, kan?

Gambar hiasan - bukan kampung aku...hehe

Jiwa aku meronta sebenarnya nak pergi beraya di Baling, Kedah. Sebab aku bersekolah di sana sampai habis sekolah, jadi ramailah kawan - kawan aku kat sana. Kalau kat Kelantan, walaupun kampung aku, tak terasa sangat. Aku rela beraya di kampung orang.

Jangan salah faham, kalau beraya ni, seronok jumpa kawan - kawan lama. Sembang pasal kisah - kisah lama. Tengok kawan - kawan yang dah beranak pinak. Baru terasa raya. Tapi redha je la. Terima apa yang ada.

Mungkin satu hari nanti, aku akan ketemu juga kawan - kawan lama aku. Insyaallah.....;p