01 August 2011

Peribahasa: Episod 2

Dah lama tak ada sambungan peribahasa. Ok ni sambungan untuk segmen peribahasa. Sila lihat Peribahasa: Episod 1 untuk peribahasa yang lepas.


Arang didahi : aib yang menimpa diri

Asal ada, kecil pun pada : kalau tidak mendapat banyak, sedikit pun cukuplah

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke perlimbahan : tabiat yang sukar atau tidak mungkin berubah

Asal berinsang, ikanlah : seseorang yang tidak pemilih atau tidak cerewet

Asyik memangku tangan, mati dalam angan - angan : sesuatu maksud dan tujuan tidak akan tercapai kalau tidak diusahakan

Atur hidung : menurut sahaja setiap arahan yang diberikan

Aur ditarik songsang : sesuatu pekerjaan yang sulit atau kurang teratur itu amat susah disempurnakan

Awak menangis diberi pisang : pujukan yang kena pada tempatnya

Ayam baru belajar berkokok : baru cukup umur

Ayam berlaga sekandang : berkelahi dengan orang - orang serumah

Ayam bertanda : seseorang yang berasal daripada keturunan yang gagah berani

Ayam jalak : orang yang berani

Bacang dibungkus baunya keluar juga : menyimpan rahsia yang tekah diketahui umum

Bacar mulut : mulut celupar; suka menuturkan kata - kata yang tidak elok

Bagai anak dara sudah berlaki : gadis yang pemalas, pengotor dan tidak pemalu

Bajak wangkang makan diangkat : amat suka dipuji

Bersuluh di tengah hari : perkara yang sudah jelas hendak dijelaskan lagi.

Beruk kena ipuh : menggeliat kerana kesakitan

Buntal kembung, perut buncit didalam kosong : bodoh sombong tetapi selalu bercakap besar.

Bersambung.......

1 comment: