03 August 2011

Beribu Bapa Sebulan

Sudah tiga hari berpuasa. Sebagai orang bujang teringat - ingat kenangan berpuasa di kampung masa kecil - kecil dulu. Berbuka bersama keluarga.

Alhamdulilah aku masih ada ibu bapa. Dapat juga merasa juadah sahur dan berbuka yang dimasak oleh emak.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita. Ni cerita pasal syarikat - syarikat besar dan artis - artis yang ghairah buat amal dengan menjemput anak - anak yatim berbuka puasa.

Untung jadi anak - anak yatim. Berbuka puasa selalunya di hotel - hotel. Disamping dapat duit raya dan dapat juga ganjaran yang lain.




Malangnya jadi anak yatim, mereka diingati hanya pada bulan Ramadhan. Tamat bulan Ramadhan, mereka mula dilupakan. Jadi tanggungjawab sosial syarikat - syarikat besar dan artis - artis hanya pada bulan Ramadhan. Bulan mengejar ganjaran pahala.

Tapi takkan bermakna jika hanya mahukan perhatian dengan liputan besar - besaran dalam surat khabar dan televisyen.

Segala majlis - majlis ni hanya untuk memenuhi kalendar syarikat tanpa rasa benar - benar ikhlas. Dah menjadi adat apabila majlis sebegini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan.

Rasanya lebih baik duit yang digunakan untuk majlis begini diberikan kepada rumah anak - anak yatim. Sekurang- kurangnya dapat mereka menggunakan duit tersebut untuk membeli barang keperluan.

Kasihan, beribu bapa sebulan, yatim 11 bulan.


p/s: Terima kasih Abu Saif atas tulisan yang membina.

No comments:

Post a Comment