27 August 2011

Selamat Sampai

Alhamdulilah, setelah kelam kabut nak berkejaran ke stesen bas. Akhirnya aku selamat sampai ke kampung halaman.

Dapat naik bas 2 tingkat, tapi seat nun di belakang. Tak kisahlah janji boleh balik kampung. Yang hairannya, kenapa ada seat yang banyak kosong, nak kata ada orang naik kemudian, takde pun. Ke ada orang batal last minute. Kalau tak nak naik bas, tak payahlah beli tiket. Tak pasal - pasal, tiket bas habis. *mood geram sebab tak dapat tidur dengan tenang dan tak selesa.*

Dalam perjalanan pun, jalan sesak dengan kereta. Aku sampai pun dalam pukul 10 pagi, selalunya subuh - subuh dah sampai kat kampung.


Ok, cukuplah bebel. Janji aku dah selamat sampai kat kampung.

Kepada perantau - perantau yang dalam perjalanan dan yang akan balik, selamat pulang ke kampung dan berhati - hati di jalanraya.

Pesanan ikhlas dari yang ikhlas....;p

26 August 2011

Terima Kasih Bos!!!

Hari ni dapat kebenaran untuk balik awal. Semua pakat - pakat dah malas nak kerja dua, tiga hari ni. Yang mana kerja patut dibereskan sebelum bercuti dah pun siap.

Harap - harap tak de la 'on call' dalam cuti raya ni. Tak sabar nak jumpa orang tua sebenarnya, raya tak lah sangat. Raya untuk budak - budak je. Dah tua - tua ni, *tua ke??*. Tak terasa sangat nak beraya.

Rancangan kalau balik awal ni, ingat nak membeli - belah yang terakhir. Kat kampung ada lagi nak membeli belah. Dahsyat betul shopping raya untuk tahun ni....;p

Duit raya dari bos??...Takde la nampaknya. Tengok rakan - rakan jabatan lain, seronok je bos bagi duit raya.
Jeles? Tak la...Saja je..

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF DIPINTA ANDAI ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP LAKU, DAN TERASA DIHATI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.












Collection From yummyflashy.blogspot.com


25 August 2011

Jom Balik Kampung Ikut Jadual

PLUS Expressway Berhad telah mengeluarkan jadual perjalanan balik kampung bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan.

Jadual ini sebagai panduan kepada pengguna untuk merancang perjalanan supaya dapat mengelakkan kesesakkan di lebuhraya.

Sila klik gambar

Satu kelainan yang terdapat pada jadual ini berbanding tahun - tahun sebelumnya ialah, dengan adanya masa - masa bertolak untuk no plat kereta genap dan ganjil.

PLUS mencadangkan no plat kereta yang berakhir dengan nombor genap iaitu 2,4,6,8, bertolak pada setiap jam genap. Manakala no plat kereta berakhir dengan nombor ganjil bertolak pada setiap jam ganjil.

Hurrmm...Ada kemusykilan di situ. Kalau nombor plat berakhir dengan nombor kosong (0). Bila nak bertolaknya. 0 bukan ganjil atau genap. Pelik - pelik.

p/s: Takde maknanya orang nak ikut. Percaya la cakap den...;p

24 August 2011

Dah Join Google+!!!

Sana sini orang sibuk cerita pasal Google+ pesaing kepada Facebook. Sebenarnya aku pun dah berjaya ada akaun Google+. Walaupun aku ada akaun Google+, aku masih tak reti nak godek - godek Google+ ni.

Tak tau nak klik apa sangat. Fungsi circle2 tu pun aku tak berapa tau. Jadi sapa yang berminat, boleh join aku dengan hanya klik pada gambar dibawah. Terhad kepada 150 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat.


Untuk pengetahuan Google+ ni pun ada blognya tersendiri. Blog Google+ ni khusus untuk mengajar beginner macam aku ni. Jadi kalau tak reti pasal Google+ ni, rujuk blog Google+. Jangan tanya aku. Aku pun tak reti..Kuikuikui


p/s: sesambil klik gambar tu, klik la sekali iklan nuffnang. Anggap je macam duit raya bagi kat aku...;p

22 August 2011

Perhatian!!! Para Perantau

Kepada semua para perantau. Satu peringatan khas aku nak maklumkan. Selalunya, benda ni hanya sesetengah orang yang amalkan.

Adakah korang pasti dengan keselamatan rumah korang ketika korang tinggalkan rumah korang untuk balik kampung?. Adakah korang maklumkan kepada jiran korang korang tiada di rumah?. Adakah korang maklumkan kepada polis korang tiada di rumah?

Kalau jawapannya ya. Tahniah. Korang memang bagus dalam memastikan keselamatan rumah korang.


Ini sebahagian langkah - langkah keselamatan sebelum pulang berhari raya:-

  1. Pasangkan kunci tambahan pada pintu dan gril rumah, seperti rantai besi dan mangga tambahan.
  2. Jika berkemampuan, pasang penggera keselamatan pada rumah.
  3. Jangan tinggalkan nota mengatakan "SAYA TAK DE KAT RUMAH SEKARANG", ini seolah - olah korang kata "BOLEHLAH ROMPAK RUMAH SAYA"....'p
  4. Pasang/nyalakan lampu bila keluar dari rumah, kalau mampu pasang 'timer' atau pemasa pada lampu untuk menunjukkan seolah - olah korang ada di rumah.

Selain itu, pihak polis ada menyediakan borang maklumat balik kampung. Boleh diisi untuk pengetahuan pihak polis supaya senang dihubungi.




Minggu Last

Yeaa, tak lama dah. Minggu ni, minggu last kerja sebelum bercuti. Segala kerja yang patut dibereskan sebelum raya, kena siap minggu ni jugak.

Kerja - kerja jugak, shopping mesti pergi. Tengahari, bolehlah ambil masa pergi cari barang lagi. Sambil - sambil tu, menyibuk kat jalan TAR tu.

Masa ni la kita boleh tengok gelagat orang, terutamanya perempuan shopping last minute. Lagi seminggu raya, kira last minute jugak la.


Bila Ramadhan dah hampir ke penghujung, surau - surau dan masjid dah makin kurang jemaahnya. Ruginya kalau tak pergi terawih dalam malam last - last ni. Kalau tak nak pergi pun, boleh terawih kat rumah. Tapi kurang terasa la, kalau tak berjemaah.

Apa pun, minggu terakhir Ramadhan ni lah, terasa agak sibuk sikit. Dengan nak siapkan kerja sebelum bercuti, shopping barang mana yang tak cukup dan meningkatkan amalan di malam - malam terakhir...;p


19 August 2011

Apa Orang Lain Fikir Tentang Kita

Tajuk agak kontroversi. Tapi aku tak boleh abaikan apa yang orang lain fikir tentang kita. Bila difikir - fikirkan balik, hampir kesemuanya benar belaka.

Hati cuba berkata tidak, tapi otak mentafsir dan memikirkannya benar dan mengakuinya. Kalau tak percaya cuba baca.

----------------
What other races think about Malay?.


1. You MALAY call each other ‘BODOH’ for fun, and too ‘BODOH’ to realize it’s an offensive word.
2. You’re the LAZIEST person on God’s earth.
3. Always update with “lagu-lagu A-minor”, “lagu-lagu rindu” and “wayang hindustan”.
4. Always give a very long honourable speech start from Duli Yang Maha Mulia,Tan Sri, Puan Sri, YB-YB, Yang Berbahagia Datuk, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan Haji, Tuan Pengerusi Majlis.. and last sometime least….”rakyat jelata” sekalian…….”terlebih dahulu saya ingin membuka majlis dengan asalamualaikuwaramatulahiwabarakatuh……”
5. Many Malay ended at “pusat pemulihan dadah” for common drug abuse.
6. “Air sirap” is the cheapest drink you can afford.
7. You like to tease and act perverted when someone with sexual appeal passing by.
8. You self proclaimed from a superior race (Arabs).
9. You love to eat, especially FREE FOOD.
10. Malay favourite quote = REZEKI JANGAN DI TOLAK.
11. Malay least favourite word = JANJI MELAYU.
12. Your girls got a mouthfull of chicken’s ass (loudmouths).
13. You can’t stand it and always keep on staring at someone who are better dressing / looking rather than your back-dated looks.
14. You wear your shirt more than 4 times before wash it.
15. You feel it’s not right to eat first before everybody gets their meal (while your meal is getting cold).
16. You got that annoying habit of wanting people to acknowledge you.
17. You know for the fact that you are supersticious (bomohs and dukuns).
18. You know for the fact that Malay jokes are decently lame and you always force yourself to laugh when other malay joker telling their lame jokes.
19. You always try to take advantage on other people work.
20. You are trained to be a sweet talker.
21. You love to offer drinks to your boss while polishing his shoe (ampu, kipas) .
22. You always pick on juniors.
23. You don’t care if everyone in your class/office know for the fact that you are lazy.
24. You are very protective on your seniority.
25. You are quite a slow thinker.
26. You prefer to borrow people’s stuff rather than buy it, but hardly return it back.
27. You also always use others property without asking permission.
28. Many of you are not sincere when making friend with non-malays.
29. You always waste your time in the public phone talking about “janji-janji manis”, “omong- omong kosong”, “aku hidup dalam blues”, “Hindi superstar” and “cinta-sayang”. (these are direct quotes…)
30. Malay most popular ambition… * to the public = “ingin menjadi seorang insan yang berguna” * in reality = factory worker
31. Gossip are number 1 favourite past time.
32. Malay favourite magazine are URTV, Mangga, Jelita, Remaja and Variasari.
33. Mark as “bangsa pendengki” by other race in Malaysia.
34. When someone giving a speech, a Malay usually will nod their head (kepala terangguk-angguk) not to show that they understand, but just simply to act that they understand in a serious manner.
35. Deep in the eyes of Malay, the meaning of “TERSIPU-SIPU BAHASA” and “MALU-MALU KUCING” are….. * GREAT APPETITE WITH A VENGEANCE.
36. Malay got less friend from other races because… * Malay are too proud of their own language which makes them stuck-up * Malay also ignore that other etnic groups and foreign people are willing to learn to speak in Malay while got other knowledge in other language.
---------------- 

Jadi, apa pendapat korang?. Terus terang cakap, aku agak bersetuju. Jangan salah faham apa maksud aku. Cuba fikir dalam - dalam, ada tak yang sama. Ada kan?. Terutama generasi sekarang, termasuk aku. Aku mengaku..
Jadi, harus kita sama - sama baiki kelemahan diri. Biar apa yang orang lain fikir tu salah...

PEACE NO WAR...;p

Kredit to aSyrafi_newz

Keselamatan Facebook


Memandangkan terdapat ura - ura, Anonymous akan meng'hack' akaun Facebook 5hb November ni. Jadi sebagai pengguna kita harus berjaga - jaga terhadap kerahsiaan maklumat yang dikongsi di dalam Facebook.


Facebook telah mengambil langkah melalui Facebook Safety Centre, dengan melancarkan buku Panduan Keselamatan Dan Sekuriti untuk pengguna. Boleh di download di sini.

Biarpun dengan panduan yang diberi, dengan segala langkah keselamatan diambil, tak mustahil akaun Facebook kita akan dapat diceroboh juga. Sebagai pengguna, kita harus tahu maklumat yang mana harus dikongsi dan yang mana tidak.

Sepi Di Pejabat

Dah tengah hari, almaklumlah, hari Jumaat. Ibu - ibu, dan emak - emak semua dah pergi memenuhkan jalan TAR dan shopping kompleks.

Raya pun dah tak lama. Hanya tinggal seminggu lebih je lagi. Jadi ramailah ambik kesempataan nak shopping raya.

Aku?....biarlah kaum - kaum wanita je pergi shopping. Lagipun diorang ni kalau membeli tak nak kalah. Nanti tengoklah barang diorang membeli.

Kaum laki - laki, jangan gatal - gatal pergi shopping jugak. Kena solat Jumaat dulu, buat amalan banyak - banyak di bulan Ramadhan ni.


18 August 2011

Kena Asid...Tolong!!!!


Nampaknya lelaki pun tak selamat dah sekarang. Dalam berita hari ni, terpampang berita seorang lelaki terkena simbahan asid di Jalan Raja Laut, ketika menunggu kawan berhampiran tandas awam Wisma Bumi Raya.
Mangsa simbahan asid.

Kalau dalam 2,3 bulan yang lepas, hanya wanita yang kena. Sampai sekarang masih belum tertangkap suspek yang membuat onar.

Jadi aku nak kongsikan apa yang perlu dibuat jika terkena asid.
  1. Pastikan membawa sebotol air 1.5L,kerana air adalah bahan pelarut untuk mencairkan bahan kimia.
  2. Cuci bahagian badan yang terkena asid menggunakan air tersebut. Lagi bagus jika dapat guna air sebanyak mungkin. Ini dapat mengurangkan kesan asid.
  3. Jika berada berdekatan pili air, alirkan air selama 15 minit, lebih baik jika 30 minit.
  4. Jika ada bersama serbuk penaik, sodium bikarbonat, campurkan dengan air dan letakkan di kawasan yang terkena asid untuk meneutralkan kesan asid. Kerana sodium bikarbonat bersifat alkali. 
  5. Jika tiada air, lap kawasan yang terkena simbahan asid sebersih - bersihnya.

Ini adalah rawatan awal sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Lakaran suspek.

p/s: kalau dapat orang yang simbah tu, aku rendam ko dalam asid. 

17 August 2011

Alamak, Macam Mana Nih!!!

Hari ni dah mula dapat barang tempahan seperti biskut, kerepek, etc. Bila dah dapat semua order, ok lagi. Angkut satu - satu bawak balik.

Tapi bila dah kumpul - kumpul, terfikir pulak. "Aku naik bas, bukan naik kereta. Macam mana nak angkut ni? Ah, sudah".

Ni lah akibatnya, main pesan je. Tak terfikir langsung bab paling penting, bawak balik kampung. Biskut dah lima, enam jenis. Nasib boleh bayar semua barang - barang ni. Kalau tak, masak.

Nampak gayanya. Terpaksa kurangkan pakaian dalam beg. Bawak yang penting - penting je. Yang lain boleh beli kat kampung je. Biskut mesti bawak semua. Sapa nak makan kalau tinggal. Haisshh.

Ni lah akibat membeli tanpa merancang. Jangan ikut tabiat ni, ye adik - adik...;p


p/s: ada yang nak tolong hantar ke kampung??...;p

Persiapan Raya Yang Dah Selesai

Alhamdulilah, hari ni Hari Nuzul Al Quran. Hari turunnya al Quran kepada Rasulullah S.A.W dan disampaikan kepada umatnya.

Walaubagaimanapun, KL petang ni akan sangat sibuk, memandangkan negeri jiran KL, Selangor bercuti sempena Nuzul al Quran.

Negeri - negeri lain yang cuti, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Aku bagaimanapun bekerja di KL. Jadi kenalah kerja. Mulanya pellik jugak bila jalan agak kurang sesak berbanding biasa. Rupanya ada yang bercuti. Terima kasihlah.

Berkenaan persiapan raya aku, Alhamdulilah hampir 60% siap. Tinggal barang untuk keluarga di kampung. Yang mana barang yang tak sempat dibeli di sini, sambung beli di kampung. Kalau setakat lima, enam ratus, itu normal untuk dibelanjakan untuk raya.

Sekali sekala kan....Sekali sekala ni lah banyak yang termenung bila dah habis raya. hehehe





15 August 2011

Masuk Dah!!!

Entri ringkas:

Kakitangan kerajaan semua. Duit raya dah masuk. Sila periksa akaun masing - masing. Ngeee


Minimum RM500....jadilah dari takde langsung...;p

14 August 2011

Sihat Dengan Berpuasa

Tak dinafikan dengan berpuasa badan akan terasa ringan dan selesa. Ini semua berpunca dari ibadah puasa yang kita lakukan. Kalau tidak, kita akan makan sepanjang tahun tanpa perut berehat.

Perut adalah punca segala penyakit. Ini betul kalau dilihatkan pada tabiat pemakanan zaman sekarang. Dengan segala jenis kuih, lauk - pauk dan bermacam jenis makanan.


Apakah kebaikan berpuasa kepada kesihatan?. Ini antara kebaikan puasa kepada kesihatan:

Membuang Toksik dalam Badan.
Dengan berpuasa kita merehatkan perut dari bekerja. Segala tenaga yang digunakan oleh perut unutk bekerja dialihkan pula kepada proses membuang toksik didalam badan. Percaya atau tidak, najis kita berwarna gelap ketika berpuasa menandakan toksik didalam badan dibuang melalui najis.

Mengurangkan berat badan.
Selain kita berdiet, adalah lebih baik kita berpuasa. Selain dapat mengurangkan berat badan, dapat juga kita beribadah. Tahukah korang? Di dalam badan kita, terdapat satu kelenjar yang dinamakan hypothalamus yang bertindak mengawal berat badan. Jika kita berdiet, berat badan badan akan kurang dengan mendadak dan memberi isyarat kepada hypothalamus sebagai perubahan yang tidak normal. Ini menyebabkan hypothalamus bertindak menaikkan berat badan selepas kita berhenti berdiet. Jadi lebih baik kita buat secara perlahan - lahan dengan cara berpuasa.

Merawat Sistem Pernafasan
Kahak dan lendir berlebihan boleh menyebabkan selsema, lelah dan resdung. Dengan berpuasa, kahak dan lendir berlebihan dapat diserap dan disingkirkan oleh badan. Penghidap penyakit tersebut berasa selesa pada bulan Ramadhan berbanding bulan - bulan lain.

Merawat Penyakit Usus
Perut dan usus yang bekerja sepanjang tahun mencerna makanan sepanjang tahun dapat berehat bila kita berpuasa. Ini membolehkan sistem pencernaan membaiki tisu - tisu dan sel - sel yang rosak di dalam usus.


Itu antara kebaikan berpuasa kepada kesihatan. Tetapi sebenarnya berpuasa kepada organ dalaman kita. Termasuk kepada jantung, otak, ginjal dan sebagainya. Oleh itu berpuasalah selain daripada berpuasa di bulan Ramadhan.

sumber: SOLUSI

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

Dah lama tak join segmen Abang Ben. Kali ni aku join jugak la. Lagipun nak tahu jugak best ke?. Hurrmm.
Kalau nak ikutkan, blog ni lebih kepada kisah orang bujang, yakni aku. Jangan kata aku syok sendiri pulak.

Selama ni asyik baca blog ibu - ibu dan bapa - bapa je. Kalau blog orang bujang, banyak berkisar tentang tips - tips dan tutorial. Aku ni tak berapa pandai nak buat tips - tips dan tutorial semua ni. Jadi aku buat kisah orang bujang dan kongsi pendapat atau artikel dalam blog ni. Contohnya:


Jadi kalau nak join segmen Ben Ashaari. Sila klik banner di bawah.






12 August 2011

Menu Orang Bujang VS Menu Orang Dah kahwin

Burrpp....Alhamdulilah....Kenyang lepas berbuka lagi tak hilang lagi. Seperti hari - hari sebelumnya, menu aku lauk pauk dari bazar. Kalau ada duit lebih buka puasa di luar. Biasalah orang bujang. Berbuka dengan apa yang ada. Sahur pun dengan apa yang ada.

Sekali - sekala teringat - ingat masakan kampung. best kalau berbuka dengan famili. Tapi itulah hakikat hidup, demi sesuap rezeki, aku merantau. *syahdu je rasa, macam dengar lagu Dendang Perantau*;p


Walau bagaimanapun, menu orang bujang takkan sama dengan menu orang yang dah kahwin. Menu orang bujang selalunya lauk - pauk yang nak lepas tekak diri sendiri je. Apa yang ada di dapur, itulah yang di makan. Kalau ada maggi, maggilah menu hari tu.

Berbeza dengan orang yang dah kahwin, makan minum terjaga. Apa yang rasa nak makan, cakap je. Yang penting ongkos untuk bahan - bahan menu mesti ada. Kalau tak, akan jadi seperti menu orang bujang.

Kalau anak dara, lain pulak menunya. Mereka jenis rajin memasak, jadi selalunya menu mereka lebih meriah dari orang bujang. Tapi itu terpulang kepada mood masing - masing. Kalau rasa malas masak, sama jelah dengan orang bujang.;p

Anak dara bila dah kahwin, terpaksa memenuhi kehendak si suami. Dan selalunya mereka akan pening kepala bila time nak masak apa. Belum campur menu dari anak - anak lagi. Last - last menu dari kedai je.

Jadi, setiap orang ada menu masing - masing. Terpulang sama ada RAJIN atau MALAS je. Kalau huruf M besar sangat. Alamatnya makan kat kedai je lah. Walaupun harga makanan kadang kala tak munasabah... Kalau murtabak senipis kain, harga RM5 memang melampaulah. Nasiblah...;p


Bazir Ramadhan

Selalunya setiap kali bulan Ramadhan secara automatiknya akan ada bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan seakan sama dengan Pasar Malam. Tetapi lebih kepada menjual pelbagai jenis makanan.


Itu sedikit info apa itu Bazar Ramadhan. Tetapi sedarkah anda berbelanja di bazar Ramadhan juga menyebabkan pembaziran di bulan Ramadhan. Kita kupas isu ini. *ecewah cam wartawan*.

Ini dari sudut pandangan aku. Setiap kali berbelanja di bazar Ramadhan mesti akan membeli juadah melebihi kapasiti perut dan isi rumah. Ye lah, perut lapar, ada bermacam jenis juadah pulak. Tak tahan.

Bila berbuka pula, sudah semestinya takkan dapat menghabiskan semua juadah. Jadi akan terdapat lebihan dalam juadah berbuka tadi. Kemana perginya lebihan tersebut jika tidak dimakan sewaktu sahur nanti?

Sudah semestinya akan ke tong sampah juga. Ini sudah menjadi pembaziran sedangkan dalam Islam, kita dituntut untuk bersederhana dalam segala hal, termasuk juga dalam soal makanan.


Mengikut pandangan aku yang naif ini. Kena kawal nafsu membeli. Macam mana?. Terpulang kepada individu. Pada aku, aku akan cakap dengan diri sendiri "esok masih ada bazar Ramadhan lagi, jadi boleh beli esok". Memang kena azam yang kuat nak kekang hawa nafsu.

Taknak nanti pergi ke bazar Ramadhan bertukar ke bazir Ramadhan.
Renung - renungkan dan selamat beramal...;p

Negara Maju, Pemikiran Mundur

Susulan video yang tersebar berkenaan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, disamun ketika hendak berbuka puasa dalam YouTube, banyaklah komen - komen yang ditulis.


Ada yang positif, ada yang negatif. Yang negatifnya adalah sorang mat salleh ni yang komen dan menuduh si Asyraf ni mencuri PSP sebelum kejadian samun tu. Tak pasti sama ada dia kulit hitam atau kulit putih. Nickname dia, MustNotRead.

Suka hati dia je buat tuduhan melulu. Bukannya orang Malaysia tak mampu nak beli benda - benda tu semua. Tak tahulah sama ada dia ada atau tidak, belajar Sejarah. Yang pasti, British pernah menjajah Tanah Melayu bermula dengan Francis Light menjajah Pulau Pinang pada 1786.

Ramailah yang bagi komen - komen membidas tuduhan dia. Nampak sangat dia prejudis terhadap orang Asia umumnya.

Kalau nak baca, ni link komennya. Comment YouTube.

Tak tahulah sama ada ini memang pemikiran orang barat terhadap bangsa lain atau hanya segelintir saja berpemikiran begitu. Yang pasti ini adalah generasi baru barat.


Ala Kadar

Kalau ikutkan hati, malas je nak bangun sahur. Tapi memandangkan aku ni jenis yang tak boleh tahan kalau tak sahur. Memang kena bangun juga macam manapun. Ambil berkat sahur.

Semalam sahur di luar. Jadi tak ada lebihan lauk dari waktu berbuka. Selalunya memang mengadap lauk lebihan berbuka untuk sahur. 

Nak pergi membeli nasi kat mamak, malas pulak nak berjalan ke bawah. Rumah tinggi ni lemah sikit kalau dah turun nak naik balik. Tambah pulak pagi - pagi buta. Semalam dah tido awal, tak sempat nak membeli.


Jadi jalan penyelesaiannya, makan maggi. Itu yang paling cepat dan senang. Tambah dengan malas, jadi itu je yang ada. 

Tapi maggi aku special, tambah dengan oat bagi pekat kuah. Taruk telur dan sayur sikit. Ikan bilis dan udang kering. Siap. Selera jugak makan macam ni. Sekali sekala bolehlah. Selalu - selalu kang botak kepala. Dah la sekarang dahi memang luas...;p

Harap - harap dapatlah bertahan sampai waktu berbuka nanti. Insyaallah, di hari Jumaat yang mulia ni. Hari ni berbuka di luar lagi. Beli siap - siaplah lauk.


09 August 2011

Bonus Duit Raya

Alhamdulilah dengan pengumuman kerajaan berkenaan duit raya yang akan diberi sempena hari raya ni. Sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 akan diberi kepada kakitangan kerajaan.

Aku akan dapat minimum RM500. Syukur ada juga nak buat belanja raya. Adalah duit raya untuk keluarga aku. Sekurang - kurangnya sehelai baju untuk ibu bapa aku.

Kalau nak harap lebih - lebih, aku tak mampu. Tinggal di bandar besar dapat menyimpan RM10 pun dah bersyukur. 


Senua rakan sekerja aku yang dah berkeluarga dah berkira - kira untuk beli pakaian untuk anak - anak. Hari Raya untuk budak - budak sebenarnya. Dah tua - tua ni. Cukuplah apa yang ada. Tak perlu membazir.

Kalau yang gaji cecah RM3000 seronoklah sikit. Tapi besar periuk, besarlah keraknya. 

Bukan kakitangan awam je akan dapat, pesara kerajaan juga dapat. Pesara kerajaan akan dapat Bantuan Khas Kewangan. Berita lanjut boleh baca di Berita Harian.

Tapi kalau tak dapat langsung, memang dah dengar pakat - pakat nak korek tabung. Tabung anak la yang jadi mangsa. Aktiviti membeli - belah pun tak rancak. Peniaga pun sedikit sebanyak terjejas. Jadi memang patutlah diberi duit raya.

p/s: Jalan TAR lenggang sikit tengahari semalam. Hari ni tak tahu.;p

03 August 2011

Beribu Bapa Sebulan

Sudah tiga hari berpuasa. Sebagai orang bujang teringat - ingat kenangan berpuasa di kampung masa kecil - kecil dulu. Berbuka bersama keluarga.

Alhamdulilah aku masih ada ibu bapa. Dapat juga merasa juadah sahur dan berbuka yang dimasak oleh emak.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita. Ni cerita pasal syarikat - syarikat besar dan artis - artis yang ghairah buat amal dengan menjemput anak - anak yatim berbuka puasa.

Untung jadi anak - anak yatim. Berbuka puasa selalunya di hotel - hotel. Disamping dapat duit raya dan dapat juga ganjaran yang lain.




Malangnya jadi anak yatim, mereka diingati hanya pada bulan Ramadhan. Tamat bulan Ramadhan, mereka mula dilupakan. Jadi tanggungjawab sosial syarikat - syarikat besar dan artis - artis hanya pada bulan Ramadhan. Bulan mengejar ganjaran pahala.

Tapi takkan bermakna jika hanya mahukan perhatian dengan liputan besar - besaran dalam surat khabar dan televisyen.

Segala majlis - majlis ni hanya untuk memenuhi kalendar syarikat tanpa rasa benar - benar ikhlas. Dah menjadi adat apabila majlis sebegini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan.

Rasanya lebih baik duit yang digunakan untuk majlis begini diberikan kepada rumah anak - anak yatim. Sekurang- kurangnya dapat mereka menggunakan duit tersebut untuk membeli barang keperluan.

Kasihan, beribu bapa sebulan, yatim 11 bulan.


p/s: Terima kasih Abu Saif atas tulisan yang membina.

01 August 2011

Peribahasa: Episod 2

Dah lama tak ada sambungan peribahasa. Ok ni sambungan untuk segmen peribahasa. Sila lihat Peribahasa: Episod 1 untuk peribahasa yang lepas.


Arang didahi : aib yang menimpa diri

Asal ada, kecil pun pada : kalau tidak mendapat banyak, sedikit pun cukuplah

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke perlimbahan : tabiat yang sukar atau tidak mungkin berubah

Asal berinsang, ikanlah : seseorang yang tidak pemilih atau tidak cerewet

Asyik memangku tangan, mati dalam angan - angan : sesuatu maksud dan tujuan tidak akan tercapai kalau tidak diusahakan

Atur hidung : menurut sahaja setiap arahan yang diberikan

Aur ditarik songsang : sesuatu pekerjaan yang sulit atau kurang teratur itu amat susah disempurnakan

Awak menangis diberi pisang : pujukan yang kena pada tempatnya

Ayam baru belajar berkokok : baru cukup umur

Ayam berlaga sekandang : berkelahi dengan orang - orang serumah

Ayam bertanda : seseorang yang berasal daripada keturunan yang gagah berani

Ayam jalak : orang yang berani

Bacang dibungkus baunya keluar juga : menyimpan rahsia yang tekah diketahui umum

Bacar mulut : mulut celupar; suka menuturkan kata - kata yang tidak elok

Bagai anak dara sudah berlaki : gadis yang pemalas, pengotor dan tidak pemalu

Bajak wangkang makan diangkat : amat suka dipuji

Bersuluh di tengah hari : perkara yang sudah jelas hendak dijelaskan lagi.

Beruk kena ipuh : menggeliat kerana kesakitan

Buntal kembung, perut buncit didalam kosong : bodoh sombong tetapi selalu bercakap besar.

Bersambung.......