04 June 2011

Selesai Sudah Majlis Tunang

Hari ni selesai sudah majlis pertunangan. Harap akan berkekalan sehingga majlis Ijabkabul. Insyaallah.

Majlis pertunangan ni buat kecil - kecilan saja. Tak perlu nak buat besar - besaran. Asalkan menepati kehendak kedua - dua belah pihak.

Dalam dua tiga hari ni, terasa jugaklah kepenatannya. Segala persiapan kena buat untuk jamu orang yang bertandang. Setidak - tidaknya ada lah juga nasi untuk hidangan para tetamu. Buat gulai daging, acar timun, dan ayam goreng berempah sudah memadai untuk para jemputan.

Apa - apapun syukur majlis berjalan lancar. Adalah dua tiga perkara yang kurang lancar. Tapi hal kecil je. Dengan bantuan saudara - mara, masalah kecil boleh selesai.

Satu perkara yang aku belajar. Adat orang kelantan ni. Pihak lelaki pun ada cincin tunang juga. Mungkin sesetengah tempat takde upacara sarung cincin tunang untuk pihak lelaki. Hanya untuk pihak perempuan saja.

Cerita panjang lebar ni, sebenarnya bukan aku yang bertunang. Sepupu aku yang bertunang. Aku cuma jadi orang belakang tabir je. Jangan salah faham pulak.

Saudara - mara aku pun tanya - tanya, giliran aku bila pulak?. Aku terkedu kejap. Tengah fikir alasan yang terbaik. Sabar je lah.

Ada rezeki dan jodoh tak kemana. Insyaallah. Doa - doakan lah ye. Amin....;p

Gambar sekitar majlis

Ini adalah sepupu aku...;p

Upacara sarung cincin

Sepupu aku dan encik tunangnya...;p

Anak buah aku yang tangkap gambar - gambar ni. Aku tak sempat nak tangkap gambar apa - apa. 

No comments:

Post a Comment