21 June 2011

Pancing Udang Di Tepian Rimba

Lama tak update. Maklumlah sibuk di hujung minggu. Sebenarnya, aku dan kengkawan menghabiskan masa hujung minggu dengan memancing udang. Kami bercadang untuk memancing di kawasan Hulu Langat.


Tempat yang sebenarnya aku kurang pasti. Tapi yang aku pasti tempat memancing tu berdekatan dengan Sek.Keb. Sungai Serai. Nama tempat tu Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba.

Tempatnya agak ke dalam sikit. Lebih kurang 800 meter. Yuran untuk memancing RM50 seorang, tapi yuran ni sebagai deposit. Kalau memancing selama 2 jam, hanya RM26 sahaja. Jadi jika kita pulangkan tag, kita akan dapat kembali baki duit kita RM24. Kira berbaloi juga untuk 2 jam RM26.

Kalau tiada joran, boleh sewa joran di situ. RM3 untuk sebatang joran. Aku sewa je, sebab baru pertama kali memancing kat situ. Jadi kenalah sewa.




Kami memilih kolam yang ke belakang sikit sebagai port memancing. Dan aku orang pertama yang dapat memancing udang di kalangan kengkawan aku tu.

Selepas sejam berada di kolam tu, hanya beberapa ekor je yang dapat. Jadi kami pun berpindah ke kolam yang lain. Kali ni, baru nasib menyebelahi kami. Dari 2 jam, kami lajak ke 3 jam. Tapi berbaloi sebab berjaya memancing udang hampir 40 ekor.

Udang Galah kot...;p

Seronok juga memancing, sampai tak ingat makan, minum.

Lepas memancing, balik rumah rehat semua, baru udang - udang tu dimasak dan dapatlah makan ramai - ramai untuk makan malam. Kami buat udang celup tepung dan udang masak pedas. Sangat menyelerakan makan udang segar dari ladang.

Lain kali boleh pergi lagi...;p

Update:
Harga sekarang RM70 seorang untuk deposit. Sejam RM14. Harga sewa batang pancing masih sama, RM3.



6 comments:

  1. saya tak suke memancing.
    tapi lepas baca entry ni, terasa macam nak pegi la memancing.
    mcm best je.

    ReplyDelete
  2. boleh pancing ikan ke kat kawasan ni? ke semua udang?

    ReplyDelete
  3. @hidayah Ada ikan air tawar jugak, yuran utk mancing ikan lain plak. Kolam utk ikan di bhgn depan. Bnyk jenis jgk ikan...;)

    ReplyDelete
  4. kalo mancing ikan disediakn tangguk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, jgn risau, semua ada disediakan. /boleh mntak kalau x dak.

      Delete
  5. masih wujud lagi ke kolam udang ni skang??

    ReplyDelete