09 June 2011

Kaki Game : AC: Revelation

Kali ni aku nak review pasal game yang aku tunggu - tunggu. Game ni aku main selepas main game trilogi Prince Of Persia: Sand Of Time keluaran Ubisoft. Siapa kaki game memang tahu la...;p

Game ni diperkenalkan pada  Electronic Entertainment Expo (E3) di Los Angeles Convention Center baru - baru ni. Walaupun dah tersebar dalam internet berbulan sebelumnya. 

Game ini dikatakan penamat kepada siri game Assassin's Creed dan mengambil latar bandar Constantinople pada zaman kegemilangan empayar Uthmaniyyah.

Game ni juga akan mengimbas kembali watak - watak di dalam game yang pertama. *Tak sabar nak tunggu.*

Latar bandar Constantinople

Ada tambahan ciri - ciri baru.

Aktiviti memanjat bangunan yang menjadi trademark.

Apa yang aku suka pada game ni adalah pada grafik dan pergerakkan watak - watak dalam game ni. Juga pada cutscene dalam game ni. Sangat terbaik. Walaupun game ni agak mudah pada aku. Sekejap je dah habis main...;p

Tiga game terawal adalah Assassin's Creed, Assassin's Creed II, dan Assassin's Creed : Brotherhood. Game Assassin's Creed : Revelation ni pasti jadi kegilaan bagi para gamers yang dah main tiga game sebelumnya.

Apa - apapun kena tunggu game ni release pada 15 November 2011 seluruh dunia.



p/s: Ada movie live action untuk game ni. Prekuel sebelum game Assassin's Creed II.



2 comments:

  1. game nie mmg best bro...terbaik, tggu diorg buat kluar movie utk assasin creed, splinter cell dgn prince of persia....skang diorg dh ada studio sendiri

    ReplyDelete