08 June 2011

Hari Yang Penat

Aku baru naik kerja hari ni. Selepas bercuti selama campur tolak seminggu. Dan aku baru sampai pagi tadi. Terus masuk kerja. Kepala pun tengah pening - pening lagi sebab tak cukup tidur.

Kebetulan pulak ada kerja yang menunggu dan perlu disiapkan dengan segera. Sampaikan makan tengah hari pun terbabas. Penat sangat sampai makan pun tak lalu. Kepala ingat nak tidur je. Tak pe lepas update ni layan tidur kejap. *sempat ke???*

Blog aku ni hari ni baru sempat nak update. Almaklumlah, sibuk dengan kenduri, lepas kazen aku, jiran tetangga lak. Sibuk makan pun ye jugak.

Sampai pagi tadi ingat nak cuti je, tapi mengenangkan cuti dah tinggal ciput. Datang ajelah kerja. Lepas ni berkira - kira nak cuti bila pulak. Nampak gaya macam kena cuti raya puasa je. Tapi dah lama tak sambut Ramadhan dengan famili semenjak dah kerja ni. Ingat nak cuti puasa nanti. Tapi cuti aku..........

Aku : Bos nak extra cuti boleh?
Bos : Nak cuti selama - lamanya pun boleh, tapi buat surat resign dulu.
Aku : *berbisik*. Gila kejam.


Ok lah, nak sambung tidur jap. Kepala dah mereng dah ni. Karang lagi merapu aku.

No comments:

Post a Comment