14 June 2011

Derma Darah

Perhatian!! Hari ini adalah Hari Derma Darah Sedunia. Jomlah pakat - pakat derma darah.

Jangka hayat darah 42 hari dan platelet
darah hanya 5 hari.

Bercakap pasal derma darah, ramai orang cakap derma darah ni boleh menggemukkan. Aku tak pasti nak cakap betul atau tak. Tapi yang pasti kali terakhir aku derma darah, selera makan aku bertambah. Mungkin disebabkan nak menggantikan jumlah darah yang diambil.

Bila selera makan bertambah, kurang pulak beriadah mungkinlah tu faktor yang menyebabkan berat badan aku naik. Hampir 5 kilo jugaklah. Tapi nasib baik dapat kurangkan balik.

Kali pertama aku derma darah, biasa je. Tak de yang menggerunkan sangat sebab aku bukan jenis yang takut jarum. Jarum dia besar jugaklah, tapi lepas dibius tak rasa apa pun. Darah aku jenis B positif. Aku tak tau apa yang positifnya.

Sijil derma darah yang digunakan untuk merekod
kekerapan menderma darah.

Satu lagi pengalaman aku derma darah ni, bila jarum dicucuk oleh jururawat yang kurang mahir. Aku dah kena. Sampai seminggu jugaklah lebam kat tangan tak hilang. Jumlah darah yang dikumpul pun tak cukup. Masa jarum dicucuk oleh nurse tu, aku dah boleh agak tangan aku akan lebam. Sebab yang dia cucuk bukan urat tapi isi tangan, mana tak lebam kan.

Urat tangan atau vein aku ni jenis halus. Kalau tak mahir memang akan bermasalah. Kalau dapat dekat nurse yang mahir tak de masalah. Tapi benda tu semua pengalaman. Aku tak serik. Sekurang - kurangnya, darah aku berganti. Bagus untuk kesihatan.

Sekali lagi aku ajak, jomlah derma darah ramai - ramai. Tak sakit pun...;p

5 comments:

  1. tak pernah la pula derma darah. takut jarum..

    apa pun, selamat menderma darah lah ye.
    kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. @Mira R. Ala x sakitlah, dh dibius, rileks je...
    K kurang darah ni??...hehehe

    ReplyDelete
  3. sok nak derma darah walaupun tau risiko urat halussss huhu

    ReplyDelete
  4. hari tu lepas derma darah.. lps sbulan, badan saya naik. ramai kawan2 saya yang berkata begitu.. saya mmg ikhlas untuk mnderma.. sminggu jgk la lebam kt tgan tu nk hilang.. huhu. maybe selera mkn bertmbah slps drma darah ni. tu yg badan naik tu.. nk wat cmne kn. hrap2 lah lps ni bdn turun.. :/

    ReplyDelete
  5. @ateynentahla, nk kata mitos...mcm betul...kan?

    ReplyDelete