02 June 2011

Cuti Sekolah Dan Kenduri

Sekarang ni aku dah berada di kampung sempena cuti sekolah. Sepupu - sepupu aku ramailah yang nak buat kenduri. Jadi kalau dah saudara mara buat kenduri takkan tak tunjuk muka dan tolong apa yang patut kan?

Nanti apa pulak kata diorang. Kenduri aku nanti diorang tak datang baru padan dengan muka aku. Bila dah balik kena bersedialah tolong apa yang patut. Takkan datang makan je ye tak?.


Anak - anak dara kenalah turun ke dapur. Anak - anak bujang bahagian penanggah atau bentara. Tak de maknanya nak pakai lawa - lawa, kalau buat kerja kat kenduri. Redha je lah.

Aku bercuti seminggu, lebih kurang tiap - tiap hari jugaklah kenduri. Zaman sekarang pantang cuti sekolah mesti ada kenduri. Asal kenduri mesti cuti sekolah. Hujung minggu pun ada orang buat kenduri gak. Semua orang sibuk kan masing - masing. Kalau buat katering jimat tenaga manusia. Kat kampung masih amalkan gotong - royong ni. Apa yang penting kerjasama...*ala - ala wonderpets*..;p

p/s: Habis lah orang KL turun padang. Tak tau apa jadi. hehehe

No comments:

Post a Comment