12 May 2011

Hujan

Alhamdulilah, hari ni hujan. Dapatlah hilang sedikit bahang panas. Dapat juga kurangkan jerebu kat KL ni. Moga hari begini akan berterusan. Insyaallah.

Petang tadi masa tengah hujan renyai - renyai. Aku ada telefon ke kampung. Ada bunyi hujan dari corong telefon. *Ok, telefon sekarang takde corong.*


Ada bunyi hujan dari speaker telefon. Adik aku cakap yang dia tengah basuh kereta sambil main air hujan. Best nya. Dah lama dah tak mandi air hujan. Tak sama dengan shower kat bilik air.

Aku ingat dulu, masa aku budak dulu. Pantang dengar bunyi guruh. Semua aku adik beradik berlari ke tengah laman rumah. Tunggu hujan. Lepas tu kena la rotan di kaki. Mandi hujan kan tak elok. Nanti demam.

Ada jugak lah masa - masa tertentu, kitorang dibenarkan main air hujan. Seronok tak terkira. Habis semua lopak jadi tempat berkubang. Dah macam kerbau dah. Kerbau pun tak macam kitorang.


Habis baju berlumpur. Balik rumah nanti siaplah. Tak kena rotan, kena bebel. Pastu baju kena basuh sendiri.

Kadang - kadang main bola masa hujan. Layan. Tak sepak bola pun. Sepak air je banyak. Saja buat jahat.

Tapi kalau hujan beserta kilat, memang aku tak pergi main bola. Main kat laman rumah je.


Main galah panjang, dan baling tin masa hujan. Best betul. Kena pulak main beramai - ramai. Sekali dengan bebudak kampung yang lain. Tak kira laki atau perempuan, semua turun main air hujan.

Air hujan dulu mana ada macam sekarang. Air hujan dulu, memang betul - betul air hujan. Sekarang, penuh dengan pencemaran. Dengan toksiklah. Boleh rasa dalam air hujan tu.


Aku rasa budak sekarang dah tak de peluang dah nak main air hujan macam dulu. Asyik berkurung je dalam rumah. Main komputer, PS3. Rugi jadi budak zaman sekarang. Beruntung jadi budak zaman dulu.

Kalau budak kampung sekarang, mungkin masih lagi main air hujan. Budak bandar aku tak tau lah.

No comments:

Post a Comment