20 May 2011

Ada apa dengan PJJ

PJJ atau Pengajian Jarak Jauh merupakan pengajian bukan secara sepenuh masa. Maksudnya, pelajar tak perlu tinggal di hostel dan bertemu dengan pensyarah setiap hari.

Pelajar tak terikat dengan jadual kelas yang padat. Hanya ada pertemuan dengan pensyarah seminggu sekali atau sebulan sekali. Kelas bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.



Berlainan dengan PLK atau Pengajian Luar Kampus. Pengajian luar kampus diibaratkan sama seperti pelajar sepenuh masa. Pertemuan dengan pensyarah tiga kali seminggu. Kelas bermula dari pukul 6 petang sehingga 10 malam.

Pelajar PJJ lebih banyak kelas secara maya atau online. Assignment, kuiz, dan test banyak diberi di dalam kelas online. PJJ secara online juga dikenali sebagai e-PJJ.

Pelajar dan pensyarah berinteraksi secara online. Jadi pembelajaran agak efektif dan mengikut kesesuaian pelajar sendiri.

Kelemahannya, pensyarah tak dapat memberi penjelasan dengan lebih jelas dan menunjukkan jalan kerja sesuatu soalan yang memerlukan pengiraan seperti Matematik dan Akaun. Jadi kedatangan ke kelas sangat penting.

PJJ menjadi pilihan untuk mereka yang bekerja kerana masa yang fleksibel. Masalah yang paling ketara kepada pelajar PJJ adalah kekangan masa antara kerja dan belajar. Jadi pandai - pandailah. Ibu - ibu yang anak berderet pun boleh belajar lagi ni kan pulak bujang. Apadehal kan?..;p


Aku sediakan link - link IPTA yang menyediakan PJJ dan PLK. Kalau berminat nak belajar lagi boleh lah memohon...;p

UITM : www.ined.uitm.edu.my


UTM : www.spaceutm.edu.my


UUM : www.pace.uum.edu.my


UPM : www.ppl.upm.edu.my


Ada banyak lagi sebenarnya. Aku bagi yang mana yurannya agak murah.Kalau IPTS seperti Open University,  dan Wawasan University boleh juga untuk memohon. Yuran pengajian agak berpatutan.

Jadi fikirlah masak - masak kalau berminat nak belajar lagi. Belajar kan sampai ke liang lahad....;p

11 comments:

  1. dulu pernah belajar secara pjj. tapi gagal. namun takkan putus asa. akan terus mencube bile dpt peluang lg nnt. insyaallah.

    ReplyDelete
  2. tengah mencari pjj utk ijazah perakaunan, yang ada cuma OUM...malangnya OUM tak recognised by MIA...huhu

    ReplyDelete
  3. kat mana nak wat pjj ijazah perakaunan yg di iktiraf oleh MIA eh?

    ReplyDelete
  4. @Allysha Sy pun tak pasti, kalau sy jumpa nanti sy roger, k...;p

    ReplyDelete
  5. Anda kesuntukan masa untuk menyiapkan assignment? Pening kepala research proposal tak siap lagi padahal tarikh due sudah dekat? Tak sempat nak menyiapkan thesis? Kami boleh membantu anda. Khidmat kami merupakan khidmat penulisan profesional kerana kami mempunyai latar belakang postgraduate dalam penyelidikan dan berpengalaman dalam penulisan jurnal dan research paper. Justeru, gaya penulisan penyelidikan merupakan kelebihan kami. Kami juga boleh menyiapkan tugasan mencakupi pelbagai bidang. Pelanggan boleh ajukan pertanyaan terlebih dahulu kepada kami akan bidang dan tajuk tugasan yang ingin diupah. Oleh itu, sekiranya berminat untuk mengupah kami, sila hantarkan pertanyaan anda beserta tajuk, due date, bilangan muka surat dan sebarang lampiran yang berkenaan kepada kami di alamat emel: assignmentask@gmail.com atau upahassignment@gmail.com.

    Info kos untuk setiap jenis tugasan boleh dirujuk di blog kami http://team-assignment.blogspot.com

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. kalau di kelantan, universiti mana yang tawarkan pjj/plk ijazah perakaunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. UiTM di kelantan ada buat pjj..Ada 2 kampus di uitm..satu di Machang & satu lagi di Kota Bharu..
      UUM pn ada cawangan di Kota Bharu...UMK pun ada buat juga..Cuba apply mana..
      Kolej swasta pun boleh, kalau berminat

      Delete
  7. salam kalau dikedah ijazah prakaunan ada buat kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... kalau di kedah, uum dan uitm ada... cuba tengok dalam link diatas. UiTM memang ada tawarkan ijazah perakaunan di kampus merbuk...UUM mungkin di sintok. Harap membantu

      Delete
  8. kalau kat open university duration utk bachelor program berapa bulan? and fees dia berapa?

    ReplyDelete