31 May 2011

Cip MyKad Gagal Lagi....

Bila cakap pasal MyKad. Sebagai rakyat Malaysia, kiranya kita bertuah ada satu kad identiti yang memudahkan segala urusan.

Cuba bayangkan jika kita tak mempunyai kad pengenalan atau identification card (IC) untuk membuktikan kita adalah warganegara. Tentu kita sentiasa perlu membawa Pasport atau surat beranak kalau nak kemana - mana. Jadi IC dah memudahkan kita untuk berurusan. 

Di tambah pula dengan kewujudan MyKad dengan ciri -ciri khas. Dengan cip multifungsi. Nak tahu lebih lanjut sila ke sini.
MyKad yang diperkenalkan sejak 2001

Itu mukadimah je. Yang sebenarnya, aku kena pergi JPN..... LAGI. Sebab nak buat MyKad baru disebabkan kegagalan cip elektronik yang multifungsi tu. Dah la setiap kali tukar RM10 kena caj.

Bila aku baca The Star berita pasal kegagalan cip dalam MyKad berfungsi. Aku iyakan aje. Dah banyak yang kena kan?. Ada 1,018,698 pemohon MyKad baru tahun lepas disebabkan kegagalan cip tu. Aku tak dapat cakap lebih - lebih. Sebab aku tak tau cerita yang sebenarnya. Hanya pihak berkenaan yang patut jawab.

Masuk kali ni dah empat kali la tukar MyKad...

Dah la MyKad banyak digunakan di bank, JPJ, Imigresen dan KWSP. Kalau tak berfungsi terpaksalah cari alternatif lain.
Nampak sangat macam cikai je cip tu. Orang JPN siap pesan Jangan letak MyKad dekat dengan barang elektronik macam handphone. Kalau tak letak pun rosak jugak. Macam mana tu?

Malas nak cakap banyak. Pergi ajelah tukar yang baru....;p


p/s: Tarif elektrik naik apedehal???

29 May 2011

Artis YouTube - Mike Tompkins

Siapa tak kenal YouTube kan? Semua orang kenal. *kalau dia ada komputer & internet la*. Dari budak kecik sampai budak besar semua kenal.


Tapi dalam banyak - banyak video YouTube tu, aku suka dengan Mike Tompkins. Siapa itu Mike Tompkins?. Sedikit pasal Mike Tompkins. Berasal dari Ilderton, Kanada. Berumur 23 tahun. Seorang jurutera bunyi, penggubah muzik, dan penyanyi.

Kelebihan dia korang tengok sendiri dalam video ni. Sangat kreatif dan.....kagum la tengok. Tak pernah di buat dek orang. Ok mungkin ada yang buat jugak. tapi tak sekreatif dia ni. Korang layan je dia ni. Ada web sendiri di alamat ni, Facebook fanpage dan channel YouTube.



23 May 2011

Review: "Legasi Anak Felda Keratong"

Baru selesai baca buku trilogi Legasi Anak Felda Keratong. Buku yang dibeli masa Pesta Buku Antarabangsa KL baru - baru ni. Ambil masa dua minggu lebih jugak nak menghabiskan ketiga - tiga buku. Setiap satu buku ada dalam 300 ke 500 muka surat.

Buku - buku ni ditulis oleh Mohd Fudzail Mohd Nor. Cerita di dalam novel ni berdasarkan pengalaman penulis ketika di New Zealand belajar di Wainuiomata College dan seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Waikato.

Trilogi Legasi Anak Felda Keratong

 Buku novel travelog berunsur fiksyen dan kisah benar. Berlatarbelakangkan pada awal 80 an. Ketika zaman permulaan sistem komputer dan internet. Ada diceritakan tentang komputer Apple. Watak utama dalam ketiga - tiga novel adalah Ahmad, budak melayu Felda Keratong. Generasi kedua peneroka Felda. Pelajar yang sederhana di dalam pelajaran tetapi bercita - cita tinggi dan kuat berusaha demi kecemerlangan.

Buku 1
"Teruja Cinta Maori Di Wainuiomata"

Ahmad mengambil jurusan Sains Komputer walaupun pada mulanya ditawarkan jurusan seni bina. Kehidupan Ahmad di peramtauan bermula di luar Kota Wellington iaitu di Wainuiomata City dan seterusnya berkembang ke Waikato University, Hamilton. Perkenalan dengan Raewyn, gadis kacukan Pakeha dan Maori dan Rozita, gadis Bentong. Dan rakan - rakan pelajar Malaysia di New Zealand. Bermulanya perjalanan Ahmad menuju ke alam dewasa.

Buku 2
"Penggoda & Penggodam Roewyo"

Pandangan aku, kena baca ketiga - tiga buku baru faham. Tak lengkap kalau baca satu buku saja. Buku kena baca ikut urutan. Bermula dengan "Teruja Cinta Maori di Wainuiomata", diikuti dengan "Penggoda & Penggodam rOeWyO" dan diakhiri dengan "Cinta Tiga Segi aOteArOa"

Buku 3
"Cinta Tiga Segi Aotearoa"

Bagi aku, buku pertama agak kurang. Mungkin sebab cerita Ahmad di dalam Tingkatan 7IS. Cerita budak sekolah. Bila masuk buku kedua baru ok. Dapat habis dalam masa sehari. Cerita Ahmad ketika di universiti. Sangat menarik.

Bukan kisah dalam universiti saja, ada cerita tentang travel Ahmad ke seluruh New Zealand dan ke Oxford, New York, Los Anggeles dan Tokyo.

Apa- apa pun tak rugi kalau nak baca trilogi ni. Sangat menarik. Mungkin ada sambungan...;p

20 May 2011

Ada apa dengan PJJ

PJJ atau Pengajian Jarak Jauh merupakan pengajian bukan secara sepenuh masa. Maksudnya, pelajar tak perlu tinggal di hostel dan bertemu dengan pensyarah setiap hari.

Pelajar tak terikat dengan jadual kelas yang padat. Hanya ada pertemuan dengan pensyarah seminggu sekali atau sebulan sekali. Kelas bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.



Berlainan dengan PLK atau Pengajian Luar Kampus. Pengajian luar kampus diibaratkan sama seperti pelajar sepenuh masa. Pertemuan dengan pensyarah tiga kali seminggu. Kelas bermula dari pukul 6 petang sehingga 10 malam.

Pelajar PJJ lebih banyak kelas secara maya atau online. Assignment, kuiz, dan test banyak diberi di dalam kelas online. PJJ secara online juga dikenali sebagai e-PJJ.

Pelajar dan pensyarah berinteraksi secara online. Jadi pembelajaran agak efektif dan mengikut kesesuaian pelajar sendiri.

Kelemahannya, pensyarah tak dapat memberi penjelasan dengan lebih jelas dan menunjukkan jalan kerja sesuatu soalan yang memerlukan pengiraan seperti Matematik dan Akaun. Jadi kedatangan ke kelas sangat penting.

PJJ menjadi pilihan untuk mereka yang bekerja kerana masa yang fleksibel. Masalah yang paling ketara kepada pelajar PJJ adalah kekangan masa antara kerja dan belajar. Jadi pandai - pandailah. Ibu - ibu yang anak berderet pun boleh belajar lagi ni kan pulak bujang. Apadehal kan?..;p


Aku sediakan link - link IPTA yang menyediakan PJJ dan PLK. Kalau berminat nak belajar lagi boleh lah memohon...;p

UITM : www.ined.uitm.edu.my


UTM : www.spaceutm.edu.my


UUM : www.pace.uum.edu.my


UPM : www.ppl.upm.edu.my


Ada banyak lagi sebenarnya. Aku bagi yang mana yurannya agak murah.Kalau IPTS seperti Open University,  dan Wawasan University boleh juga untuk memohon. Yuran pengajian agak berpatutan.

Jadi fikirlah masak - masak kalau berminat nak belajar lagi. Belajar kan sampai ke liang lahad....;p

18 May 2011

Checklist

Hujung bulan ni Insyaallah aku jadi OKB kejap. Bukan apa, adalah dapat income sikit, itupun setelah bertahun - tahun tunggu.


Aku kena buat checklist, benda yang aku nak buat. Nanti terboros. Masak aku. Banyak benda yang nak kena buat. Risau jugak kalau terlebih pakai. Bukan senang nak dapat selepuk macam tu lagi.

Dalam banyak - banyak benda dalam checklist tu, salah satunya dalam senarai tu aku nak buat lesen motor. Korang jangan hairan aku tak de lesen motor. Aku ada lesen kereta je. Korang nak gelak, gelaklah. Aku tak hairan. Yang penting aku ada lesen. Heheh.


Jadi, hujung bulan ni, selewat -lewatnya bulan Jun. Aku dah ada lesen motor. Yes. Motornya kemudian pun tak pa. kan?. Janji ada lesen. Lepas ni, amnik lesen lori atau bas pulak. Boleh buat bisnes. Hehehe.

Korang tunggu dan lihat je lah nanti...;p

16 May 2011

Guru

Hari Guru. Satu hari yang bermakna pada guru - guru seluruh Malaysia. Bila cakap pasal hari guru ni, aku teringat pada guru - guru, cikgu - cikgu aku masa sekolah dulu.

Bilik guru ~ dulu - dulu
Aku ni kategori pelajar yang baik juga masa sekolah dulu. Ye lah dah jadi pengawas. Kena tunjuk baik. Baik ada makna, hehe.

Masa sekolah rendah, aku bersekolah di tiga buah sekolah. Sebab aku selalu pindah - pindah sekolah. Ramai cikgu - cikgu aku suka bila diorang mengajar. Macam cikgu Hafiz, cikgu Zawawi, teacher Habsah, cikgu Esah, cikgu Alias dan ramai lagi. Ni cikgu aku masa sekolah rendah.


Kalau sekolah menengah pun ramai. Cikgu Norizah, cikgu Abidah, cikgu Faridah, cikgu Said, cikgu Baharudin, cikgu Latifah. Ramailah. Tak terkira. Cikgu - cikgu aku ni pernah pesan ayat yang sama. Kalau junpa cikgu, tegur - tegurlah. Mungkin cikgu dah lupa, sebab ramai anak murid.

Insyaallah aku akan tegur dan tanya khabar. Aku rindu dengan cikgu - cikgu aku, kawan - kawan sekolah,  masa belajar ikut masa, bunyi loceng sekolah, makcik kantin, koperasi sekolah, tempat lepak masa belajar. Semualah aku rindu. Tak tersenarai. Nak jadi cikgu rasa macam tak layak.

Bila dah habis sekolah ni, aku teringin nak patah balik zaman sekolah. Tapi aku taknak zaman PMR dengan SPM. Takut aku nak exam sekali lagi. ;p

5 Berlian - paling havoc...;p
Apa - apa pun zaman sekolah, zaman paling best. Memori yang takkan aku lupa sampai bila - bila.

Terima kasih cikgu di atas segala pelajaran yang diajar. Terima kasih di atas segala memori di zaman sekolah.

SELAMAT HARI GURU.......♥

14 May 2011

Buat Hal

Hari yang agak tensen bagi aku. Manalah tak tensen. Blogger.com buat hal. Hilang kejap nikmat berblogging. Entri aku yang semalam pun hilang. Penat je menaip.*sigh*

Baru kejap tadi je blogger.com ok. *Harap maklum, entri ni pada pukul 1.30 pagi*. Ni yang buat aku rasa nak pakai domain sendiri. Tapi aku bukan seorang yang rajin. Entri aku pun jarang - jarang sekali. Masa rajin je ada pos baru. Malas lebih. Rugi je nanti ada domain, tapi tak aktif. Bayar je lebih. Domain sendiri akan difikirkan satu hari nanti.

Kenapa blogger.com buat hal?. Aku pun tak de jawapan. Harap Google dapat buat sesuatu la. Supaya kes macam ni tak berulang.

Kesian kat blogger yang aktif berblogging. Rasa tak lengkap hari tanpa pos baru. Blogger yang aktif la. Aku tak. Tensen sikit je.


Selepas ni boleh lah aku nak blogwalking baca entri baru. Aku percaya mesti ramai blogger yang tengah buat entri baru. Nak lepas geram pasal siang tadi tak boleh pos apa - apa.

Nak pakai benda free, kenalah tanggung sakit sikit. Apadehal kan....
Apa - apa pun, selamat berblogging buat blogger - blogger....;p
p/s: Aku post kat bawah ni apa yang berlaku, seperti yang di beritahu oleh admin blogger.com:

"What a frustrating day. We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours. We’re nearly back to normal — you can publish again, and in the coming hours posts and comments that were temporarily removed should be restored.  Thank you for your patience while we fix this situation.  We use Blogger for our own blogs, so we’ve also felt your pain.

Here’s what happened: during scheduled maintenance work Wednesday night, we experienced some data corruption that impacted Blogger’s behavior. Since then, bloggers and readers may have experienced a variety of anomalies including intermittent outages, disappearing posts, and arriving at unintended blogs or error pages. A small subset of Blogger users (we estimate 0.16%) may have encountered additional problems specific to their accounts. Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish.  We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring.

Again, we are very sorry for the impact to our authors and readers.  We try hard to ensure Blogger is always available for you to share your thoughts and opinions with the world, and we’ll do our best to prevent this from happening again."

Posted by Eddie Kessler, Tech Lead/Manager, Blogger

12 May 2011

Hujan

Alhamdulilah, hari ni hujan. Dapatlah hilang sedikit bahang panas. Dapat juga kurangkan jerebu kat KL ni. Moga hari begini akan berterusan. Insyaallah.

Petang tadi masa tengah hujan renyai - renyai. Aku ada telefon ke kampung. Ada bunyi hujan dari corong telefon. *Ok, telefon sekarang takde corong.*


Ada bunyi hujan dari speaker telefon. Adik aku cakap yang dia tengah basuh kereta sambil main air hujan. Best nya. Dah lama dah tak mandi air hujan. Tak sama dengan shower kat bilik air.

Aku ingat dulu, masa aku budak dulu. Pantang dengar bunyi guruh. Semua aku adik beradik berlari ke tengah laman rumah. Tunggu hujan. Lepas tu kena la rotan di kaki. Mandi hujan kan tak elok. Nanti demam.

Ada jugak lah masa - masa tertentu, kitorang dibenarkan main air hujan. Seronok tak terkira. Habis semua lopak jadi tempat berkubang. Dah macam kerbau dah. Kerbau pun tak macam kitorang.


Habis baju berlumpur. Balik rumah nanti siaplah. Tak kena rotan, kena bebel. Pastu baju kena basuh sendiri.

Kadang - kadang main bola masa hujan. Layan. Tak sepak bola pun. Sepak air je banyak. Saja buat jahat.

Tapi kalau hujan beserta kilat, memang aku tak pergi main bola. Main kat laman rumah je.


Main galah panjang, dan baling tin masa hujan. Best betul. Kena pulak main beramai - ramai. Sekali dengan bebudak kampung yang lain. Tak kira laki atau perempuan, semua turun main air hujan.

Air hujan dulu mana ada macam sekarang. Air hujan dulu, memang betul - betul air hujan. Sekarang, penuh dengan pencemaran. Dengan toksiklah. Boleh rasa dalam air hujan tu.


Aku rasa budak sekarang dah tak de peluang dah nak main air hujan macam dulu. Asyik berkurung je dalam rumah. Main komputer, PS3. Rugi jadi budak zaman sekarang. Beruntung jadi budak zaman dulu.

Kalau budak kampung sekarang, mungkin masih lagi main air hujan. Budak bandar aku tak tau lah.

10 May 2011

Cuaca Panas

Nikmatnya kalau cuaca panas macam ni dapat berendam kat air terjun. Dengar deburan air yang membasahi badan. Air yang sejuk sampai ke sumsum tulang. Burung - burung berkicauan. Anak - anak ikan berkeliaran mencari makanan. Batu - batu besar berlumut yang menambah damai. Best nya lah....

Cukup dengan fantasi tu. Hujung minggu ni mesti pergi air terjun mana - mana, asalkan dapat legakan rasa panas.



Bila cakap pasal cuaca panas ni teringat hujung 90-an. Fenomena El - Nino.

El - Nino adalah fenomena perubahan suhu permukaan lautan Pacific. Lalu meningkatkan tekanan suhu merentasi lautan Hindi, Indonesia dan Australia yang menyebabkan panas yang melampau. Lebih kurang macam tu la fenomena El- Nino. Nak tahu lagi, tanyalah cikgu Geografi. Aku tak berapa arif sangat.


Cuaca panas di Pantai Barat Semenanjung Malaysia yang berlaku pada tahun ni pula, khabarnya disebabkan oleh Ribut Tropika Aere di Utara Filipina yang meniupkan angin dari arah Barat Daya ke sini. Suhu boleh mencapai hingga 36.2 darjah Celcius.

Cuaca panas macam ni mesti nak duduk dalam aircond atau kipas je. Mana tahan kalau berpeluh sampai naik bau. Paham - paham la bau apa.

Tambah - tambah dalam tren LRT atau komuter atau bas. Mau pengsan dibuatnya. Pagi -pagi ok lagi sebab bau perfume. Petang - petang ?. Jawab sendiri la.

Air memang tak boleh tinggal la. Mesti 8 gelas atau lebih. Kalau tak kering air dalam badan. Lagi satu, aktiviti luar rumah dikurangkan. Bukan tak boleh langsung. Kalau boleh dikurangkan. Takut nanti dapat penyakit lain lak.


Aku pun sejak dua menjak ni, kurang pergi lepak luar bangunan. Dalam bangunan je. Tengok wayang ke , shopping ke. Bukan apa, takut dehidrasi je. Hehehe

Ok la, nak berangan sambil menyejukkan badan.

Best lepak kat sini sambil berendam...;p

08 May 2011

Halwa Telinga "MY MOTHER"


 MY MOTHER
Who should I give my love to? 
My respect and my honor to 
Who should I pay good mind to? 
After Allah 
And Rasulullah 

Comes your mother 
Who next? Your mother 
Who next? Your mother 
And then your father 

Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you 
Who used to feed you? 
And always be with you 
When you were sick 
Stay up all night 
Holding you tight 
That's right no other 
Your mother (My mother) 

Who should I take good care of? 
Giving all my love 
Who should I think most of? 
After Allah 
And Rasulullah 

Comes your mother 
Who next? Your mother 
Who next? Your mother 
And then your father 

Cause who used to hear you 
Before you could talk 
Who used to hold you? 

Before you could walk 
And when you fell who picked you up 
Clean your cut 
No one but your mother 
My mother 

Who should I stay right close to? 
Listen most to 
Never say no to 
After Allah 
And Rasulullah 

Comes your mother 
Who next? Your mother 
Who next? Your mother 
And then your father 

Cause who used to hug you 
And buy you new clothes 
comb your hair 
And blow your nose 
And when you cry 
Who wiped your tears? 
Knows your fears 
Who really cares? 
My mother 

Say Alhamdulillah 
Thank you Allah 
Thank you Allah 
For my mother.


P/s: Thank You Mak, For all you did. I Love You so much....

02 May 2011

Teknik Menghadapi Exam (edisi pelajar universiti)

Alhamdulilah, final aku dah habis. Tunggu result je la.

Kali ni aku nak ngomel pasal exam. Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ni musim peperiksaan aka exam untuk kebanyakkan universiti. Ada yang dah habis dah pun, ada yang masih lagi exam.

Bila musim exam datang, budak - budak 'U' mula mempamerkan aksi dan ragam. Ada yang gabra, cuak, sedih dan lemah semangat. Ada juga yang seronok, berlagak dan buat tak tahu atau berlagak cool. Padahal dalam hati libang - libu.


Secara rumusannya, pelajar akan menghadapi musim exam dengan hati yang berdebar - debar, kepala yang bingung & bengang, dan peluh jantan yang tak nyempat - nyempat keluar.

Boleh dikatakan semua pelajar tak suka exam, terutama mereka yang prestasinya di tahap nyawa - nyawa ikan.

Atau lebih tepat, mereka yang tak pernah peduli dan kenal apa itu kuliah, nota, buku dan library.

Bila dah terdesak, banyaklah teknik - teknik pembelajaran yang digunakan untuk memastikan dapat melangkah ke dewan exam dengan sedikit tenang.

Antara teknik - teknik yang digunakan adalah :-

Teknik 'pulun maut'. 
Teknik ni diamalkan tak kira masa dan tempat. Tengah makan, baca buku. Tengah iron baju, baca buku. Tengah lepak, baca buku. Hatta tengah memerut pun baca buku. Teknik ni ramai yang amalkan. Sesuai diamalkan untuk jenis nota yang perlu dihafal.
Teknik 'trengkas.
Teknik meringkaskan buku dengan nota - nota comel, dan kecik - kecik. Pelajar perempuan selalu buat. Jangan jadi toyol dah la. Bawa masuk dalam dewan exam.
Teknik 'pustakawan'.
Teknik lawatan mengejut ke library. Padahal tak pernah kenal dan jejak pun kaki sepanjang semester. Sanggup merayu pada pak guard supaya buka library tengah - tengah malam.
Teknik 'study cool'.
Teknik pelajar lelaki suka buat. Lebih dikenali dengan nama 'yoga terlentang'. Buku dibaca sambil baring - baring. Lepas tu, buku kemana, study kemana. Dari 'study' dah jadi 'stidur'.







Walau apapun, tak lengkap hidup seorang pelajar kalau tak amalkan last minutes studies. Sebabnya, kalau study awal - awal, bukannya ingat. Dekat nak exam nanti, kena study balik sebab dah lupa. Susah jugak.
Jadi baik kumpul semua nota satu sem. study malam exam. Baru thrill.

Kesimpulannya, budak - budak 'U' memang ambil berat pasal exam. Mereka akan usaha bersungguh - sungguh untuk sekurang - kurangnya lulus dalam exam. Tak kiralah samada usaha tu logik atau tak logik.

p/s: aku study smart (semak)......;p