13 April 2011

Tips Elak Penyeluk Saku

Apa korang buat kalau korang terpaksa lalu kawasan yang ramai orang? Kalau korang berada di dalam bas atau LRT yang sesak, apa yang paling korang kena jaga?


Umumnya, dompet lelaki akan diletak di dalam poket belakang seluar. Kalau poket belakang seluar ada butang, mungkin akan selamat. Kalau poket seluar jeans, macam mana pulak...?


Tips ni aku dapat dari Facebook PDRM. Jadi aku nak kongsi dengan korang.




> Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.

> Silangkan beg anda di hadapan supaya mudah untuk diperhatikan. Pastikan ia telah sentiasa berkunci atau berzip.

> Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli ketika membeli-belah.

> Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.

>Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.

> Elakkan dari tidur ketika berada di dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.


.......Itu antara tips yang boleh korang amalkan. Semua ni bergantung pada korang jugak. Tapi kalau dah semua langkah ni diambil, dan dompet kena seluk jugak. Tak boleh buat apa dah. Yang penting kita dah ambil langkah keselamatan.

No comments:

Post a Comment