15 April 2011

Pisang Kembar

Pertama kali aku jumpa pisang yang berkembar. Sebab aku memang tak pernah jumpa pun pisang kembar macam ni.


Aku tak kenal sangat ni pisang apa. Pisang emas bukan, pisang montel pun bukan. Aku memang gagal kalau bab nak kenal pisang - pisang ni. Aku tau makan je.

Orang cakap la, bukan aku cakap. Makan pisang kembar ni, nanti dapat anak kembar. Aku belum kahwin lagi, aku bedal je. Mana tau dapat isteri ada kembar. Anak pun mesti kembar nanti. Hehehe.


Bagi yang dah berkahwin, kalau nak dapat anak kembar, makan la pisang kembar ni. Betul atau tak, wallahualam. Aku tak tau.

Orang tua - tua kan selalu bagi peringatan macam ni. Contohnya anak dara tak boleh nyanyi masa masak, nanti dapat suami tua. Padahal yang sebenarnya takut nasi hangit je.

3 comments:

  1. @hawiz Aku memang tak pernah jumpa....kagum jap...hehe;p

    ReplyDelete
  2. kite takde rezeki la nak kwen ngan adik beradik kembar, dosa..tapi kalau kembar lain mak ayah nak la jugak..hehe

    ReplyDelete