13 April 2011

Jom makan - makan @ Malaya Steamboat

Sebelum aku jadikan blog ni lebih teruk bersawang, ada bagusnya aku update. Maaf la ye, busy la kebelakangan ni. Banyak benda nak kena buat.

Back to story. Pada hari earth hour hari tu, (aku tau dah lama baru nak cerita), aku pergi makan - makan di Malaya Steamboat. Lokasinya di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.


Untuk info lanjut, korang boleh rujuk Facebook Fanpage diorang. Dijamin halal. Lagipun tempatnya selesa dan bersih.

Pandangan pertama aku, tempat ni bersih dan selesa untuk aktiviti makan - makan. Tempat luas dan boleh diadakan majlis hari lahir dan macam - macam lagi.


Pilihan makanan pun banyak. Tak boleh nak rasa semua jenis makanan. Takut tak habis makan. Aku pernah pergi Flaming Steamboat sebelum ni. Kalau boleh rujuk entri aku yang lepas tentang Flaming Steamboat untuk perbandingan.

Bagi aku kedua - dua tempat ni ada kelebihan masing - masing. Nak puas hati, korang pergi makan kat dua - dua tempat ni.


Jenis makanan ada aneka fishball, udang, ketam, ayam, daging, sayur -sayuran, cendawan, dan macam - macam lagi. Tak tersenarai aku. Yang tak pernah aku makan pun ada. Tak tau la nama apa, tapi sedap je..hehe.




Ada jugak pilihan makanan seperti nasi goreng dan mee goreng untuk dimakan dengan lauk steamboat.  Selain tu, ada pelbagai aiskrim dan ABC. Korang boleh buat sendiri ABC ni. Suka hati la nak letak apa atas ABC korang tu.



Pilihan air ada banyak. Ada panas dan sejuk. Tapi bila makan steamboat ni, percaya la korang memang tak nak minum air banyak. Overload nanti. ;p.

Apa - apa pun, harga makanan di Malaya Steamboat sangat berpatutan. Selesa, bersih dan pelbagai jenis makanan. All you can eat buffet. Tak rugi cuba.....

p/s: Aktiviti kitorang selepas makan.....



Karok time kat Bintang Gemilang Karaoke. Di bahagian atas restoran Malaya Steamboat.....;p

3 comments:

  1. assalamualaikum.
    kalau nak mkn sini kena buat reservation dulu x?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...
    Tak perlu buat reservation pun...walk in je....Kedai ni buka pukul 5 ptg..

    ReplyDelete
  3. bulan pusaa ni.kena buat reservation k?

    ReplyDelete