22 April 2011

Gempar Tak Gempar!!!

Gempar betul tadi. Tak tau macam mana boleh ada situ. Hairan ada, terkejut ada, kesian pun ada. Tak tau apa nak cakap lagi. Nampak sangat dah nazak.

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni, sempena Hari Bumi yang disambut pada hari ni. Kebetulan pulak, jumpa  sesuatu masa nak datang ke pejabat tadi.

Tengok ramai orang tengah berkerumun, rupa - rupanya ada ular sawa sesat di Pejabat Pos Besar. Siap dengan Perhilitan datang lagi.

Ular sawa ni rasanya sesat sebab malam tadi hujan. Air sungai Klang naik dan hanyutkan ular ni sampai ke bandar. Kesian ular ni. Rasanya dah di hantar ke zoo la kot.

Ular sawa berjaya ditangkap

Ni semua sebab habitat ular ni diceroboh. Kalau tak takkan la ular ni boleh sampai ke bandar. KL pulak tu. Kesian.

Sempena Hari Bumi Sedunia ni sama - sama la kita selamatkan bumi kita.

No comments:

Post a Comment