26 April 2011

Suka - Suka

Hari ni pergi buat studi grup. Sehari suntuk jugak kat sini. Dari pagi sampai petang. Ramai nya student tengah studi. 

Last minute plan. Aku pun tak rancang nak pergi studi kat UiTM ni. Ingat nak studi sampai tengah hari je. Alih - alih sampai petang. Apa - apa pun enjoy je studi kat PTAR 1 ni.

Penat buat diskusi aka studi grup ni, aku dan geng pergi jalan - jalan kat area dataran menara Sultan Abdul Aziz Shah atau menara SAAS ni. Saja release tensen. 

Buat korang yang tak pernah jejak kaki kat UiTM Shah Alam ni. Tengok la gambar - gambar ni. Mana tahu dapat jejak kaki kat sini. Bukan sebagai pelajar pun, sebagai ibu bapa pelajar. Hehehe








p/s: Aku pun jarang - jarang datang sini. Tu yang tangkap gambar tu. Buat kenangan. hehehe

24 April 2011

Finally

Akhirnya hari yang ditunggu dah tiba. Harap aku dapat melaluinya dengan tenang. Semua yang aku pelajari akan diuji.

Harapnya aku tidak gelabah dan dapat lalui semuanya. Berkat doa dan rahmat dari Allah s.w.t

Apa - apa pun, semua tu akan diuji dalam FINAL EXAM aku pada hari ini. Insyaallah aku akan dapat buat.

Kepada kawan - kawan dan teman seperjuangan, sama - samalah kita berusaha untuk buat yang terbaik demi masa depan kita.

BERUSAHA!!!!


p/s: entri pendek aku. Tak boleh tulis panjang - panjang. Ketar je tangan...

22 April 2011

Halwa Telinga - "Perpisahan Ini"

~Perpisahan Ini~
Aizat ft 1st Edition




Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

chorus:
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku memiliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi

Dirimu pergi biar ku sendiri




p/s: Mungkin aku lambat dengar lagu ni....Tapi sambil - sambil studi, memang layan. Syahdu je...;p


Gempar Tak Gempar!!!

Gempar betul tadi. Tak tau macam mana boleh ada situ. Hairan ada, terkejut ada, kesian pun ada. Tak tau apa nak cakap lagi. Nampak sangat dah nazak.

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni, sempena Hari Bumi yang disambut pada hari ni. Kebetulan pulak, jumpa  sesuatu masa nak datang ke pejabat tadi.

Tengok ramai orang tengah berkerumun, rupa - rupanya ada ular sawa sesat di Pejabat Pos Besar. Siap dengan Perhilitan datang lagi.

Ular sawa ni rasanya sesat sebab malam tadi hujan. Air sungai Klang naik dan hanyutkan ular ni sampai ke bandar. Kesian ular ni. Rasanya dah di hantar ke zoo la kot.

Ular sawa berjaya ditangkap

Ni semua sebab habitat ular ni diceroboh. Kalau tak takkan la ular ni boleh sampai ke bandar. KL pulak tu. Kesian.

Sempena Hari Bumi Sedunia ni sama - sama la kita selamatkan bumi kita.

21 April 2011

Alasan Kerana Gagal???

Kali ni aku nak kongsi info yang paling berguna dan alasan paling relevan untuk student universiti, jika mereka tak pass dalam exam. (termasuk aku..hehehe).

Alasan ni di cedok dari saya x pndai la komen saya pandai like je kih3. Jangan tension - tension ye student U semua. Gurauan je, bukan betul pun. (ye ke??)

Jadi jom pakat - pakat baca alasan student U ni.

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik …

Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat.

Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb…

Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur.

Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun.

Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari.

Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari.

Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi.

Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira.

Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing aka Relax
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun.

Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!!
Mana boleh belajar!!!hehehe...;p

Boleh terima ke alasan tu....Harap ibu dan bapa terima la ye...hehehe
Kepada lecturer semua, jangan salahkan kami pelajar U semua. Kami insan yang lemah. ...;p

p/s: Kepada semua student - student U yang akan exam final tu. GOOD LUCK untuk korang. May Allah be with you....Amin
Jangan bagi alasan korang malas belajar.....

20 April 2011

Emel 1Malaysia

Dalam berita hari ni, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi  di dalam portal web E-mel 1Malaysia.

Emel ni nanti akan menjadi wadah dan platform untuk agensi - agensi kerajaan menyampaikan perkhidmatan dan maklumat kepada rakyat.


Pendapat aku;
Satu usaha yang bagus kot. Sekurang - kurangnya, berita dan maklumat dari kerajaan adalah terus dari kerajaan sendiri. Bukan melalui medium lain seperti media cetak dan media elektronik. Kalau betul la terus dari kerajaan. Apa - apa pun tunggu dan lihat je la.

Berita Harian.
Wujud perhubungan langsung warga berusia 18 tahun ke atas dengan kerajaan


PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.
Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.
Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG. 

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pengumuman projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP), di ibu negara semalam. 

Laman portal sehenti berkenaan akan dibangunkan oleh syarikat senarai Bursa Malaysia, Tricubes Bhd dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti rangkaian sosial, pembayaran bil dalam talian dan permohonan kerakyatan menerusi pautan. 

Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, berkata syarikat berkenaan yang terbabit dalam perniagaan kemudahan teknologi untuk segmen enterpris dan pengguna akan melabur RM50 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangunkan sistem e-mel berkenaan dan dijangka menyumbang RM39 juta kepada pendapatan negara kasar (PNK) menjelang 2020. 
Khairun Zainal berkata, Tricubes akan memiliki dan mengendalikan sepenuhnya portal sehenti berkenaan kerana ia adalah inisiatif swasta. 

“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya. 

Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan. 

Beliau menjelaskan, Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas. 



INFO: E-mel 1 Malaysia 



  • Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar. 


  • Dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU). 


  • Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan. 


  • Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan. 
  • 15 April 2011

    Pisang Kembar

    Pertama kali aku jumpa pisang yang berkembar. Sebab aku memang tak pernah jumpa pun pisang kembar macam ni.


    Aku tak kenal sangat ni pisang apa. Pisang emas bukan, pisang montel pun bukan. Aku memang gagal kalau bab nak kenal pisang - pisang ni. Aku tau makan je.

    Orang cakap la, bukan aku cakap. Makan pisang kembar ni, nanti dapat anak kembar. Aku belum kahwin lagi, aku bedal je. Mana tau dapat isteri ada kembar. Anak pun mesti kembar nanti. Hehehe.


    Bagi yang dah berkahwin, kalau nak dapat anak kembar, makan la pisang kembar ni. Betul atau tak, wallahualam. Aku tak tau.

    Orang tua - tua kan selalu bagi peringatan macam ni. Contohnya anak dara tak boleh nyanyi masa masak, nanti dapat suami tua. Padahal yang sebenarnya takut nasi hangit je.

    14 April 2011

    BEN ASHAARI GEGAR LAGI ...

    Saja je nak join segmen Abe Ben.  Tak de tujuan apa - apa pun. Kalau  korang nak join sila la ke blog Abe Ben.



    Tujuan Abe Ben buat segmen adalah untuk menambah kenalan blogger. Aku pergi tengok komen untuk pos link dalam blog Abe Ben. Ramai perempuan yang join segmen Abe Ben. Lelaki berapa kerat je. Nampak sangat Abe Ben ni ada sex appeal. Ajar sikit Abe Ben. Hehehe.
    (Kalau korang tak tau sex appeal tu apa....sila google)..;p

    Jadi aku nak menyibukkan diri join segmen ni. Suka - suka je. Boleh kenal ramai - ramai blogger. Perempuan saja....hahaha.
    Acah je, lelaki pun no hal. Kawan - kawan kan.....;p

    13 April 2011

    Tips Elak Penyeluk Saku

    Apa korang buat kalau korang terpaksa lalu kawasan yang ramai orang? Kalau korang berada di dalam bas atau LRT yang sesak, apa yang paling korang kena jaga?


    Umumnya, dompet lelaki akan diletak di dalam poket belakang seluar. Kalau poket belakang seluar ada butang, mungkin akan selamat. Kalau poket seluar jeans, macam mana pulak...?


    Tips ni aku dapat dari Facebook PDRM. Jadi aku nak kongsi dengan korang.




    > Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.

    > Silangkan beg anda di hadapan supaya mudah untuk diperhatikan. Pastikan ia telah sentiasa berkunci atau berzip.

    > Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli ketika membeli-belah.

    > Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.

    >Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.

    > Elakkan dari tidur ketika berada di dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.


    .......Itu antara tips yang boleh korang amalkan. Semua ni bergantung pada korang jugak. Tapi kalau dah semua langkah ni diambil, dan dompet kena seluk jugak. Tak boleh buat apa dah. Yang penting kita dah ambil langkah keselamatan.

    Jom makan - makan @ Malaya Steamboat

    Sebelum aku jadikan blog ni lebih teruk bersawang, ada bagusnya aku update. Maaf la ye, busy la kebelakangan ni. Banyak benda nak kena buat.

    Back to story. Pada hari earth hour hari tu, (aku tau dah lama baru nak cerita), aku pergi makan - makan di Malaya Steamboat. Lokasinya di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.


    Untuk info lanjut, korang boleh rujuk Facebook Fanpage diorang. Dijamin halal. Lagipun tempatnya selesa dan bersih.

    Pandangan pertama aku, tempat ni bersih dan selesa untuk aktiviti makan - makan. Tempat luas dan boleh diadakan majlis hari lahir dan macam - macam lagi.


    Pilihan makanan pun banyak. Tak boleh nak rasa semua jenis makanan. Takut tak habis makan. Aku pernah pergi Flaming Steamboat sebelum ni. Kalau boleh rujuk entri aku yang lepas tentang Flaming Steamboat untuk perbandingan.

    Bagi aku kedua - dua tempat ni ada kelebihan masing - masing. Nak puas hati, korang pergi makan kat dua - dua tempat ni.


    Jenis makanan ada aneka fishball, udang, ketam, ayam, daging, sayur -sayuran, cendawan, dan macam - macam lagi. Tak tersenarai aku. Yang tak pernah aku makan pun ada. Tak tau la nama apa, tapi sedap je..hehe.




    Ada jugak pilihan makanan seperti nasi goreng dan mee goreng untuk dimakan dengan lauk steamboat.  Selain tu, ada pelbagai aiskrim dan ABC. Korang boleh buat sendiri ABC ni. Suka hati la nak letak apa atas ABC korang tu.



    Pilihan air ada banyak. Ada panas dan sejuk. Tapi bila makan steamboat ni, percaya la korang memang tak nak minum air banyak. Overload nanti. ;p.

    Apa - apa pun, harga makanan di Malaya Steamboat sangat berpatutan. Selesa, bersih dan pelbagai jenis makanan. All you can eat buffet. Tak rugi cuba.....

    p/s: Aktiviti kitorang selepas makan.....



    Karok time kat Bintang Gemilang Karaoke. Di bahagian atas restoran Malaya Steamboat.....;p

    01 April 2011

    MAC

    Bulan Mac, bulan 3.....Bulan yang penuh emosi bagi aku. Kebanyakkan entri aku bulan ni, agak emosional sikit. Aku minta maaf banyak - banyak kerana buat korang muntah baca entri aku.

    Aku bukan sengaja. Lagipun bulan Mac ni kan bula feveret aku. So, aku tak boleh elak cerita pasal bulan Mac ni.

    Insyaallah, lepas ni mungkin takde. Tapi aku tak berani jamin. Sebab sekarang aku tengah ada macam - macam problem nak kena setelkan. Penat otak, penat fikiran, penat perasaan, penat hati dan penat badan.


    Satu kemusykilan aku, kenapa aku nak jaga hati orang lain kalau orang lain tak hargai perbuatan aku. Aku seboleh - bolehnya cuba berbuat baik dan jaga kebajikan orang lain, tapi disalah ertikan. Musykil aku.

    Kalau aku beri perhatian dan ambil berat pasal kawan aku, salah ke?. Ok fine, aku takkan buat apa - apa lagi dah. Cukup la.


    Erkk, sorry teremosional lak. Jangan ambil hati sangat ye. Aku memang macam ni.......

    Sambung balik....bulan ni memang banyak cabaran dan dugaan bagi aku. Insyaallah aku dapat kawal. Dengan berkat pertolongan dari - Nya.

    Selagi masalah tak selesai, aku tak senang duduk. Aku cuba berlagak cool. Tapi..........

    Luaran nampak ok, tapi di dalam hanya Tuhan yang tahu.

    Maafkan aku untuk entri kali ni dan yang sebelum -sebelumnya....;p