21 March 2011

Sahabat, Rakan, Kawan, Teman

Aku sangat menghargai persahabatan. Segala pertolongan yang kawan aku minta, akan aku penuhi dengan sedaya upaya.

Dalam berkawan, aku sangat tak berkira. Betul. Inilah aku.



Hadis riwayat daripada Rasulullah SAW....

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan"


Al Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:-
  1. Jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali r.a pernah berkata:-

"Saudaranya yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."



Abu Sulaima al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilh rakan:
  • Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
  • Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Jadi, bila korang dah jumpa kawan dan sahabat sejati. Jagalah persahabatan itu sehingga akhir hayat. Zaman sekarang lebih banyak "kawan makan kawan."

2 comments:

  1. kawan sejati akan sentiasa ada buat kita dalam apa jua keadaan, tp sekarang susah sikit nak bertemu dengan kawan mcn ni, kebanyakannya ada pada waktu kita senang sahaja

    ReplyDelete