08 March 2011

Kahwin oh Kahwin

Disebalik kesibukkan aku dengan kelas dan kerja. Aku teringin nak story sikit. Lagipun dah lama blog ni tak update.

Entri ni sambungan kepada entri "Isteri oh Isteri". Kalau korang nak tahu ceritanya, boleh la baca. Kalau tak nak pun tak pa.


Aku nak tunjukkan perbelanjaan untuk perkahwinan orang sekarang. Maksud aku, trend majlis perkahwinan yang diamalkan sekarang. Yang aku nak tunjuk ni, hanya untuk menyediakan majlis persandingan saja. Hantaran, cincin, dan majlis akad nikah aku asingkan.



Perbelanjaan untuk majlis persandingan.


Pakaian ....................................................................................... RM 1500
Mak andam..................................................................................  RM 1000
Fotografi ...................................................................................... RM 1500
Videografi.....................................................................................  RM 1000
Hiasan bilik pengantin (termasuk perabot).........................................RM 3000
Kad Undangan ...............................................................................RM 500
Katering..........................................................................................RM 12000
Khemah / kanopi.............................................................................RM1000
Pelamin / bunga pahar / set renjis.....................................................RM1500
PA sistem/DJ Karaoke/Emcee .........................................................RM500
Pelbagai ( perkara lain seperti bunga manggar dan bil air/elektrik) .......RM2000

JUMLAH........................................................................................RM 25500


Bayangkan RM25500. Banyak tu. Tu baru anggaran. Belum kira ikut harga pasaran lagi. Mungkin lebih, mungkin kurang. Ada la beberapa perkara yang aku rasa boleh kurangkan. Tapi nak kena sesuaikan la. Kena tanya pendapat pasangan jugak.

Yang aku kira tu untuk majlis persandingan. Kalau termasuk akad nikah dengan majlis pertunangan lagi. Alamak!!!

Majlis tunang sekarang tak macam dulu. Sekarang siap dengan pelamin. Tunang tak nak kalah. 


Macam mana nak kurangkan belanja kahwin, kalau harga dah macam tu. Entah la. Susah nak cakap. Memang aku pun nak buat juga majlis serupa orang lain. Tapi mampu ke? Takut je lepas kahwin merana.

Aku terus terang, kalau boleh aku nak buat seringkas yang boleh tanpa mengabaikan perkara wajib. Nasib la kampung aku kat Kelantan. Murah sikit belanja kahwin. Kalau negeri lain, tak tau la aku. Nasib korang la.


Aku suka memetik hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya."

Hadis diatas bukan bermaksud wanita yang hantaran mahal wanita jahat. Tapi sebagai peringatan kepada kaum wanita supaya memudahkan perkahwinan.

Kaum wanita, kalau rasa belanja perkahwinan korang akan menyusahkan bakal suami korang. Berbincanglah dengan keluarga. Insyaallah. Akan dipermudahkan perkahwinan korang dan diberkati oleh Allah s.w.t.


Jadi kaum lelaki, mula kumpul duit seawal 20 tahun lagi.Kalau boleh, lagi awal lagi bagus. Aku yakin dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. 

p/s: aku belum nak kahwin lagi, tapi dah mula fikir apa yang patut...;p

2 comments:

  1. kalau saya nk kahwin mudah jer...duti hantaran xperlu byk2 sbb bagi saya lps kahwin saya akan tinggal dgn suami so suami mmg akan bg nafkah..xperlu nk bg duit hantaran based on kelulusan pendidikan..duit harta benda utk dunia shj bukan kekal hingga akhirt kelak..kalau nk bagi pn sy akan beritau pihak lelaki, paling sikit RM1000 & paling byk RM3000, tu jer..kalau sy xperlu bersanding, nanti hbs duit utk pelamin lg, baju lg..mak sy ckp kalau nk bergambar & nk pakai bju khwin byk2 lebih baik gi studio je, xperlu buat show..mas kahwin tu wajib so kena ikut yg dh ditetapkan utk setiap negeri..brg2 hantaran xperlu beli yg mahal2..duit yg ada boleh simpan utk keperluan selepas kahwin..insyaAllah sy akan buat majlis kesyukuran jer..jemput org kg & kwn2 datang rumah makan2 je, xperlu bg duit..bila lg nk bg org makan free, time mcm tu je la..sy fikir utk kebaikan semua pihak..kdg2 kesian plak tgk org lelaki yg terpaksa kumpul duit & habiskan duit byk2 utk kahwin..ada yg sampai buat pinjaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, susah nak cari perempuan yang nak majlis ringkas je....(kot la saya tak jumpa lagi)... apa-apapun kehidupan lepas berkahwin yang paling peting sebenarnya kan? kan?

      Delete