30 March 2011

Speechless

Hari ni aku terima berita yang aku tak sangka akan terima. Tak tau nak cakap sama aku suka atau tak dengan berita yang aku terima.

Berita ni berita gembira buat kawan aku tu. Tapi aku rasa macam terkilan pun ada gak. Gembira pun ada gak. Jadi perasaan aku bercampur - campur.

Mulanya aku dah syak lama dah. Tapi selagi empunya badan tak cakap apa - apa, aku tak boleh nak buat apa - apa.

Kawan aku ni sangat memahami aku. Kitorang susah senang sama - sama. Hampir semua cerita dia aku tau. Sama gak cerita aku, dia pun tau. Tapi bila berita besar macam ni lambat beritahu kat aku. Terkilan sangat. Lagi terkilan aku bukan orang pertama yang dapat berita ni.

Aku tak nak dia rasa bersalah sebenarnya. Alasan dia supaya aku tak rasa terdesak atau desperate, dan aku akan rasa "down", aku tak boleh terima. Nampaknya dia tak betul - betul kenal aku.......

Kalau cerita berita ni lama dulu, mungkin aku boleh terima lagi. Tapi lagi beberapa bulan. Aku speechless.

Nak kata apa lagi kan?. So, aku terima je la satu berita yang besar. Sangat besar. Dan aku lambat tahu....

Apa - apapun. I'm happy for you and hope you in Allah's loves.....;p

28 March 2011

Please lah!!

Blog aku dah lama tak berupdate. Last post pun Jumaat lepas. Lama la tu kan?. Orang lain rilek je update 5 - 6 kali sehari. 


Sebenarnya aku sekarang penat, letih dan lesu. Seperti korang sedia maklum, aku pekerja merangkap pelajar. Jadi, keletihan yang aku rasa kali ni, memang lain. 


Dah lama sebenarnya tak rasa letih macam ni. Tapi seronok gak sekali - sekala dapat keletihan melampau. Sampai nak makan pun tak de selera. Tapi perut lapar. Hehehe.


Letih bermaksud keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga. Jadi aku sekarang lesu la. Dah la semalam ada kelas, di tambah pulak ada assignment, tidur lambat, etc. 





Tapi semangat nak update blog tetap ada. Sisa - sisa semangat yang ada tu la, yang membuatkan aku terus menaip. Kalau tak dah terbongkang dah ni. 


Kalau cari supplemen penambah tenaga, memang banyak. Tapi aku jenis tak suka makan ubat. Hanya keadaan tertentu je aku makan ubat. 


Kalau beli supplemen pun, tersimpan dalam gobok je. Gobok aku je la yang sihat dan cergas. Tuan nya tak pun. Rugi lak beli mahal - mahal.


Sama gak kalau aku beli pencuci muka, berbulan - bulan baru nak habis. Aku tak minat benda - benda penjagaan diri ni. 


Kalau pergi jalan - jalan terutamanya kat pasar - pasar malam, mesti ada orang yang pegang krim muka sambil hulur pamplet krim tu. Kalau ambik pamplet tu, mesti diorang akan tarik tangan korang sambil sapu krim muka tu kat tangan korang. Konon nak buat demonstrasi la. Selagi korang tak beli, selagi tu dia akan pegang tangan kita. Tensen aku. 

Aku pernah gak la terkena. Lepas tu tak de dah. Aku buat tak tau je dengan diorang ni. Aku sebenarnya tak suka taktik perniagaan macam tu. Macam nak menipu je. Sori tu say la kepada pihak berkenaan.


Cukup la membebel ni. Semangat aku dah hilang dah ni. Terima kasih la kerana sudi baca....;p 

25 March 2011

Earth Hour

Earth Hour bermula di Sydney, Australia apabila 2.2 juta penduduk dan lebih 2000 kedai dan pusat perniagaan memadamkan lampu selama 1 jam untuk menyuarakan hasrat terhadap perubahan iklim dunia.

Setahun kemudian, Earth Hour menjadi acara besar - besaran apabila lebih daripada 50 juta penduduk dunia merentasi 35 negara mengikuti acara memadamkan lampu ini.

Mercu tanda negara seperti Jambatan Sydney Harbour, Menara CN di Toronto, Golden Gate Bridge di San Francisco dan Colosseum di Rome memadamkan lampu sebagai sokongan terhadap kempen Earth Hour.


Pada tahun berikutnya, lebih banyak negara menyokong acara Earth Hour yang menjadi acara tahunan dunia ini.






Jadi pada tahun ni, Earth Hour jatuh pada hari Sabtu, 26hb Mac. iaitu esok.


Sebagai menyokong kempen menyelamatkan bumi., jom kita sama - sama menutup lampu, dan semua perkakas elektrik, termasuk komputer. 


Duduk je dalam gelap. Pasang lilin. Baru romantik.


Tahu tak, dengan tiadanya televisyen, komputer, video game, handphone dan lain - lain, komunikasi antara keluarga dan kawan - kawan lebih rapat. Segala perbualan dan luahan dapat dikongsi. Kalau tak percaya, cubalah.


Apa -apapun, sokonglah kempen Earth Hour ni. Hanya dengan menutup lampu dapat menunjukkan sokongan korang dan menentang perubahan iklim dunia. 


Sumbangan kecil, besar manfaatnya kepada bumi....Peace







23 March 2011

Satu Langkah

Hari ni keputusan SPM diumumkan. Seramai 9,239 calon dapat semua A dalam peperiksaan SPM.


Satu keputusan yang membanggakan. Sesiapa tergolong daripada mereka ni, sekalung tahniah di atas kejayaan korang.


Yang kurang berjaya, jangan sedih. Anggaplah ini salah satu dugaan yang ditempuhi untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dalam hidup.


Selepas alam persekolahan, korang akan hadapi alam universiti, alam pekerjaan, alam perkahwinan, dan alam berkeluarga. Korang baru lepas alam persekolahan. Selepas ni cabaran dan dugaan akan lebih hebat lagi.


Banyak bukti menunjukkan, mereka yang ada matlamat, berjaya menghadapi masa depan dengan cemerlang.


Motivasikan diri agar kesilapan lalu dijadikan pedoman. Gagal sekali, bukan bererti gagal selamanya.


Jadi jangan bersedih buat yang kurang berjaya. Masa korang panjang lagi....


Perbaiki diri. Buktikan pada orang lain. Kegagalan hari ni bukan penentu kegagalan dalam hidup...Chaiyukk..;p






   

21 March 2011

Sahabat, Rakan, Kawan, Teman

Aku sangat menghargai persahabatan. Segala pertolongan yang kawan aku minta, akan aku penuhi dengan sedaya upaya.

Dalam berkawan, aku sangat tak berkira. Betul. Inilah aku.



Hadis riwayat daripada Rasulullah SAW....

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan"


Al Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:-
  1. Jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali r.a pernah berkata:-

"Saudaranya yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."



Abu Sulaima al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilh rakan:
  • Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
  • Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Jadi, bila korang dah jumpa kawan dan sahabat sejati. Jagalah persahabatan itu sehingga akhir hayat. Zaman sekarang lebih banyak "kawan makan kawan."

20 March 2011

Malas

Malas bererti tidak berbuat sesuatu. Bermalas - malasan bererti berehat tanpa berbuat apa - apa.

Sekarang aku malas sambil bermalas - malasan. Nak tulis blog pun rasa malas. Nak baca blog orang pun rasa malas. Tambah pulak hari minggu ni. Malas je nak buat apa - apa.

Kerja aku memang banyak. Ada assignment, draf, proposal KIK, portfolio lagi, semua - semua la yang patut aku buat hari ni. Tapi aku malas.

Macam mana aku nak buat. Ada cadangan?.Ah! Malas la aku nak ambik tau.

Cukup la entri panjang ni. Malas nak tulis apa - apa dah....;p






19 March 2011

Kaya Selepas Grad

Kali ni aku nak kongsi maklumat yang aku dapat. Benda ni penting sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan.


Kebanyakkan pelajar universiti akan menganggur sekurang - kurangnya enam bulan. Jadi macam mana nak ada duit dalam tempoh enam bulan tak bekerja.

Ambil perhatian, ni bukan MLM. Tapi penjimatan menggunakan wang pinjaman pengajian seperti PTPTN atau MARA.

Cara yang boleh diamalkan:

  1. Simpan 20 peratus wang pinjaman yang diterima pada awalnya. Tak kisah nak simpan dalam ASB atau Tabung Haji.
  2. Beli polisi takaful untuk memberi perlindungan jika terjadi kemalangan pada diri.
  3. Guna hanya kad prabayar untuk handphone dan hadkan penggunaan.
  4. Elakkan daripada makan luar berlebihan.
  5. Sesekali makan roti untuk menjimatkan wang.
  6. Untuk riadah, elakkan daripada pergi menonton wayang atau main bowling dengan kerap. Sebaliknya, main badminton atau berjoging.
  7. Amalkan puasa sunat, sekurang - kurangnya tiga hari sebulan.
  8. Lakukan kerja sambilan pada cuti semester break.
  9. Buka akaun berasingan untuk tabungan yang tidak menggunakan kad ATM.
  10. Berdisiplin menabung.


Kalau korang menabung kepada pelaburan yang bagi pulangan tahunan sebanyak 10 peratus setahun,

  • Simpan RM200 sebulan selama tiga tahun, dapat RM8368 selepas grad.
  • Simpan RM150 sebulan selama tiga tahun, dapat RM6276.03 selepas grad.
  • Simpan RM100 sebulan selama tiga tahun, dapat RM4184.02 selepas grad.

Jadi, sebelum korang dapat kerja tetap selepas grad. Korang boleh survive lagi. Dan tak menyusahkan keluarga.

Belum terlambat untuk menyimpan.

17 March 2011

Wah!! Tak Sangka

Malam semalam...Ok dah basi tapi aku nak cerita jugak. Bila ada kat Kuala Lumpur ni, jarang sangat lah aku dan kengkawan nak merasa air tangan aku. Maksud aku, hasil daripada tangan aku. Susah. Hanya insan terpilih je. Kalau dapat merasa, kiranya korang sangat bertuah.

Saja je aku nak puji diri sendiri. Nak kata aku pandai memasak tu, taklah. Tapi kira ok la, kalau takde orang keracunan kalau makan masakan aku. Hahaha

Menu makan malam.
Ikut pusingan jam: Lala goreng halia, ikan goreng,
sambal sotong, rendang ayam, sayur campur.

So,semalam aku memasak barang sejenis dua. Dengan kerjasama kawan aku. Tak sangka aku. Menjadi juga menu aku. "Lala Goreng Halia". Senang je nak buat rupanya.

Aku bagitau bahan - bahannya.

Halia (kena banyak)
Bawang merah + putih
Belacan
Bawang besar
Sos Tiram
Sos Cili
Lala
Cili Padi

Cara - caranya:

  • Kisar bawang putih, merah, cili padi, belacan. Goreng bahan tumisan ni.
  • Tuang sos tiram, sos cili. 
  • Masukkan lala. 
  • Dah masak sikit lala, masukkan halia dan bawang besar. Masukkan air sikit kalau kering. Goreng sampai masak.
  • Makan


Senangkan?...Aku pun tak sangka menjadi. Tapi termasin la sikit. Ingatkan tawar, tambah garam lak. Masin. Hehe. Terima kasih lah kawan kerana sudi makan. Terutamanya kepada Fadil, selaku tuan rumah yang meminjamkan dapurnya.

15 March 2011

Facebook Tutup Hari Ini

15 Mac....Tarikh yang dicanang - canang bahawa Facebook akan tutup. Dari 9 hb Januari lagi dengar Facebook akan tutup.

Semua ni gara - gara di canang oleh akhbar tabloid Weekly World News. So satu dunia pakat kelam kabut, tapi  sebenarnya tak de pun.


Rilek je aku bukak Facebook aku. Alasan Mark Zuckerberg nak tutup Facebook, pun tak logik. Dia kata dia stress nak uruskan Facebook. Padahal dia boleh bagi je kat orang lain. Kelakar lak aku dengar.

Kesimpulannya. Jangan gabra tak tentu pasal. Siasat kebenaran berita tu. Sama juga kalau korang dengar khabar angin mengatakan turunnya hujan radiasi yang berpunca daripada letupan nuklear kat Jepun tu.

Pakar sendiri dah kata, kemungkinan besar hujan tersebut takkan sampai ke Malaysia ni. Jadi be cool okay. Jangan lah gabra tak tentu pasal. Cari maklumat kesahihan berita tu , dah pasti baru sebarkan ke orang lain. Kalau korang was - was, baca ni.

Nilah bahayanya khabar angin ni. Berita tak betul senang je tersebar.

Renung - renungkan...

143....I Love You!!!

Oppss....tajuk sangat sesuatu...haha
Bukan apa, aku cuma nak tujukan penghargaan aku kepada semua kawan, teman, rakan, sahabat dan keluarga atas semua yang ucapan dan ingatan kepada tarikh 14 Mac atau 14/3 ni.


Kepada sahabat - sahabat yang menceriakan hari aku Jamil, Tajudin, Kak Reen, Zam, Alea, Nuna, Aisyah dan semua sahabat aku yang tak tersenarai. Terima kasih daun keladi, tahun depan buat lagi....;p

Aku hargai semua ingatan korang. Tanpa korang sapa la aku. I'm nobody, nobody but you (sambil menari ala wondergirls).

Dan jugak kepada yang mengucapkan Happy Birthday pada aku hari ni, aku terima seadanya. At least you remember me. Better late than never.

Kalau aku mampu, aku nak jumpa semua kawan aku. Tak kira kawan masa zaman belajar atau kerja. Aku belanja korang. Hehehe

By the way, selepas hari ni, entri aku akan kembali seperti biasa. Dua tiga hari ni biasala. Emosional sikit.

Last but not least, syukur pada Ilahi atas limpah  rahmat-Nya padaku. Syukur pada-Mu ya Allah.....

p/s: Aku kongsi hari lahir dengan Albert Einstein dan Aamir Khan...Aku pun baru tau...;p
      Senarai penuh kat sini.

12 March 2011

Dua Hari Lagi

Entri kali ni lebih kepada hati dan perasaan. Jika tak suka entri aku kali ni. Boleh la tekan [X]. Aku takkan larang. Apapun, aku nak jugak tulis benda ni. Sebelum aku terlupa apa yang nak aku luahkan dan cerita.Kena cari tempat untuk tulis benda ni. Jadi blog aku la tempat yang paling sesuai. Aku boleh baca banyak kali. Korang tak suka.Aku kisah apa....;p



Seperti tajuk entri, dua hari lagi adalah 14 Mac. Tarikh yang aku suka. Tarikh ni la dimana darah aku tumpah buat pertama kali. Masa tu aku sungguh suci. Aku tak ada ingatan pasal kejadian tu. Tapi mengikut kata mak aku, dia bangga dan seronok ketika tarikh tersebut.

And I'm happy and proud too. Tak dapat dibayangkan apa yang berlaku pada tarikh ni dulu. Cuma kadang - kadang aku terlupa pada tarikh 14 Mac ni. Biasa la manusia mudah lupa.

Aku tak pernah sambut ketibaan tarikh ni dengan dengan kek, jamuan atau  apa - apa pun. Hanya ucapan dari teman - teman, sahabat, saudara dan keluarga aku je. Kadang - kadang aku cemburu jugak bila ada teman - teman aku menerima kejutan atau "surprise party" dari teman - teman yang lain. Aku nak jugak ada kejutan macam tu. Tapi aku rasa takkan ada sampai bila - bila. Pity me...;(

Tapi hadiah yang buat aku terharu adalah dari adik aku yang ada kat Shah Alam. Thank you so much. I'm proud to be her brother.

Hadiah dari adikku...Thanks...;p

Ucapan dan penghargaan dari teman semua aku terima dengan hati terbuka. Apapun aku memanjatkan doa dan syukur kepada Allah s.w.t. kerana aku di beri peluang untuk berjumpa lagi dengan tarikh 14 Mac ni.

Korang tentu dah boleh agak. Ya, tarikh 14 MAC adalah hari lahir aku. I can't wait for this date. A new phase of my life...;p

11 March 2011

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !


Aku ini blogger lelaki. Tapi tak salah kan kalau nak berjiwa - jiwa dalam blog. Lagipun blog sendiri. Kalau perasan lagu - lagu rock kapak kan ke lagu jiwang - jiwang belaka. Jadi tak salah lah kan? Tu la kreativiti namanya .

Aku buat blog kerana aku nak menulis. Aku pernah menulis dan simpan di dalam laptop aku je. Aku pernah cakap benda ni dalam entri sebelum ni. Rujuk sini.

Bila semua tulisan aku simpan dalam laptop, akan timbul masalah bila laptop aku di format. Semua penulisan aku akan hilang. Dah la tak simpan kat tempat lain. Sedih rasa masa tu, Baru je nak simpan untuk buat jurnal. 

Jadi nak tak nak, aku buat blog. Sekurang - kurangnya aku boleh kongsi dengan orang lain. 

Aku tak kisah ada orang baca atau tak. Sebab aku amalkan "MENULIS BUKAN KERANA NAMA"

Kalau korang  berminat nak cerita kenapa korang berblog, terutamanya lelaki. Sila singgah ke sini


Blog  wanita aku suka singgah : Elia : Short & Sweet & Dari Hati Mira

Terima Kasih Din

Mulakan dengan Bismillah.
Assalamualaikum. Entri kali aku nak buat tribute, review, ulasan dan yang sewaktu dengannya untuk member aku. Aku buat entri khas ni sempena hari kelahiran beliau hari ni. Ini je yang aku mampu buat. Aku tak mampu nak bagi lebih - lebih. Jadi aku buat halaman khas dan sekaligus mempromosikan blog beliau. Aku harap beliau suka....;p

Aku akan guna perkataan "Beliau", sebab ini entri khas untuk member aku tu.

Sedikit ringkasan tentang beliau.

- Dikenali sebagai Atam, pak tam, waie, pak long dan beberapa lagi. Tapi mostly member panggil beliau Din.
- Berasal dari Kampung Barokhas, Kuala Nerang.
- Berumur genap 26 tahun, untuk tahun ni.
- Masih bujang trang tang, tang, tang. hehe
- Nak tahu lebih lanjut sila ke sini.


Beliau adalah kawan, rakan, sahabat dan teman dikala suka atau duka. Walaupun beliau menganggap aku sebaliknya. Aku tak kisah. Semua kawan aku, adalah sahabat aku.

Dari pandangan aku mengenali beliau selama empat tahun. Beliau adalah seorang yang sangat bertanggungjawab, senang bertolak ansur, tidak berkira dan mudah memberi pertolongan. Walaupun ada kalanya sangat berbisa apabila berbicara. Tapi hati dia baik.

Sangat sukakan perkara yang berkaitan kuasa minda. Kalau nak tahu, try masuk group Facebook "Mindpower". Beliau adalah admin untuk group tersebut.

Buku - buku yang beliau berminat untuk baca adalah buku motivasi dan islamik. Calon suami yang bagus ni.

Beliau sangat banyak memberi pertolongan kepada aku. Melalui beliau lah aku mula membuat blog yang tak seberapa ni. Aku ucapkan berbanyak - banyak TERIMA KASIH. Aku rasa tak mampu nak balas segala jasa baik beliau.

Ucapan aku untuk beliau sempena hari kelahiran beliau.
" Din, terima kasih banyak - banyak atas segala bantuan, pertolongan, pengorbanan dan tangan yang dihulur kepada aku ketika aku memerlukan. Juga terima kasih kerana sanggup bersabar dengan kerenah aku yang moody, dan kadang - kadang emosional. Juga terima kasih atas segalanya yang aku tak mampu senaraikan. Halalkan baik, buruk aku."
                                                                                                            Yang Ikhlas....;p


Sebelum terlupa, sudi - sudikanlah diri melawat blog beliau.

08 March 2011

Kahwin oh Kahwin

Disebalik kesibukkan aku dengan kelas dan kerja. Aku teringin nak story sikit. Lagipun dah lama blog ni tak update.

Entri ni sambungan kepada entri "Isteri oh Isteri". Kalau korang nak tahu ceritanya, boleh la baca. Kalau tak nak pun tak pa.


Aku nak tunjukkan perbelanjaan untuk perkahwinan orang sekarang. Maksud aku, trend majlis perkahwinan yang diamalkan sekarang. Yang aku nak tunjuk ni, hanya untuk menyediakan majlis persandingan saja. Hantaran, cincin, dan majlis akad nikah aku asingkan.



Perbelanjaan untuk majlis persandingan.


Pakaian ....................................................................................... RM 1500
Mak andam..................................................................................  RM 1000
Fotografi ...................................................................................... RM 1500
Videografi.....................................................................................  RM 1000
Hiasan bilik pengantin (termasuk perabot).........................................RM 3000
Kad Undangan ...............................................................................RM 500
Katering..........................................................................................RM 12000
Khemah / kanopi.............................................................................RM1000
Pelamin / bunga pahar / set renjis.....................................................RM1500
PA sistem/DJ Karaoke/Emcee .........................................................RM500
Pelbagai ( perkara lain seperti bunga manggar dan bil air/elektrik) .......RM2000

JUMLAH........................................................................................RM 25500


Bayangkan RM25500. Banyak tu. Tu baru anggaran. Belum kira ikut harga pasaran lagi. Mungkin lebih, mungkin kurang. Ada la beberapa perkara yang aku rasa boleh kurangkan. Tapi nak kena sesuaikan la. Kena tanya pendapat pasangan jugak.

Yang aku kira tu untuk majlis persandingan. Kalau termasuk akad nikah dengan majlis pertunangan lagi. Alamak!!!

Majlis tunang sekarang tak macam dulu. Sekarang siap dengan pelamin. Tunang tak nak kalah. 


Macam mana nak kurangkan belanja kahwin, kalau harga dah macam tu. Entah la. Susah nak cakap. Memang aku pun nak buat juga majlis serupa orang lain. Tapi mampu ke? Takut je lepas kahwin merana.

Aku terus terang, kalau boleh aku nak buat seringkas yang boleh tanpa mengabaikan perkara wajib. Nasib la kampung aku kat Kelantan. Murah sikit belanja kahwin. Kalau negeri lain, tak tau la aku. Nasib korang la.


Aku suka memetik hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya."

Hadis diatas bukan bermaksud wanita yang hantaran mahal wanita jahat. Tapi sebagai peringatan kepada kaum wanita supaya memudahkan perkahwinan.

Kaum wanita, kalau rasa belanja perkahwinan korang akan menyusahkan bakal suami korang. Berbincanglah dengan keluarga. Insyaallah. Akan dipermudahkan perkahwinan korang dan diberkati oleh Allah s.w.t.


Jadi kaum lelaki, mula kumpul duit seawal 20 tahun lagi.Kalau boleh, lagi awal lagi bagus. Aku yakin dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. 

p/s: aku belum nak kahwin lagi, tapi dah mula fikir apa yang patut...;p

03 March 2011

Siaran Tergendala

Kerja, KIK, assignment, test, exam, presentation, dan banyak lagi.
Semua tu aku kena buat. Sibuk sangat. Letih pun ada. Kerja kena buat berterusan. Nasib tak payah bawak balik rumah kerja ni. Kalau tak, mati kering aku.


Boleh pulak terlibat KIK. KIK ni setiap jabatan kena hantar wakil. Ala macam buat presentation. Tapi untuk jabatan. Aku terlibat sama untuk PDRM ni. Ada la nama sikit. Pertengahan bulan ni nak buat first presentation. Ada la tu nak kena komplen nanti oleh pengarah. Buat balik semula. Tensen lak rasa.

Assignment nak kena bagi tumpuan penuh. Mana boleh buat sambil lewa. Aku buat satu - satu assignment ni. Nak kena submit dalam kelas akan datang. Exam, dan Midterm test pun dah tak lama. Nak jugak kena study. Kalau tak study nak goreng apa dalam A4 tu. Bagi yang belum tahu, aku sedang buat PJJ kat Shah Alam. Course apa? Tak payah tahulah. Biarlah rahsia. Kepada yang tau, diam - diam sudah.


Aku teringin nak cerita kebaikan dan keburukkan PJJ ni. Tapi simpan dulu. Ada dalam draf tu. Tinggal nak keluarkan je. Sabar ek...;p

Kalau perasan, entri aku jarang - jarang ada. Dan tak banyak. Aku tak boleh nak tiru macam bloggers lain. Tak dan nak menulih. Malas pun ada jugak. Nak singgah blog orang lain pun tak sempat. Kalau aku sempat aku singgah.

Sambung lain kali la ye. Aku nak sambung buat kerja. Terima kasih kerana sudi membuang masa kat sini dan baca bebelan aku.

SIARAN TAMAT
>
>
>
>
>
p/s: AKU NAK BERCUTI....................................


Bayangkan korang dalam buaian tu,,,,Bestnya!!!!!

01 March 2011

Pikat Kekasih Dengan Bunga

Bunga....
Aku nak cerita pasal bunga. Sekali - sekala jadi mat bunga apa salahnya kan. Kalau nak tarik perhatian perempuan, mesti kena bagi bunga. Dah semestinya bunga segar. Takkan nak bagi bunga plastik kot. Bunga plastik untuk perempuan plastik a.k.a tak ori, buleh la.;..;p


Percaya tak kalau bagi bunga, kekasih korang akan CAIR. Kebanyakkan perempuan suka di beri bunga. Terutamanya kalau bagi bunga ros. Ros Merah semestinya. Lagi bagus jika bagi bunga masa dia tengah merajuk. Pasti korang akan dimaafkan. Kalau tak menjadi rasuah la sikit. Paham - paham la ye...

Selain di beri pada kekasih, bunga juga sesuai di beri ketika melawat orang sakit atau sanak saudara. Ini akan menunjukkan korang mengingati diorang dan mendoakan diorang selamat. Bunga tersebut akan diselitkan pada bungkusan buah - buahan atau hadiah. Pasti pemberian korang akan bermakna.

Di sini aku sertakan sekali maksud bunga - bunga supaya korang boleh bagi hint pada orang yang korang suka :-




ROS MERAH
melambangkan Cinta dan Kasih Sayang. Sesuai jika ingin menunjukkan kasih sayang tanpa kata - kata. dan berbicara.













ROS KUNING
melambangkan Persahabatan dan Persaudaraan. Sesuai di beri pada sahabat perempuan dan sanak saudara.
Jangan pulak lelaki bagi pada sahabat lelaki. Kang lain jadi. Naya.











ROS MERAH JAMBU (PINK)
Cinta Rahsia. Sangat sesuai jika korang memendam perasaan pada seseorang. Terutamanya pada orang yang diminati.













ROS PUTIH
Cinta Suci. Selalunya di beri pada keluarga dan juga kekasih. Sebagai saksi pada percintaan.














CARNATION
sesuai untuk Cinta yang sedang Mekar. Menunjukkan kita menghargainya.














ORKID
Kecantikkan dan Cinta. Sesuai untuk sesiapa saja yang kita ingati. Pasti korang akan diingati juga.














DAISY
Setia. Sesuai untuk menunjukkan kesetiaan, bukan saja pada kekasih juga pada keluarga terutamanya ibu.













LILY
Manis dan Berseri. Sangat sesuai di beri pada saudara perempuan, misalnya adik atau kakak.













CHRYSANTHEMUM
Persahabatan. Beri pada sahabat karib. Tanda mengukuhkan persahabatan.












Itu antara bunga yang selalu menjadi pilihan sebagai hadiah. Jadi pandai - pandai la pilih bunga yang sesuai untuk menunjukkan korang menghargai orang yang disayangi.

Kursus Akupuntur Lanjutan

Kali ni aku berpeluang mengikuti kursus akupuntur lanjutan. Sebelum ni, aku dah mengikuti kursus asas akupuntur. Cerita pasal tu boleh rujuk sini.


Dalam kursus asas sebelum ni, aku belajar apa itu akupuntur, titik akupuntur dan akupuntur untuk kesihatan usus besar.

Titik akupuntur - nota Puan Kaiyisah

Dalam kursus akupuntur lanjutan, aku belajar kursus akupuntur untuk kesihatan ginjal. Titik - titik akupuntur ginjal kebanyakkannya bertumpu pada bahagian kaki. Titik akupuntur ginjal yang aku pelajari terletak pada kaki. Ada lebih daripada dua puluh tujuh titik akupuntur pada kaki. Aku belajar sepuluh titik yang pertama dahulu.

Diuji pada peserta kursus

Sebelum boleh buat rawatan untuk orang lain, terlebih dahulu kami perlu buat praktikal pada diri sendiri. Agak susah sebenarnya nak mengenal titik - titik akupuntur ni. Tapi melalui pengalaman pasti dapat mengenal di mana kedudukan titik akupuntur tersebut.

Puan Kaiyisah sedang mengajar

Daam kursus akupuntur lanjutan, kami diajar untuk mengenal titik K1 hingga K10. K tu untuk kidney (ginjal).

Untuk titik akupuntur K1, lokasinya di tapak kaki. Titik ini untuk legakan pening, mata kabur, gangguan kencing, dan sawan pada kanak - kanak. Menusuk jarum ke titik ini dapat melegakan sakit tersebut.

Selepas jarum di tusuk pada titik akupuntur, kayu moksa digunakan untuk meransang Qi timbul dengan lebih cepat.
Kayu Moksa

Memanaskan kayu moksa

Kayu moksa dilalukan pada jarum akupuntur

Qi adalah titik meridian hidup yang membolehkan sistem berjalan dengan lancar. Dalam erti kata lain, mengaktifkan sistem badan supaya beroperasi semula.

Selepas titik Qi timbul - titik kemerahan
Setelah Qi timbul, jarum akupuntur bolehlah dicabut. Jika tidak dicabut setelah Qi timbul dikhuatiri akan melemahkan bahagian atau organ yang dirawat.

Itulah apa yang dipelajari di dalam kursus lanjutan ini. Ada lagi kursus lanjutan pada siri - siri akan datang. Insyaallah, aku akan pergi ke semua kursus akupuntur ni. Jika berminat untuk membuat rawatan, bolehlah hubungi aku.

Nak tahu dengan lebih terperinci tentang kursus akupuntur, bolehlah hubungi Puan Kaiyisah.