18 February 2011

Peribahasa: Episod 1

Menurut Za'baperibahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.




Aku nak cuba wujudkan segmen Peribahasa dalam blog aku ni. Tapi peribahasa yang aku pilih ni, peribahasa yang aku rasa aku tak pernah dengar. Mungkin korang pun tak pernah dengar. Jadi layan....;p


Ada beras, taruh dalam padi : rahsia hendaklah disimpan baik - baik.


Ada padi masak, adalah pipit : orang yang baik budi akan dikasihi orang.


Ada wang abang disayang, tak ada wang abang melayang : kasih sayang kerana wang ringgit dan harta benda.
(aku suka ni...;p)

Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah : pergaulan di dalam masyarakat hendaklah mengikut peraturan.

Adat diisi, lembaga dituang : sesuatu dilakukan mengikut peraturan.

Agak - agak bertutur di malam hari : selalu beringat ketika berkata - kata.

Air besar, sampan tak hanyut : maksud tidak tercapai.

Air digenggam tiada tiris : kikir; bakhil; kedekut.

Air mata jatuh ke dalam : sedih dalam diam

Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga : sama maksud dengan jangan jaga tepi kain orang.

Akal akar,berpulas tak patah : orang pintar tidak mudah kalah di dalam perbahasan.

Alah mahu , bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar : berjanji dalam sesuatu perkara, tapi berbantah dengan orang yang dijanji. (ni pun aku suka)

Alangkah baik beristeri tua, perut kenyang pengajaran datang : lelaki muda beristeri tua akan menjadi terlebih manja akibat kasih sayang berlebihan.

Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam : berita yang buruk tidak disembunyikan akhirnya akan diketahui juga.

Anjing menyalak di ekor gajah : perbuatan orang lemah cuba melawan orang berkuasa.

Antah bersama antah, beras bersama beras : mencari pasangan yang sama darjat.

Antan patah lesung hilang : sama maksud sudah jatuh ditimpa tangga

Apa boleh buat nasi sedap menjadi tawar : tersinggung perasaan.

Ok cukup la setakat ni sambung episod 2. Akan di susun peribahasa mengikut abjad. Kalau korang nak copy silakan. Perkayakan bahasa kita.

2 comments:

  1. sy pnjam peribhasa ni utk anak2 bangsa kita ^^,
    terima kasih!

    ReplyDelete