01 February 2011

Kursus Akupuntur

Ramai member - member yang ikhlas tanya kenapa entri sebelum ni pasal akupuntur?...hehe. Aku saja nak pos entri pasal akupuntur sebab aku kena studi dulu sebelum aku pergi kursus akupuntur. Jadi kalau nak tahu pasal akupuntur, boleh rujuk sini. Kursus ni dianjurkan oleh HPA. Dikendalikan oleh Puan Kaiyisah. Seronok pergi kursus ni. Sebab aku boleh tahu pasal titik - titik akupuntur dan qi. Aku belajar ni pun sebab nak tahu tentang perubatan alternatif dan sebab minat. Bukan sebab apa sangat. Kalau ada permintaan suruh ubatkan, Insyaallah boleh.

Titik - titik akupuntur pada muka.

Kursus yang aku pergi ni diadakan di Tuhfah Resources. Kebanyakkan kursus anjuran HPA, diadakan di sini. Dekat je dengan rumah aku. Seramai 9 orang peserta menyertai kursus ni. Mungkin tak ramai yang berminat. Tapi lagi senang nak belajar bila dah tak ramai.

Peserta - peserta kursus.

Menurut Puan Kaiyisah, di Malaysia, akupuntur baru nak berkembang, tak seperti di Indonesia. Di Indonesia, akupuntur dah berkembang terlebih dahulu dari Malaysia dan dah maju. Puan Kaiyisah dulu pun belajar di Indonesia. Jadi kalau buat carian di internet, akan jumpa banyak tabib - tabib beragama Islam berasal dari Indonesia. Jadi, Puan Kaiyisah berusaha untuk mengembangkan perubatan akupuntur secara Islam di Malaysia. Memang ada tabib - tabib Islam yang menjalankan perubatan akupuntur, tapi tak ramai. Boleh di bilang. Jadi aku harap usaha Puan Kaiyisah berjaya, Insyaallah.


Puan Kaiyisah  - tenaga pengajar

Berbalik pada kursus akupuntur ni, aku pergi dengan atamdin. Dari dia lah aku tau pasal kursus ni. Dengan hujan lebatnya, kami redah juga hujan. Sampai dalam keadaan lembap. Tak kisahlah janji dapat belajar.

Dalam kursus tu, kami diajar asas akupuntur. Kenal titik - titik akupuntur, belajar berkenaan qi dan kenal unsur - unsur yin yang. Sangat menarik dan berbaloi untuk dipelajari.

Selepas kenal semua titik - titik akupuntur. Kami buat praktikal. Buat pada diri - sendiri dulu, sebelum boleh buat pada orang lain.

Dah jadi misai ikan keli dah...;p


Bila buat pada diri sendiri, baru tahu sakit ke tak kena cucuk dengan  jarum akupuntur ni.Sebab memang tak pernah buat akupuntur pun. Masa mula - mula cucuk tu sakit sikit, macam terpijak duri. Bila jarum tu dah kena pada titik akupuntur, rasa tak sakit pun. Kalau tersalah cucuk pun tak apa, sebab jarum tu sangat halus. Jarum yang digunakan ada macam - macam saiz, seperti dalam gambar tu. Jarum tu saiz 1 inci atau 1 cun, istilah akupuntur. Ada saiz 0.5 cun, 2 cun dan 8 cun. Ada lagi saiz lain. Tapi kami diperkenalkan dengan jarum saiz - saiz tu dulu.

Aku tanya kat mana boleh beli jarum - jarum tu. Puan Kaiyisah cakap kena order dengan dia, sebab kat farmasi tak ada dijual. Jadi, jarum tu tak boleh dibeli sebarangan. Harga sekotak jarum tu RM20, dengan 100 jarum.

Jarum akupuntur yang digunakan.

Nota tentang akupuntur ada diberi semasa kursus. Nota tu siap dengan gambarajah titik akupuntur. Tapi, maaflah tak dapat nak kongsi kat sini.

Lupa nak cerita, titik pada muka tu untuk kecantikan dan pelawasan usus besar. Aku bila sampai kat rumah baru terasa nak membuang. Ada peserta kursus yang dah membuang masa kursus..Hehehe. Dahsyat jugak penangan akupuntur ni.

Tak sabar nak tunggu kursus lanjutan, 27hb Feb. ni. Kalau berminat boleh hubungi Puan Kaiyisah.

p/s: Kalau terasa nak buat akupuntur tu. Sila - silakanlah contact aku. Kalau aku tak boleh buat, Puan Kaiyisah boleh buatkan...;p

No comments:

Post a Comment