22 February 2011

Kenapa buat blog?


Ditujukan khas kepada blogger - blogger semua, kenapa buat blog?.  Kalau buat Facebook, dan  buat notes dalam facebook tu, tak boleh ke?

Macam zaman dulu, terkenal dengan diari - diari ni. Tak berkenan ke buat diari macam zaman dulu? Sama je diari dengan blog.



Itu antara pertanyaan aku terima dan dengar dari kawan - kawan aku. Kepada bloggers, mesti pernah terima soalan yang sama. Yang aku nak kongsikan ni, dari sudut pandangan aku. Hanya pendapat aku semata - mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang masih mati...;p

Aku baru buat blog setelah bertahun baca blog orang. Antara blog awal yang aku baca, yang aku ingat la. JustKhai salah satunya. Lagi darkbatman. Lagi haniszalikha, sifoo.com, noorizamsabran, banyak lagi la. Itu antara yang aku bookmark dalam komputer aku. Pastu ada la lagi, benashaari agak baru, tapi aku pernah blogwalking jugak banyak kali blog dia.

(Blog walking : melawat blog lain dan meninggalkan jejak di blog tersebut. Tak sesuai kot panggil blog walking kalau tak de blog. Mungkin sesuai panggil blog hopping. Hop bermaksud singgah sebentar, atau melompat dengan sebelah kaki. Lebih kurang lah maksudnya.)

Bila aku baca blog orang. Terdetik dalam hati aku, "Eh, aku ada banyak cerita yang boleh di kongsi, apa kata aku buat blog jugak. Tapi ok ke kalau aku buat blog?'. Soalan tu berulang kali berlegar kat fikiran, 2 - 3 tahun jugak aku ambik masa nak buat blog.

Dengan kerjanya, nak belajar lagi (ye aku seorang pelajar dan pekerja). Boleh ke buat blog dengan masa terhad? Pastu aku nekad, ambil masa sikit, fikir nama yang sesuai.....dan.....



PUFFF!!! JADILAH KOKO KRUNCH....


errr...jadilah blog picisan yang tak seberapa ni. Bila aku ada blog, mula lah nak paksa kawan - kawan follow blog aku. Cari widget, cari tutorial. Belajar html yang aku tak hairan sangat sebelum ni. Pastu tengok blog - blog otai, maksud aku blogger lama - lama. Bertanya pada kawan - kawan yang ada blog, join komuniti bloggers. Semua - semua tu lah aku buat.

Sampai satu tahap, aku buang widget yang menyemakkan tu. Tak nak bagi berat blog ni. Tumpukan pada entri je  Sebab tu blog aku, sangat - sangat simple.  Jadi lah macam yang korang tengok sekarang. Simple kan? Sangat simple sampai aku pun bosan gak..hehe.

Jadi macam mana nak menarik perhatian pembaca, tumpukan pada cara penulisan saja lah. Tapi aku tak cukup masa nak tulis dengan sempurna. Kalau tengok entri aku lepas - lepas, rasa macam ayat tergantung je. Maaf kan lah aku. Tak sempat nak buat elok - elok. Anggap je lah tu stail penulisan aku, trademark aku.


Lagipun aku ada banyak cerita. Rasa macam banyak benda aku nak cerita. Sampai semua idea nak keluar masa aku menulis. Tu yang susunan ayat tunggang langgang. Hehe.
Sama kot macam aku bercakap. Semua ayat nak keluar daripada mulut, sampai orang tak paham...;p

Jadi, buat - buat paham sudah.

Blog yang aku buat bukan untuk populariti. Aku tak kisah sangat kalau takde orang nak baca blog aku. Janji aku ada tempat untuk menaip sesuatu, bukan simpan dalam komputer je.

Bila format komputer, habis hilang semua gambar, penulisan aku. Bila simpan kat alam maya ni, selamat lah sikit. Ada backup, dan boleh bagi orang baca penulisan aku. Walaupun orang yang baca tak ramai. Tak kisah pun.

Jadi,  kalau ada orang nak baca. Terima kasih daun keladi. Kalau tak de pun, tak kisah. Terima kasih kerana sudi singgah. Blog ni akan kusimpan sebagai warisan, paling lekeh pun wasiat untuk anak cucu.

Bila dah tua esok, boleh la aku cakap dengan cucu aku. "ATUK ADA BLOG."

p/s:  Aku menulis bukan kerana nama....;p

4 comments:

  1. tahniah sebab ada 1 blog picisan... xD

    salam BW dari pisyek dot com

    ReplyDelete
  2. Trima kasih krn sudi singgah blog picisan ni...hehe

    ReplyDelete
  3. Hahahaha..... betul2. menulis bukan kerana nama. Menulis kerana cetusan idea.

    ReplyDelete
  4. Idea yang lahir dari hati yang ikhlas..ecewahh..;p

    ReplyDelete