07 February 2011

Jom masak

Seminggu kat kampung, macam - macam  menu aku cuba. Biasalah. Aku jenis suka ke dapur jugak. Tapi ikut mood. Kalau rajin, ada bendalah kat dapur tu aku masak. Kat rumah sewa aku malas sikit. Jarang sangatlah aku masak kat rumah sewa aku tu. Hehe. Malas.

Sebenarnya, aku nak kongsi resepi Ketupat Sotong. Sesetengah orang panggil sotong sumbat. Ikut tempatlah. Tapi yang aku kenal ketupat sotong je. My favourite nih. Kalau bulan puasa, aku mencari jugaklah. Susah nak jumpa. Kalau ada pun rasa lain. Yang boleh diterima, di bazar ramadhan Dato Keramat je.

Dalam internet aku jumpa macam - macam versi. Aku tak tau ketupat sotong versi yang mana betul. Tapi resepi ni aku belajar dengan mak aku. Jadi aku bagi resepi ikut selera aku ajelah. Orang belah Pantai Timur tahulah pasal ketupat sotong ni. Sejarah ketupat sotong aku tak tau. Yang aku tau, makan je. hehe. 

Ketupat sotong aku...;p


Ok tak mau cerita panjang. Ni resepinya, ye puan-puan. Hehe.


Ketupat Sotong.

1kg sotong (besar 2 jari paling sesuai bagi aku)
300g beras pulut
1 biji kelapa (diperah santannya)
2 keping gula melaka / gula merah
5 biji bunga cengkih
Secubit garam
Sehelai daun pandan.
lidi pencungkil gigi.

Senangkan bahan - bahannya.
Cara - caranya pulak:
  1. Beras pulut di sumbat ke dalam sotong. 
  2. Lidi disematkan pada sotong untuk mengelakkan beras pulut terkeluar. Cucuk sekali dengan kepala sotong. 
  3. Sesudah itu, tuang santan ke dalam periuk berisi sotong tadi. Campakkan 2 keping gula melaka atau gula merah., bunga cengkih, daun pandan dan secubit garam. Rebus sehingga sotong dan pulut masak. 
Nak tahu sotong dah masak ke tak, pandai - pandai koranglah. Ikut suka hati. Satu lagi, kalau pulut terkeluar tu, sebab bubuh banyak sangat pulut. Jadi kurangkan pulut bila masak lain kali ;p.


Macam tulah kiranya, masak ketupat sotong stail mak aku ajar. Sedap woo. Rugi tak try masak.

jemput makan...sila..sila

p/s : Sehari sebelumnya, aku ada buat piza gak. Main campak - campak je bahannya. Janji boleh makan.
Piza stuffed keras...







No comments:

Post a Comment