12 February 2011

Jom makan - makan @ Fiske Steakhouse

Semalam, aku dan kawan - kawan sepejabat pergi makan - makan. Kali ni, kitorang nak makan makanan barat pulak. Kitorang dah rancang lama sebelum pergi makan ni. Banyak jugak tempat kitorang survey sebelum cari tempat makan ni. Akhirnya kitorang bercadang nak makan kat Fiske Steakhouse. Area medan selera AU2.


Fiske Steakhouse

Geng - ada lagi yang lain tapi lambat.

Pandangan pertama aku, kedai ni nampak simple. Dekorasi tempat ni ala - ala biasa saja tapi selesa. Nice. Dengan lagu klasik dipasang, majalah - majalah lama, dan gambar - gambar pemilik kedai. Menarik dan selesa. Walaupun tempat ni agak kecil dengan sembilan meja dengan empat tempat duduk. Tapi selesa. Ada juga meja di bahagian luar kalau di dalam penuh. Sesuai untuk aktiviti makan - makan dengan keluarga. Boleh juga kalau nak buat majlis kat restoran ni. Restoran ni dibuka pada pukul 6 pm.

Nice and cozy....;p

Menu istimewa restoran ni, Mixed Grill Steak. Dihidangkan dengan daging lembu, daging kambing dan ayam. Sangat sedap. Aku order makanan ni. Asalnya nak makan beef grilled je. Tapi tambah empat ringgit dah boleh makan mixed grilled. Sekali sekala kan. Minuman lak aku order, Honey lemon juice blended. Pun sedap gak. Dengan ais dikisar dan ditambah dengan jus lemon, ditambah pulak dengan madu. Fuh sedap. Paling sesuai dimakan dengan stik. Sebab boleh mengurangkan rasa muak. Semua member aku cakap minuman ni sedap.

Mix Grilled Steak
Dari kiri; oreo chocolate dan honey lemon juice.
Kawan - kawan aku yang lain order spageti, burger, fish dory grilled dan chicken chop special. Nama yang betul untuk semua makanan tu, aku lupa. Sebab namanya panjang sangat. Hehe. Ada pelbagai minuman jus buah - buahan. Ada member aku order, oreo chocolate blended. Yang ni, rasanya ala - ala mocha.

Burger

Chicken Chop

Fish Dory Grilled

Spagetti

Kalau tak nak makan western, boleh jugak makan nasi. Ada asam pedas melaka. Yang ni dalam satu set. Ada asam pedas ikan kembung, ulam, tempe.  Tambah dengan air sirap selasih. Dan asam pedas ni memang pedas tapi sangat sedap. 

Asam Pedas Melaka

Rugi kalau tak cuba. Harga makanan sesuai dengan makanan barat ni. Tak mahal dan berpatutan. Lokasi tempat ni di area keramat, AU2. Betul - betul di hadapan bangunan Sapura. Tak jauh daripada Jusco Setiawangsa. Dalam 50 meter selepas Balai Polis Hulu Kelang. Tak jauh daripada MRR2...Detail sikit nak beritahu lokasinya. Cubalah try test.....;p

Sila Klik untuk pembesaran:
Lokasi Fiske Steakhouse - (titik merah)
Liicciiiinnnnn....;p


No comments:

Post a Comment